Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 7, 2014

Handmade book cover for sale..

Assalamualaikum...

Handmade book cover for sale..


Hari tu aku ada buat satu entry berkaitan dengan book cover untuk novel yang aku jahit, kan..? So, kali ni aku nak jual book cover tersebut.. Itupun jika ada pembaca blog ni yang berkenan nak jadi pembeli.. Jangan pulak takut nak komen sebab aku tak paksapun orang beli.. huhuhu...


Sebenarnya aku ada up pasal jualan book cover ni kat page fb aku.. Aku buat promosi kecil-kecilan je.. Alhamdulillah, ada yang sudi membeli dan percaya pada hasil kerja tangan aku yang tak seberapa ni.. Terima kasih banyak-banyak pada mereka.. 


SOLD OUT


SOLD OUT


Sekarang ni cuma tinggal 4 keping je lagi book cover di bawah harga promosi.. Jika ada yang berminat, boleh la inbox aku kat page fb aku tu.. Untuk harga promosi ni, setiap keping harganya RM10 sahaja untuk setiap jenis peten samada peten kosong tanpa aksesori ataupun yang ada aksesori.. Harga pos laju adalah RM6.. Penghantaran hanya dalam Semenanjung Malaysia sahaja ya.. 


SOLD OUT..


Jika tanpa harga promosi, setiap keping book cover adalah bergantung pada jenis kain, peten dan juga aksesori yang ada.. Tapi harga bermula daripada RM10.. Jenis kain untuk cover tu aku gunakan kain heavy cotton yang biasa orang buat beg, sarung kusyen ataupun langsir.. Untuk bahagian dalamnya pula aku gunakan kain cotton biasa.. Bahagian dalam ni ikut stok kain yang ada dalam simpanan aku la ya.. Tak boleh nak pilih-pilih nak kain macam mana.. :D




Lepas ni aku tak pasti samada akan ada lagi corak kain cover macam ni ataupun tidak.. Jika nak buat koleksi atau dijadikan sebagai cenderahati untuk dihadiahkan kepada kawan, boleh la cuba beli book cover handmade aku ni.. heeeeeee.. Terima kasih sekali lagi atas segala jenis sokongan dan kepercayaan.. Aku percaya pada rezeki yang Allah beri.. Moga kita semua beroleh rezeki yang diberkati dan melimpah ruah.. Amiinnn...


Buat masa sekarang ni aku sedang sibuk memotong dan menjahit baju raya untuk kastemer aku.. Lepas selesai semuanya, barulah aku beralih kepada jahitan book cover ni semula.. Barulah boleh fokus betul-betul.. Harap sabar menanti ya kerana penantian itu pasti berbaloi-baloi.. hehhh...


Siapa yang berminat nak beli handmade bookcover aku ni, boleh la klik kat link bawah ni ya.. Ada beberapa pilihan dengan harga yang berbeza..


1- Handmade fabric book/novel cover + bookmark with love




p/s: Bersainglah secara sihat agar minda dan jiwa kita ikut sihat sama.. InsyaAllah.. :D

1 Tukang Tembak:

Irfa said...

cantiknya yg gambar ke tama tu
dalam dia mcm mana?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)