Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Beralih arah...

Assalamu'alaikum...

Beralih arah...

Ini bukan nak boikot ke, apa ke.. Cuma sekadar nak beralih arah kepada produk yang baru.. Produk yang digunakan ini sudah terlalu lama malahan sudah berpuluh tahun menetap dalam perut kami.. Jadinya, bagilah peluang kepada produk baru untuk sama-sama berjuang agar sama-sama berkembang maju.. 




Ini produk baru yang menggantikan produk lama itu.. Susu pekat manis Saji keluaran FELDA.. Selama ini susu jenama Saji ni aku tak nampak ada kat tempat yang biasa aku pergi untuk membeli barangan dapur.. Bulan lepas baru aku ternampak.. Itupun nampak tanpa sengaja.. 




Masa dok belek-belek tin susu Saji ni, datang la seorang lelaki.. Dia kata susu pekat manis ni sedap.. Sama je macam susu pekat manis yang lain.. Dia kata dia guna susu ni kat kedai.. Okay, satu promosi yang berjaya menarik minat aku.. Maklum la, bila nak beralih arah ni perasaan cuak tu pasti ada..


Selebihnya, aku ingin sama-sama menyokong produk keluaran FELDA itu sendiri.. Di kala ramai pihak yang bergabung tenaga untuk menghentam dan memburuk-burukkan FELDA, wajar untuk aku sama-sama membantu dengan membeli produk FELDA.. Kalau bukan warga FELDA sendiri yang membantu dan menyokong, siapa lagi yang hendak diharapkan..?


Pastinya selepas ini akan terus menggunakan susu pekat manis Saji ni.. Sedap.. Lebih kurang je rasanya dengan susu yang lama tu.. Lepas ni nak cari marjerin keluaran FELDA pulak.. Itupun kalau ada kat tempat biasa aku masuk tu.. 


p/s: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.. Jangan sampai jadi manusia yang tak sedar dek untung..

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)