Assalamualaikum...
Beraninya la haiihh....
Ada kalanya aku naik takut bila tengok kat sesetengah grup kat fb yang menawarkan perkhidmatan 'main kutu' samada ianya berupa wang ringgit ataupun barang keperluan.. Beraninya la haiihh dorang men-join-kan diri..
Macam mana kita boleh percaya untuk berurusan dengan orang yang kita tak kenal ehh.. Ye la, main kutu ni kan kena bayar setiap bulan.. Macam mana jika orang yang dah dapat bahagian dia, pastu dia lesap dan menghilang tanpa dapat dikesan..? Berbeza dengan membeli barangan online.. Once bayaran dah dibuat, baru barang dipos.. Itupun ramai jugak yang kena tipu dengan seller online yang tak jujur..
Lagi satu, aku pernah jugak terbaca komen-komen 'menuntut' bayaran kutu ni.. Siap cakap, jangan nak lari la, jangan menyorok la, jangan buat bodoh la, call tak dapat la dan macam-macam lagi berkaitan dengan bayaran kutu ni.. Benda ni dah pernah jadi isu hangat seketika dulu tapi entah la, masih ada lagi yang berani nak menanggung risiko..
Kenapa kita nak main kutu dengan kawan siber sedangkan kita boleh je berbuat begitu dengan orang yang kita kenal..? Macam kat sini, mak aku main kutu duit dengan kawan-kawan dia.. Habis je satu pusingan, terus sambung lagi tanpa berhenti walaupun sebulan.. Itupun ada jugak jenis yang cengelat.. Lupa nak bayar la, lambat bayar la dan blablabla.. Itu orang yang dikenali tu..
Daripada main kutu dengan kawan alam maya, baik la cuba menyimpan dan mengumpul sikit demi sikit.. Benda ni kena set in mind.. Jika kita nak beli satu-satu barang tu, set dalam fikiran nak simpan sekian jumlah untuk setiap bulan.. Kena berbalik pada pepatah dulu-dulu; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Yang penting kena yakin boleh dan percaya pada diri sendiri la... hehh..
Nak beranipun biarlah berpada-pada dan bertempat.... huuuu....
p/s: If you are not careful, you will end up living the illusions that others have created for you - Steven Readhead
3 Tukang Tembak:
angah main kutu kalo ada keperluan untuk dpt duit cepat, kalo tak de keperluan, baik simpan sendiri je....sama je kan....
pun ada ternampak kes main kutu tu.. ketua kutu bawak lari duit kutu kutu.. hahaha.. kesian...
Setuju sangat..berani pun biar bertempat..
Post a Comment