Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 19, 2014

Setuju tak..?

Assalamualaikum..

Setuju tak..?


The happiness of your life depends upon the quality of your thoughts - Marcus Aurelius




Bagaimana nak gembira jika hati dan minda sentiasa dipenuhi dengan perkara negatif..? Jika nak gembira, jangan sampai ada rasa sakit hati dengan orang lain hingga berusaha untuk menjatuhkan orang tersebut.. 


p/s: Setuju..? Alhamdulillah.. Tak setuju..? Pun alhamdulillah jugak.. Terima hakikat bahawa masing-masing punya pendapat sendiri.. Asal jangan bertekak hanya dek pendapat yang berbeza dah la.. Bertekak can't go anywhere... hehh..

2 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Saya setuju..

Ikut pengalaman sendiri, terlalu banyak fikir yg buruk2, yang itulah yg mendatangi kita kak..

Waktu study, pernah la ada kawan sampaikan yg ada kawan lain ni, kata bukan2 tentang kita dibalik tabir, sedih..tapi org kata, hidup ini biar org kacau kita, kita jgn kacau org.

Jadi, apa nk buat? Biar jelah..biar masa menentukan.. :)

Cik Azz said...

Betul..

Itulah jugak pesan abah akak semasa hayat dia masih ada.. Arwah selalu cakap, biar orang buat kita, kita jangan buat orang.. Sekarang ni mak pulak yang selalu dok cakap benda yang sama..

Tapi tu la.. Kena ada kesabaran yang tinggi la, kan..? Kalau tak, memang dah lawan balik dah orang yang buat kita tu.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)