Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, April 17, 2014

Kisah dulu-dulu... Rindunya..

Assalamualaikum...

Kisah dulu-dulu... Rindunya..


Ni adalah jahitan untuk final projek aku masa ambil kursus jahitan suatu masa dahulu.. Lama dah.. Dah lebih dari sepuluh tahun.. Tu yang jadi rindu  tu... hehe... Rindu pada zaman itu.. Dan sudah semestinya rindu pada semua.. :)






Kos untuk menyiapkan keseluruhan gaun pengantin ni hampir seribu ringgit jugak termasuk pembelian barang-barang lain yang tidak digunapakai, juga kos turun naik bas dan sebagainya.. Sekarang ni tak tau la boleh dapat lagi ke tidak kos macam tu.. Itupun masa beli kain-kain ni, tempat belajar tu ada sedikit joint venture dengan kedai ni.. Jadinya dapat la sikit diskaun.. Dah lepas diskaunpun masih jugak hampir seribu ringgit.. Kalau takde diskaun..?? 





Gaun pengantin ni aku pakai masa majlis tamat belajar.. Berat gaun ni.. Tapi bila pakai dengan crinoline, dah tak rasa berat dah sebab benda tu menampung keseluruhan kain yang kembang tu.. Tapi crinoline aku dah lesap entah ke mana.. hehh.. Mahal tu crinoline ni.. Dulu aku beli dalam seratus ringgit harga dia..


Sumber dari google..


Masa ni, aku memang totally out dalam memanik.. Memang satu apapun tak tau.. Malahan masa ni la aku baru mengenali apa itu manik.. Sadis, kan..? Tapi tu la, bila masuk kelas jahitan ni, banyak benda yang aku mula tau dan kenal.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada kawan-kawan dan tenaga pengajar yang sangat membantu.. We are like a big harmony family.. Ecehh... hehe..





p/s: Sekadar berkongsi satu pengalaman yang sangat berharga... 

4 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Kalau jual hargo baju dah siap lagi mahal tu kan azz

Teena Tna said...

Wow. Seribu ringgit? Ambil masa tak nak siapkan?

Tinta Lana said...

Salam.

Mengenang kembali.. :)

Oh..jadi, kerangka tu dipanggil crinoline..saya pnggil kerangka je,huhuhu

Banyaknya guna manik tu kak azz..

Aziela said...

Ooo..crinoline namanya. Selalu wonder, kalau pakai kerangka tu, macam mana nak duduk? Tak sakit ke bila duduk?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »