Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 30, 2014

Block aje...!!

Assalamu'alaikum...

Block aje...!!


MAAF..!! Aku memang kurang suka nak tengok orang post benda yang bukan-bukan kat dalam grup yang aku join.. Post tu selalunya post yang tak berapa nak elok la... Sesuatu macam post link tuttttt...!


Al-kisahnya, ada la satu grup yang aku join ni.. Dekat grup tu banyak dah aku nampak post link berkaitan benda tak elok ni.. Mula-mula tu aku diam je la.. Aku fikir mungkin admin tak perasan ataupun sibuk dan tak sempat nak pantau.. Lama kelamaan, makin menjadi-jadi post yang seakan-akan sama tu keluar.. 


Lepas tu, ramai la ahli grup yang dok bising-bising kat admin.. Ye la, grup tu grup yang penuh harmoni, tempat berkumpulnya anak-anak generasi kedua.. Tiba-tiba je berderet-deret post yang bukan-bukan kat situ.. Tak ke namanya merosakkan nama grup..? Itu belum masuk bab rosakkan minda ahli grup lagi.. 


Ater, kalau dah selalu sangat disajikan dengan post macam tu...??? Fikir sendiri la, kan...!




Lama jugak la nak tunggu admin ambil tindakan.. Sudahnya, aku yang dah tak tahan nak menengok ni, terus je block mana-mana nama yang asyik post benda mengarut tu.. Puas hati..! Dah tak nampak dah post dia kat grup tu..


Bila dah banyak sangat request nak join masuk dalam grup, tu yang admin main approve je tu kot.. Tak larat nak check profile satu persatu.. Tu yang terlepas berok lima enam ekor masuk dalam grup tersebut.. 


p/s: Ada betulnya jugak kata pepatah lama; 'bagai berok mendapat bunga'.. Dapat je bunga, habis jahanam bunga tu dikerjakan dek jari dia.. 

1 Tukang Tembak:

Miss Ika said...

byk betul post2 x elok skrang ni huhu
MISS IKA'S BLOG

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »