Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, April 12, 2014

Amaryllis yang sungguh cantik dan menawan kalbu.. heee...

Assalamualaikum...

Amaryllis yang sungguh cantik dan menawan kalbu.. heee...


Selain daripada pokok bunga orkid pinang, aku juga suka dengan pokok bunga Amaryllis ni.. Pokok ni khabarnya meriah berbunga pada bulan Mac-April.. Mungkin ada betulnya.. Sebab apa tau, pokok kat rumah kawan aku ni dulunya aku tengok susah nak berbunga.. Tup-tup kali ni dia punya bunga, mak aiiihhh, pengsan den tengok ehh.. ahahh..



Gambar sekitar di-blur-kan atas dasar keselamatan dan privasi.. hehh..



Dan kat bawah ni pulak adalah koleksi amaryllis kat rumah aku.. Baru ada tiga jenis je pun.. hehh.. Tapi aku dah mintak tolong jiran semaikan sejenis amaryllis lagi sebab aku nak beli dari dia.. Amaryllis tu dia beli kat Cameron Highlands dan kaler dia merah hati.. Cantik sangat.. Takkan la senang-senang aku nak mintak, kan.. Ikut logik akal la pun kalau nak meminta hak orang ni.. hehh..





Pokok amaryllis aku ni jiran yang bagi.. Kat sini kitorang selalu tukar-tukar pokok bunga.. Itulah untungnya hidup berjiran, kan... hehehe...





Pokok amaryllis ni ditanam dengan menggunakan ubi atau bawang atau bulb... Khabarnya, ubi dia boleh disimpan di dalam peti sejuk jika tak sempat nak tanam.. Info selebihnya tu silalah google sendiri ya.. hehh...


p/s: Sedap nama Amaryllis ni... Sangat sesuai dengan kecantikan dan ke-pesona-an-nya.. heee..

4 Tukang Tembak:

Shark Kay said...

kalau tanam kliling umah ni mmg cantik nie..
tambah cantik kalau ada 2-3 warna.
mmg ramai dtg umah pasni.
hehe

Angah said...

cantik...berseri kawasan rumah ye..

Tinta Lana said...

Salam.

Tu dia, smpai nak pengsan tgk ia berbunga kat rumh jiran ya,hik3

Cantik.. batang pokok hok slim gitu :D

Acik Erna said...

Skak suko tengok bungo yang cantik2 ni azz..tapi kek gumah akak sepokok pun tak do.kan apo kosian..kek pokok tu nanti tak berbolo..baik la akak rak usah tanam kan azz.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »