Assalamu'alaikum..
Suatu waktu dahulu..
Beginilah lebih kurang keadaan rumah aku... Masa mula sampai, sekeliling rumah penuh dengan belukar kecil.. Mana yang dah sampai awal, kawasan rumah mereka dah bersih dah.. Namun masih lagi terdapat sisa-sisa asap kesan dari pembakaran pokok, lalang dan sebagainya..
Semua gambar adalah ihsan atok google..
Bertahun-tahun kami hidup dalam serba-serbi kekurangan.. Saudara mara yang datang menjengukpun boleh dikira dengan jari tangan sahaja.. Yang datang cuma adik-beradik lelaki mak je yang membuatkan mak rasa terharu sungguh.. Tapi kini mereka semua dah takde.. Cuma tinggal sorang je lagi adik lelaki mak yang masih ada..
Banyak kisah pahit maung yang kami alami.. Orang luar tak akan tahu semua ni.. Setakat tinggal lima enam tahun dalam Felda memang tak nampak apa-apa perubahan la kan.. Apatah lagi jika sekadar menjenguk sebulan atau setahun sekali.. Ibarat budak yang masuk tadika.. Apa je yang dorang tahu dalam umur lima enam tahun tu..?
Mana-mana organisasi sekalipun, pasti akan ada serba sedikit kekurangan dan kepincangan dalam perjalanan urusan.. Sama seperti organisasi kekeluargaan jugak.. Jika salah asuhan, maka pincanglah keluarga itu..
Terima kasih Felda.. Walaupun kami tidak kaya melaut, sekurang-kurangnya kami tidak merempat dan tidak meminta-minta.. Alhamdulillah.. Moga Allah memberkati kita semua.. Amiinn...
p/s: Kesusahan masa lalu banyak mengajar aku untuk bersabar dan terus bersabar dengan pelbagai karenah manusia yang memilih kawan.. Tak apalah.. Dah lali sangat dah..
3 Tukang Tembak:
Setuju sangat2. Berkebun dan meneroka tanah adalah kenangan pahit yang menjadi manis sekarang.
Alhamdulillah kan Azz..adanya felda tu la..yang ramai orang kita ada tanah dan rumah
Alhamdulillah kesusahan dlu terbalas skang dgn adanya felda..
Post a Comment