Assalamu'alaikum...
Cili vs Babi...
Emak-emak zaman dulu, biarpun belajarnya tidak tinggi, walaupun tidak ada degree, malahan ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah akibat kesempitan hidup, namun mereka masih berjaya mendidik anak dengan lebih berhemah..
Emak-emak zaman sekarang, degree botingkek-tingkek, mencari ilmu merata dunia tapi masih gagal mendidik anak dari menyumpah seranah sesuka hati.. Ataupun, mungkin mereka juga jenis manusia yang sesuka hati memaki sana sini.. Bak kata orang, dah jadi kebiasaan memaki orang depan anak, ataupun memaki anak sendiri, itu yang anak terikut-ikut..
Ini bukan omongan kosong.. Ini adalah realiti kehidupan yang saban hari dihidangkan pada penglihatan kita.. Contohnya, tengok sahajalah apa yang ada kat fb dan sebagainya..
Emak-emak sekarang, nak cubit anakpun takut.. Apatah lagi nak cilikan mulut anak tu.. Aku sendiri pernah sumbat cili merah kat mulut anak sedara.. Peduli apa aku..! Kawan aku pernah tenyeh cili api kat mulut anak perempuan dia yang baru berumur 6 tahun sampai merah mulut budak tu.. Lepas tu, takde dah anak dia sebut perkataan yang tak elok..
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Masalah sekarang adalah orang sekarang tak rajin nak membaca peribahasa zaman dahulu.. Tidak mahu merungkai maksud yang tersembunyi.. Mereka lebih suka kepada peribahasa Inggeris yang nampak lebih 'cerdik' bila menuturkannya.. Aku kalau masuk bab peribahasa Inggeris ni, memang aku fail.. Tak faham aku apa yang cuba disampaikan..
Akupun ada masanya menyumpah seranah jugak tapi seingat aku, masa zaman sekolah atau zaman kerja dulu, aku memang takde la nak sebut babi ni semua.. Cuma sekarang ni kadang-kadang terlepas jugak satu dua das perkataan tu.. Ye la, akupun manusia yang tak sempurna jugak.. Ada masa dan ketikanya, hilang sabar jugak.. Tapi macam apa yang doktor tu kata la, menyumpah dalam hati ataupun untuk pendengaran sendiri je... Mencarut tu aku memang tak pandai nak buat.. Dan hairan jugak kenapa orang suka sangat mencarut..
p/s: Kadang-kadang dah diajar tapi pengaruh sekeliling lagi kuat.. Itu juga mungkin satu faktor yang mendorong ke arah mulut yang cabul..
6 Tukang Tembak:
Inilah orang kata, sayang anak jgn melampaui batas...sampai anak mencarut pun boleh diamkan aje...haishhhhhhhhh...kalau julia mmg bukan setakat cubit...hukuman setimpal kena bagi...anak2 ni kita sendiri kena kawal...kalau tak nanti besar tak hormat mak bapak, tak hormat orang sekeliling...
kesian budak tu, dah terbiasa dari kecik dgn didikan cam tu kan..
btl..kalo xd ajar dr skrang bla lg..ank sdra sy blh d ktakan sllu kne tampar n cubit sbb sllu klua ayat tu..tp kalo cili mulut tu coming soon..haha..
Cerita ini teringat saya zaman kecil...saya difitnah saudara kandung mencarut...padahal tak pun..apa yang saya kena..kena cili mulut dengan cili api...meraung saya...hahaha..tak berani langsung saya dn adik bradik lain nak mencarut atau cakap yang bukan-bukan..tapi sekarang saya dah maafkan semua orang...kini saya buat pula pada anak saya yang cuba2 membohong pada saya.Tapi ni dah habis siasat.Saya cilikan mulutnya.Tapi cili merah je.Saya dulu cili api tau...depan anak-anak yang lain.yang mak budak tu..boleh je dia diamkan anak dia cakap camtu..huh
Akak dulu pun ponah cilikan mulut anak sulong azz.yang duo adik e tak ponah kono..dobab jago.mulut
kasihan pada ibu budak tu....
teringat anak sedara masa umo dia 4 tahun, dia pernah sebut perkataan b*b* tu...eiii rasa nak luruh jantung kita...
Post a Comment