Assalamualaikum...
Guna, jangan tak guna... hehh...
Zaman sekarang ni, jika kita pergi kenduri kawen, pasti ada door gift yang disediakan oleh tuan rumah walaupun kadang-kadang door gift ni hanya diberikan kepada mereka yang menghulurkan 'salam kaut' sahaja.. Jika hulur 'salam kosong', maknanya pulang dengan tangan kosong jugak la.. Entah siapa la yang 'ajar' benda alah semua ni.. Rosak betul.. hehh..
Nak tanya jugak la, jika dapat door gift yang banyak dengan pelbagai rupa dan bentuk tu, kita guna atau kita simpan dalam almari..? Ataupun kita dok main campak ikut suka kita je..? Bukan apa, ada sesetengah orang ni bila dia tak dapat door gift ni, muka tu macam tak puas hati je.. Tapi bila dah dapat, dia tak ambil kisahpun nak 'hargai' door gift tadi..
Aku ni bab door gift ni takde la beria bebenau nak tarik muka kalau tak dapat.. Lagi-lagi jika ianya sekadar benda-benda kecil yang tak boleh nak digunakan.. Nak simpan dalam almari, almaripun dah penuh.. Malahan dah berhabuk dah sebab dah tak larat nak jaga.. Selebihnya, masuk dalam kotak dan simpan dalam stor.. Maaf la ya.. huhuhu...
Aku bukannya tak menghargai semua door gift tersebut tapi ruang menyimpan dah tak ada dah.. Tak sanggup pulak aku nak jadi hamba jadi tukang lap habuk kat bekas-bekas kecil tu.. Jika door gift tu berupa botol kecil yang diisikan dengan gula-gula tu, takpe la jugak sebab botol tu aku boleh gunakan untuk isi manik-manik yang ada dalam stok aku ni.. So, dah jimat bajet nak beli bekas lain.. heeeee...
Tapi bila dapat door gift macam bekas lilin ni, aku guna je la.. Dah la kat sini selalu sangat blackout.. Bila lagi nak guna, ya tak.. hehh.. Kalau nak ikutkan mak aku, dia memang sayang nak guna.. Entah sampai bila nak simpan, akupun tak tau la.. Ni pun aku guna yang aku dapat hari tu.. Tak ingat dah dapat kat kenduri rumah siapa.. ahahh...
p/s: Suka kalau dapat door gift berupa sebiji mug yang besar macam dalam gambar atas ni.. Ada jugak faedah dan kegunaannya.. Boleh bancuh air neskepi dalam tu.. hehe...
2 Tukang Tembak:
Assalamualaikum.
Tengok jenis juga kan kak,hehe. Dpt mug sebesar tu, saya pun simpan, hehe.
Kdg2 dpt saputgn, yg ni pun guna. Lapiskan dua 3 helai, boleh buat kain lap dapur ke.
Ada juga dpt beg kertas yg comey2, ha, yg ni saya suka simpan,hehe
betul.. baik bagi door gift yang bermanfaat..dapat juga pahala kalau guna ke arah kebaikan..
Post a Comment