Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, January 12, 2015

Apa itu siputox...

Assalamu'alaikum...

Apa itu siputox...


Siputox ni bukan sejenis botox ya biarpun nama keduanya seakan-akan sama.. hehh...


Siputox ni sejenis racun untuk siput perosak dan yang seangkatan dengannya seperti siput babi, siput gondang dan lintah bulan..




Aku beli siputox ni sebab ada kalanya aku tengok ada siput kecil-kecil kat dalam pasu pokok bunga aku malahan dalam pasu orkidpun dia ada menempel.. Entah macam mana dia naik masuk dalam pasu yang bergantung tu akupun tak tau.. Merayap la agaknya, kan..


Masa nampak racun siputox ni, terus je aku belek-belek sambil tanya tokey kedai tu.. Macam mana nak letak, nak letak berapa banyak, bahaya ke tidak pada pokok bunga, semua aku tanya.. Kata tokey tu, racun ni tak bahaya pada pokok bunga.. Letak ikut kapasiti pasu la.. Kat belakang peket tu ada je dia punya aturan tapi leceh nak kena sukat bagai. Maksudnya pandai-pandai sendiri la nak ejas.. hehe..


Siputox ni sesuai digunakan untuk tapak semaian, kebun sayur, kebun buah dan sawah padi.. Sukatan untuk sepokok adalah 4 gram bagi lintah bulan dan 10 gram bagi siput babi.. Ada lagi sukatan yang lain.. Kenalah beli sendiri dan baca label tu.. 


p/s: Harap-harap lepas ni pokok bunga dan pokok sayur aku tu suburlah hendaknya.. Letih tengok pokok yang hidup segan mati tak mau ni.. 

2 Tukang Tembak:

wanz man said...

maaf nak tanya.. nak beli siputox ni di kedai mana?

Cik Azz said...

Wanz Man:

Boleh beli siputox kat kedai jual baja atau kedai hardware..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »