Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, May 8, 2014

Marilah kita menjeruk rasa.. ahahh..

Assalamualaikum...

Marilah kita menjeruk rasa.. ahahh..


Hari tu masa kat rumah kakak di Nilai, dia ada bagitau yang buah cermai kat belakang rumah dia sedang lebat berbuah.. Terkejut jugak aku sebab selama ni aku tak tau pulak dia ada tanam pokok cermai.. Kakak cakap, selama ni pokok cermai tu tak berbuah.. Tapi kali ni lebat pulak buah dia.. Rezeki la tu, kan.. Alhamdulillah..


Aku pulak memang dah berkurun tak tengok pokok cermai ni. Masa zaman budak-budak dulu, selalu makan buah cermai kat rumah makcik kat kampung.. Tapi jenis cermai tu tak sama dengan pokok kakak aku ni.. Yang makcik punya tu cermai dia bila masak, buah dia berwarna kemerahan.. Manakala yang cermai kakak ni warna dia macam tu je..




So, bila dapat tau buah cermai tu sedang galak berbuah, akupun apa lagi.. Terus ajak anak sedara yang kat Labis tu pergi kutip.. Bila sampai kat pokok cermai tu, baru la aku perasan yang pokok dia lebih kurang sama macam pokok belimbing buluh sebab pokoknya agak tinggi.. Selama ni aku ingatkan pokok tu pokok belimbing buluh tu la sebab tak pernah nampak buah dia.. Rupanya itulah pokok cermai.. hahaha...




Pokok cermai tu dah la tinggi, pastu kurus la pulak.. Aku ingat nak panjat pokok tu tapi anak buah aku tu cakap, kang patah pokok tu baru tau.. Ampeh je, kan.. Mentang-mentang la badan aku lagi besar dari batang pokok cermai tu.. hahaha.. Sudahnya, aku buat pengait yang hujungnya letak botol minyak masak tu.. So, boleh la main terjah je buah cermai yang banyak melekat kat dahan tu..




Lepas tu, bermulalah proses buat jeruk cermai ni.. Kebetulan akupun ada bawa mangga telur dari rumah. So, buat sekali jeruk mangga tu.. Bila dah semalaman direndam dengan air garam, aku bagi la sikit kat adik-adik ipar. Dorang kena la buat air gula sendiri sebab semua dah sibuk nak balik ke rumah masing-masing.. Jadinya tak sempat nak tunggu aku buat air gula tu..


p/s: Ini saja kisah untuk kali ni.. Daripada menjeruk rasa yang tak mendatangkan faedah tu, adalah lebih baik kita buat jeruk sendiri.. Sendiri buat, sendiri makan.. kehkehkeh...

1 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

orang yang tengok gambar jeruk ceromai ni memang menjeruk raso azz..asik nak tolan air liur yo

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »