Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 16, 2014

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...

Assalamualaikum...

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...


Ini bukan kedekut.. Bukan juga berkira.. Tapi memanfa'atkan akal yang ada.. Bila lagi nak gunakan daya kreativiti yang Allah beri..? 




Penyapu ni dia punya lubang tempat masukkan kayu tu dah pecah.. Jadinya bila menyapu, kayu tu asyik la togoluceh yoo.. Amekawww... Kan dah keluar bahasa ibunda tercinta.. ahahh.. Sila google makna togoluceh tu ya.. 




Kalau orang tengok, mungkin dorang akan cakap, beli lain je la.. Baru berapa ringgit je pun.. Bagi aku, selagi boleh guna, aku akan gunakan sampai la bulu penyapu tu botak.. ahakk.. Penyapu macam ni kalau beli baru mau makan lima enam ringgit juga hoiiii... Kegunaannya cuma untuk menyapu lantai kat luar rumah je.. Bukannya nak menyapu dalam rumah yang nak kena guna penyapu berbulu halus dan lembut gitu.. 




Nak ikatan yang lagi kemas dan mantap, gunakan tali yang lebih panjang.. Baru la boleh belit banyak kali.. Sia-sia je masuk pengakap jika tak tau nak buat ikatan ni.. Tapi aku masuk pandu puteri je walaupun persatuan tu tak aktif.. kuikuikui...




Entah apa la nama ikatan aku ni.. Hentam saja la labuuu... hahahaha..





p/s: Pedulikan apa orang nak kata.. Yang penting aku dapat jimat lima enam ringgit.. hewhewhew... 

3 Tukang Tembak:

Unknown said...

guna selagi boleh

Aziela said...

Bagus2...jangan membazir. Kos sara hidup dah meningkat. Kalau saya pun saya ikat kot. Maleh la nak poie kodai boli yang baru. Kang poie kodai terlupo lah, susah nak angkat lah... Nak sonang, ikek yo dulu.

Tinta Lana said...

Guna tali..ok la tu. Saya guna soletape je,hehehe

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)