Assalamu'alaikum...
Kisah kek pisang berangan tak sudah.. ahaha...
Awal petang tadi, aku buat lagi kek pisang ni.. Kali ni aku gunakan pisang berangan.. Selagi tak puas hati, selagi itulah aku cuba buat lagi dan memperbaiki mana silapnya.. Maka, resepi asal terpaksalah aku olah sedikit mengikut kesesuaian dengan selera aku.. Tuan empunya resepi asal jangan marah naaa... hehh..
Memandangkan aku dah pernah buat entri pasal kek pisang ni, maka aku tepek gambar je la ya.. Cara buat tu sama je dengan cara terdahulu.. Cuma ada la penambahan dan pengurangan bahan serta kali ni aku gunakan mixer The Baker aku tu.. Selalunya aku guna handmixer je..
* 2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 1/2 cawan gula - resepi asal guna 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh ovellette
* 1/2 sudu teh garam halus - yang ini aku tambah sendiri
* 3 sudu makan badam cincang - resepi asal guna 3 sudu makan dark chocolate chips
Okay, ini dia gambar-gambar berkaitan dengan penyediaan sebelum terjadinya kek pisang berangan aku tu.. Pisang berangan tu aku gunakan enam biji tapi cuma lima biji sahaja yang dilenyek manakala yang sebiji lagi tu aku hiris serong untuk jadikan hiasan dan susun kat atas kek..
Cara nak buat kek pisang berangan ini adalah seperti berikut...
1- Lenyek pisang dengan menggunakan garfu.. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalamnya.. Kacau sebati dan ketepikan sekejap..
2- Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas.. Kacau sebati.. Ketepikan dahulu..
3- Putar gula bersama telur sehingga kembang.. Apabila bancuhan tadi dah kembang, masukkan ovalette dan putar sekejap untuk melarutkan ovalette tadi..
(Mula-mula aku gunakan pemutar yang ini tapi lepas tu, aku tukar gunakan pemutar yang bulat tu.. Lepas tukar, barulah cepat sikit kembang.. Ini kes tak tau nak guna pemutar yang mana satu.. Maklum la, baru belajar nak guna mixer ni.. hehe..)
4- Kemudian, matikan mixer.. Keluarkan bowl dari mixer dan masukkan pisang lenyek bersama minyak tadi ke dalam bowl yang berisi bancuhan telur tadi.. Kaup rata dengan menggunakan spatula..
5- Lepas tu, masukkan bahan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil teruskan kaup balik dengan spatula.. Kacau rata biar sebati..
6- Akhir sekali, masukkan badam cincang dan kacau adunan supaya sekata..
7- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar.. Susunkan hirisan pisang berangan ke atasnya.. Loyang tu kena sapukan sekelilingnya dengan sedikit minyak masak.. Jangan ada bahagian yang tertinggal.. Takut nanti kek tu melekat dan susah nak tanggal..
8- Akhir sekali, bolehlah dibakar.. Aku lebih suka bakar atas dapur gas macam ni.. Anggaran masa bakar adalah lebih kurang 45 minit hingga sejam.. Gunakan api yang paling kecil..
Dan inilah hasilnya kek pisang berangan yang aku buat hari ni.. Kejadiannya lebih baik berbanding masa yang aku buat dahulu.. Alhamdulillah..
Lepas je kek ni masak, aku biarkan je kek tu dalam acuan.. Aku biar je loyang tu atas dapur sebab aku ada hal dan tak sempat nak keluarkan kek tu letak atas redai.. Balik-balik je, buka penutup loyang tu, tengok bahagian atas kek tu dah bertukar warna menjadi coklat macam tu.. Masa aku tinggalkan tu warnanya pucat je..
Kat bawah ni adalah video masa putar gula dan telur.. Aku gunakan nombor 4..
Okay.. Ini sahaja perkongsian untuk hari ini.. Bagi yang nak cuba buat kek pisang berangan ni, selamat mencuba dan moga berjaya.. Aku ni pun dah berapa kali dah cuba buat kek pisang ni.. Macam-macam resepi dah aku gunakan.. Ada yang menjadi tapi banyak yang bantat.. kihkihkih..
p/s: Kat atas tu aku bagitau nak tempek gambar je tapi alih-alih complete yang aku bagi.. ahaha.. Tak sedap pulak rasanya buat cerita separuh jalan.. hikhikhik..
1 Tukang Tembak:
amboi..merah
Post a Comment