Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, November 29, 2015

Nasi impit aiskrim...

Assalamu'alaikum...

Nasi impit aiskrim...


Aku baru je selesai buat nasi impit aiskrim ni.. Idea ni aku dapat hasil perkongsian dari seorang rakan dalam grup MAHN.. Sebetulnya dulu dah pernah tengok dah nasi impit macam ni tapi disebabkan dah lama, maka akupun terlupa.. Apabila ada rakan grup yang kongsi, barulah aku teringat balik semula.. Terima kasih pada rakan tersebut sebab secara tak langsung, perkongsian beliau telah mengembalikan ingatan aku pada nasi impit aiskrim ni.. hehe..


Okay, seperti selalu, moh la tengok gambar.. Aku dan gambar berpisah tiada.. Haa.., gitu.. kehkehkeh...


 Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni.. Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.. Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh.. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras.. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali.. Lepas tu aku stepler.. Senang betul kerja.. ahaha..


Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu.. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang.. Nak cucuk dengan lidi sataypun boleh.. Janji ada lubang..


Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu...


 Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar.. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi..


 Rebus hingga nasi impit tu masak..


 Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar..? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras.. Panjang, kan..? Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan..


Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus.. Senang untuk dipotong.. Lagi kemas buat macam ni.. 


Aku pernah terbaca pasal bahaya plastik yang direbus ni.. Sama juga dengan plastik yang diisi dengan minuman panas tu.. Dah lama dah isu ni.. Makanya, eloklah kita buat nasi impit ni secara tradisional seperti dulu-dulu.. hehh...


p/s: Selamat mencuba untuk siapa yang nak mencuba.. Yang takut nak cuba tu, tengok aje la ya.. huhu.. Aku ni pun sekadar nak mencuba jugak.. Nak tengok macam mana rupanya nasi impit aiskrim ni.. Dah buat sekali, okay la kot... ahaha...

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »