Assalamu'alaikum...
Ikutlah cara yang betul ketika membuang...
MAAF...! MAAF...! MAAF...! MAAF jika gambar kat dalam entri ini tidak begitu sesuai untuk dipertontonkan.. Tapi pada aku la, gambar ni sekadar untuk memperlihatkan kepada kita segala kemungkinan yang ada biarpun ada yang tak masuk dek akal.. Think positive ya.. hehh..
Aku ada satu kisah yang pernah terjadi pada seorang kawan yang merupakan operator aku masa aku kerja kat JB dulu.. Kawan ni orang seberang... Mungkin disebabkan geli dengan mangkuk tandas, diapun duduk bertenggek atas mangkuk tandas tu.. Mungkin cara tenggek tu seperti gambar nombor 4, 5 dan 6.. Tak nampak dia bertenggek macam mana, kan..? Tapi tau la yang dia duduk bertenggek bila sesuatu terjadi kat dia masa sedang membuang tu..
Al-kisahnya, kawan tadi tergelincir dan sebelah kaki dia termasuk ke dalam lubang tandas. Bukan setakat masuk je, malahan kepala lutut kaki dia tu ikut terpusing.. Maka riuhlah satu kilang dengan berita ini.. Dalam pada itu, takde la nak panggil bomba sebab kaki dia boleh dikeluarkan dari dalam mangkuk tandas.. Cuma kaki tu dah bengkok la.. Kena la angkat dan dukung dia.. Siapa yang jadi 'superman' tu pun aku dah lupa dah.. haha..
Nak dijadikan cerita, ada la seorang technician yang ada asas seni mempertahankan diri.. Jadi, diapun tarik la kaki budak tadi dengan sekuat hati.. Itupun dia tanya dulu.. Nak tarik atau nak hantar pergi hospital.. Budak tu kata nak tarik, tu yang kena tarik tu..
Masa kena tarik tu, meraung melolong la budak tu.. Tapi lepas tu kaki dia elok balik.. Dah kembali kepada asal.. Kepala lutut dah tak berpusing lagi dah.. Budak tu pun dah boleh berjalan tapi hencot sikit la.. Masih ada kesan sakit lagi.. Tapi lepas tu, siap la dia jadi bahan.. Lain kali tenggek lagi atas mangkuk tandas tu.. Diapun tak boleh nak kata apa la.. Sengih je la, kan.. hehehe...
Aku memang elakkan guna tandas yang macam ni.. Pertama sebab geli nak duduk... Kedua sebab akupun pernah jugak dok bertenggek atas mangkuk tandas tu.. Cuma belum terkena macam kawan operator aku tu.. Itu dulu la.. Sekarang ni takde dah buat aksi tenggek-menenggek ni.. Lagipun badan dah semakin memberat.. Kang pecah pulak mangkuk tandas tu... hahahaha...
p/s: Sebab tu kat rumah aku ada dua jenis tandas.. Pilih la nak masuk yang mana satu.. Cumanya bila pergi rumah orang yang takde tandas cangkung, tu yang aku cuak tu.. Minta-minta janganlah aku sakit perut masa kat rumah orang.. hehh...
0 Tukang Tembak:
Post a Comment