Assalamualaikum...
Buat cover untuk novel..
Cuaca dua tiga hari ni sangat la panas berbahang.. Jadi, kepala akupun mula la sakit.. Baju kurung yang dua pasang hari tu sepatutnya dah siap dah tapi dek kerana kepala yang berdenyut-denyut, maka ianya terbengkalai kat situ je.. Baru tadi aku usik balik.. Gosok-gosok sebelum cantum kat badan baju..
Lepas tu, aku letak semula baju tadi.. Takde mood aku nak teruskan menjahit.. Tapi baru sekejap tadi aku cuba pulak belajar buat cover untuk buku atau novel ni.. Sambil-sambil layan drama Miranda, lepas tu sambung pulak melayan drama Anugerah Terindah, aku teruskan buat cover buku ni.. Dah lama tak buat kerja memotong kain atas lantai membuatkan pinggang aku berdenyut-denyut.. Tapi tahan je dulu rasa tu.. Semangat tengah berkobar-kobar la katakan.. ahahah..
Untuk cover buku yang pertama ni, aku buat sempoi je la.. Kain lapik berbunga tu lembik tapi kain kaler oren tu jenis heavy cotton yang orang buat sarung kusyen atau beg.. Mungkin lepas ni aku cuba cari heavy cotton jenis murah sikit..
Dan malam ni aku dapat la siapkan sebuah cover novel dari fabrik ni.. Macam seronok la pulak jahit benda ni.. Maklum la, benda baru dapat... hahaha.. Manatau kot-kot lepas ni aku nak jual pulak cover novel yang aku jahit sendiri.. Siapa tau, kan..?
Cover ni sesuai untuk novel yang ketebalannya dalam satu setengah inci atau dalam 730 muka surat.. Novel yang aku pakaikan cover ni tak sampaipun 700 muka surat.. Jadinya cover tu longgar la sikit.. Tapi okay la sebab jika ketat sangat, nanti susah nak masukkan kulit novel tu dalam cover..
p/s: Ada dua lagi cover dari kain oren ni yang belum aku jahit.. Tengah dok fikir nak letak kain apa kat bahagian dalamnya..
-------------
Okay, dah siap dah yang lagi dua tu..
3 Tukang Tembak:
Osah ghajin azz nyahit..buku pun pakai baju kan azz..
Saya ingat saya ada tempah. Ada 1 saja bunga-bunga pink, dah bertahun tak pernah basuh hahaha.
Cuma pattern lain sikit, di bahagian belakang dah tak berlipat/kocek seperti depan, cuma diletakkan ribbon untuk memegangnya. Erk? Harapnya akak faham la ya penerangan saya *wink*
Boleh buat jual ni kak! hahahah
Post a Comment