Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 13, 2014

Apabila musibah dijadikan bahan lawak. Ianya sangatlah...

Assalamu'alaikum...

Apabila musibah dijadikan bahan lawak. Ianya sangatlah...


Sangatlah menjengkelkan..
Sangatlah memalukan..
Sangatlah memualkan..
Sangatlah membuat hati tersiat..
Sangatlah kurang ajar..


Ya, aku memang benci bila ada orang menjadikan musibah sebagai bahan lawak.. Walaupun musibah itu bukan terjadi pada diri kita, sekurang-kurangnya janganlah dijadikan bahan jenaka.. Dah la kau jadikan musibah tu bahan lawak bodoh, lepas tu kau tuding pulak jari salahkan pihak tertentu.. 


Rumah pangsa Loke Yew tercabut dinding bilik akibat ditiup angin ribut petang tadi.




Ada yang komen sampai akupun tak tau nak masukkan komen tu dalam kategori apa.. Antara komen tersebut adalah:

tgh2 duk beromen dgn bini..tetiba dinding tercabut...matila titew maluuu

room to let.. with city view & fresh air..

serious ke ni...?macam mana boleh tercabut...bahaya tau...tapi view mmg cantik...dah mcm view apartment kat new york dlm citer2 dongeng omputeh dah...

 sambil lipat kain tgk view..haha

Macam tak logik jer, tak ada kesan macam dinding tercabut pun.... Tah2 rumah tuh pakai cermin kaca ke... Atau tengah renovate dinding baru ke... Kalau dinding hilang takkan tak ada wayer terjuntai macam tercabut... Hurmmmm 

nasib baik siang. cuba berlaku masa malam jumaat. hahaha

Apsl rumah dia je yg tcbut.?

Nampak sgt menipunya.. Ceh

Mesti sejuk tdow mlm ni..indah pmndgn


Bila musibah melanda, ramai yang akan terbabit.. Bukan setakat mereka yang menjadi mangsa itu sahaja.. Sekurang-kurangnya bagilah komen yang positif yang sedikit sebanyak meringankan keresahan mereka.. Jika dapat bagi bantuan, itu lagi baik dan sangatlah digalakkan.. 


Rata-rata yang bagi komen 'cerdik' tu adalah dari orang Melayu.. So, what to do..? Salah kerajaan jugak ke..? Atau salah asuhan..? Atau salah pemikiran..? Atau salah makan..? 


p/s: Tak kena kat diri sendiri, boleh la sembang kencang.. 

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)