Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, May 5, 2014

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014..

Assalamualaikum...

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014..


Hari Rabu (30/4/2014) yang lalu aku pergi ke PWTC untuk sama-sama menyesakkan PBAKL 2014 yang sedang berlangsung.. Aku pergi dengan sorang anak buah yang balik dari UTM Skudai semata-mata untuk ke sana.. Seawal pagi lagi kami dah terpacak kat stesen komuter Labu.. Pukul 8.30 keluar dari rumah.. Pukul 9 naik tren.. Lebih kurang pukul 10.30 dah sampai PWTC dah.. Masa ni masih lagi lengang..


Mula-mula sampai je, terus cari booth Idea Kreatif Publication sebab ada benda yang aku nak bagi kat beberapa orang under IKP tu.. Ni hajat aku.. Alhamdulillah, terlaksana sudah.. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar kat booth tu.. Bukan terlupa sebenarnya, tapi segan.. hehh..




Lepas tu barulah aku mula merayau ke beberapa buah booth.. Tapi bukan semua booth yang kami masuk.. Antaranya booth Idea Kreatif Publication, Jemari Seni, Karya Seni, Kaki Novel dan Karangkraf.. Lagipun mana mampu nak merayau lama-lama.. Krem habis betis weii... haha.. 





Lebih kurang pukul duabelas lebih, kami dah mula bergerak keluar.. Sebelum tu, kami singgah lagi sekali kat booth IKP dan promot novel kat situ kat anak buah.. Dia beli tiga buah buku.. Dua buah buku dari SyahShah dan satu buku dari Farah Husain.. Boleh pulak tak ingat nak ambil gambar dia dengan Farah Husain padahal penulis tu ada kat situ dan sign buku dia.. 




Gambarpun aku main ambil je ikut suka hati.. Takde nak snap betul-betul.. Sabar je laa.. ahahh..




Masa sampai, lengang je ruang legar tu.. Bila keluar je, makaihh, penuh dengan budak-budak sekolah yang duduk melepak atas lantai sambil makan bekalan.. Rasa macam nak join sekali bersila dengan dorang.. hahahaha...


Ini je yang termampu dibeli dan dibawa turun naik LRT dan komuter.. Tidak termasuk Combo 5 dari IKP yang dibeli online..


p/s: Lenguh satu badan.. hehh...

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Dulu naso mudo sikit cam tu la azz..akak naik komuter dari nilai..maso sampai longang yo..bukak pun bolom laie hi hi..dah tuo2 ni tak dayo laie dah

kakyon said...

zaman anak kecik akak dah berlalu.dah tak pergi kepesta buku. giliran anak2 akak pulak bawak cucu2 ke pesta buku..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »