Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 1, 2014

Dah masuk dah.. Alhamdulillah..

Assalamu'alaikum...

Dah masuk dah.. Alhamdulillah..


Boleh check kat sini.. Itupun jika jadi ahli dan ada simpanan dalam KPF  la ya.. Jika belum daftar, kena daftar dulu.. Lepas tu boleh la login...


Bagi yang ada akaun Maybank, dia masuk dalam akaun la.. Boleh la check baki yang ada kat dalam akaun tu.. Bagi yang takde akaun, biasanya akan diberi secara cek ataupun cash.. Banyak yang disimpan, maka banyak la dia punya dividen.. Tapi yang cash ni belum dapat lagi tau.... ahaha.. Lepas seminggu kot baru dapat.. Sabar yaa.. hehh..


Dividen yang diberi adalah sebanyak 15% tapi hanya 10% yang diberi dahulu.. Baki lagi 5% khabarnya akan menyusul selepas raya tapi tak pasti bulan berapa.. Tunggu je la.. ahah.. 


Siapa yang belum jadi ahli KPF, boleh la daftar jadi ahli sementara kedua ibu bapa atau salah seorang dari mereka masih ada sebab jika dua-dua dah takde, memang tak boleh dah nak jadi ahli KPF ni.. Borang untuk jadi anggota/ahli baru KPF boleh print kat sini.. Isi borang seperti yang diminta.. Lepas tu hantar kat pejabat Felda di rancangan masing-masing.. 


Jika nak tau lebih details, kena la buka mulut bertanya pada pengurus ataupun staff kat pejabat tu.. Jangan dok dengar khabar angin yang bukan-bukan.. 


p/s: Tak faham kenapa ramai sangat yang memburukkan FELDA ni... hmmm...

3 Tukang Tembak:

Unknown said...

wahh..dah dapat ya..? kami tetiap kali dia bagi cash kat ayah, walau pun dah letak no akaun dalam borang aritu..

Acik Erna said...

Alhamdulillah..duit ghayo

Mimie said...

ooo...kalo bkn anak felda bleh apply x..huhuhu

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)