Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, August 7, 2014

Lagi satu....

Assalamu'alaikum...

Lagi satu.... 

Macam yang aku bagitau dalam entry yang lepas, aku bagitau lagi dalam entry yang ini.. Aku memang tak berapa mahir jahit manik walaupun aku ada buat tutorial dalam jahitan manik ni.. 


Mungkin ada yang tak percaya atau mungkin ada yang kata yo yo ar je, tapi itulah hakikat sebenarnya.. Sebab apa tak mahir..? Sebab aku jarang memanik.. Sebab aku jahit manik kat baju sendiri je sebagai contoh jika ada yang berkenan nak tempah.. Tapi, takde siapapun kat sini yang nak menempah.. Ambil upah jahit manik dua puluh, tiga puluh ringgitpun dah dicop mahal..?


Dan ni lagi satu peten yang sama macam hari tu yang berjaya aku buat kat baju raya aku.. Baju raya ni aku tak pakaipun lagi.. ahahh...


Tengah-tengok dok nak sambung jahit manik tabur tu, tiba-tiba je si budak nakal ni naik atas bantal yang ada baju tu.. Dan dengan selambanya, dia landing di situ.. Aduhaiii laa.. Mujur baju sendiri.. Mujur dia tak asah kuku kat situ.. Kalau tak, memang haru la jadinya.. haha..








Dan inilah kerja dorang bertiga masa aku keluar pergi kait rambutan.. Sekejap je pun aku keluar.. Masuk je bilik, terus istighfar panjang manakala dorang bertiga rileks je memandang seolah-olah takde buat salah langsung.. Alaaahaiii....




p/s: Bila nak jatuhkan seseorang, habis semua digali.. Seboleh mungkin nak juga cari sisi keburukan orang tersebut.. Hilang segala kredibiliti.. Perkara yang dahulunya susah nak jumpa, kini sudah menjadi satu perkara biasa...

1 Tukang Tembak:

Angah said...

Hi kak azz..amboi geram sungguh tengok budak nakal tu...comel...rasanya dia pun nak pakai baju raya jugak tu

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »