Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 1, 2014

Sambal kicap dan soto.. :D

Assalamu'alaikum...

Sambal kicap dan soto.. :D


Ni projek masa hari Sabtu hari tu.. Hari Khamis sebelum tu, teringin sangat nak makan soto.. Biasa ada jual kat pekan sehari tapi hari tu takde jual la pulak.. Jadinya, gigih la buat sendiri.. Buat hari Sabtu sebab mak kata adik nak balik hari tu.. Lagipun, konon-konon bajet nak sambut awal puasa la, kan.. Nak buek lomang den tak mampu dohhh... ahahh..


Sebelum buat sambal kicap tu, dah mula rebus nasi impit segera cap Nona dulu.. Resepi sambal kicap ni dari kakak aku yang suami dia Jawa tu.. Senang je nak buat.. 


Goreng anggaran 20-30 biji cili api + 4 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah hingga cili api tu berhenti meletup-letup.. Goreng dengan api yang kecil.. Kang kalau guna api besar, habis melompat-lompat cili api tu keluar dari kuali..




Gunakan sebotol kicap manis cap kipas udang ni dan satu cawan gula pasir.. Masukkan bahan goreng tadi + kicap + gula ke dalam pengisar dan kisar sampai gula halus.. 




Dan inilah hasil sambal kicap tadi.. Sedap tau... ahahaha..  *Isi bakul tak terangkat-angkat.. hehh...




Yang selebihnya adalah ayam goreng untuk disiat-siat.. Ayam tu aku goreng dengan sos tiram + garam + serbuk kunyit.. Sebab tu rupa dia macam tu..




Suhun goreng jangan dilupakan.. Tak sangka pulak anak-anak buah suka makan suhun goreng ni.. Kalau tau, aku goreng banyak-banyak.. hehe.. Nak goreng suhun ni, minyak kena banyak dan betul-betul panas.. Dan suhun ni jangan dibasuh atau kena air.. Kang jenuh pulak nak kena jemur balik semula.. 




Lepas tu barulah tenggek periuk untuk sup ayam.. Aku memang suka letak bawang besar yang dihiris dalam sup.. Bawang merah dan halia memang aku letak lebih.. Bawang putih dalam 5 ulas je dah memadai.. Sup tulang Adabi aku masukkan 2 peket.. Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam.. Dan masukkan juga 2 ketul kiub ayam Knorr... 




Tenggek sekali dua periuk.. Senang sekali jalan.. Jangan gaduh-gaduh tau.. ahahh..




Aku suka nasi impit mini Nona sebab bau dia memang wangi.. Lagi satu, senang guna yang mini ni.. Siapa nak makan sikit, cukup la ambil seketul je untuk elakkan pembaziran.. hehe.. 





Oh ya, kacang tanah goreng takde sebab gigi aku masih lagi sakit.. Lagipun aku je yang suka makan kacang tanah goreng ni.. Orang lain tak berapa suka makan..


p/s: Okay, ini sahaja cerita yang tertunggak.. Ingat bil aje ke yang boleh ditunggak.. kehkehkeh..

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)