Assalamu'alaikum...
Tempahan dari Kak Erna...
Alhamdulillah, pertama sekali, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada teman blogger yang seorang ini iaitu Kak Erna kerana sudi menempah sampul Qur'an dari aku.. Ini merupakan kali kedua Kak Erna menempah..
Kali pertama dulu, sampul Qur'an susah nak masuk sebab menurut Kak Erna, kulit Qur'an tu dah kembang.. Mujurlah jahitan keliling tu boleh dibuka.. Kesian Kak Erna sebab terpaksa tetas sikit jahitan tersebut.. Maaf ya kak..
Dan yang kat bawah ni pula merupakan sampul Qur'an yang baru ditempah.. Aku bagi contoh gambar kain dan Kak Erna pilih yang kiri sekali untuk dua-dua sampul.. Cara buat sampul juga berbeza dari yang pertama dulu.. Untuk sampul yang ini, aku tak dapat nak letak tali dan butang tapi aku gantikan dengan penanda atau bookmark dari riben..
Dan ini gambar yang Kak Erna bagi kat inbox.. Alhamdulillah, muat sampul ni dan tak perlu tetas jahitan keliling tu.. Risau jugak aku kalau tak muat lagi..
Terima kasih sekali lagi Kak Erna.. Mana yang terlebih dan terkurang tu mintak halal ya kak.. hehe..
p/s: Ada sesiapa yang nak menempah sampul buku, boleh la PM aku kat fb aku kat sini ya.. Tapi ukuran kenalah ukur sendiri ya.. Jika nak beli sampul novel yang dah siap, boleh PM jugak sebab memang dah ada ready stock.. Terima kasih.. :)
2 Tukang Tembak:
Timo kasih banyak azz..dah ado duo boleh la akak basuh bilo dah hitam tu..kan
Boleh basuh kak.. Tapi elok basuh guno tangan.. Tak pun rendam dengan air sabun sokojap, pehtu gonyoh2 sikit..
Post a Comment