Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 16, 2016

Resepi: Ayam tonggeng bakar bermadu.

Assalamu'alaikum.

Resepi: Ayam tonggeng bakar bermadu.



Baru-baru ni aku buat ayam bakar ni. Selalunya aku bakar ayam yang sudah siap dipotong tapi kali ni untuk pertama kalinya, aku bakar ayam ni sekor-sekor. Resepi khusus untuk ayam bakar aku ni memang takde sebab aku ni jenis bantai semacam je nak letak bahan apa. Maknanya, apa yang ada kat dapur aku tu, itulah yang aku letak. 





Mula-mula tu, aku ingat nak perap ayam ni dalam masa tiga jam. Nak la bagi segala bahan perapan tu betul-betul menyerap masuk ke dalam isi ayam tu. Tapi apabila perut dah mula berdondang sayang, aku cuma sempat perap dalam sejam lebih je. Ahaha.




Aku bakar ayam tonggeng bermadu ni dalam oven letrik aku tu. Dah lama betul aku tak gunakan oven tu sampaikan nak tekan suis kat plug tu pun aku takut. Aku minta tolong abang aku untuk tekankan suis plug tu. Teruk betul penakutnya. Haha.


Dan, inilah hasilnya ayam tonggeng bakar bermadu hasil dari resepi campak-campak aku tu. Alhamdulillah, sedap dan aku suka. Habis aku kerjakan. Sebelum tu, aku bagi sebelah bahagian peha tu kat jiran sebelah rumah. Apa salahnya berbagi rezeki, kan?




Sebelum bakar ayam ni, aku sapukan loyang pembakar tu dengan sedikit marjerin planta. Sapu rata loyang tu supaya nanti ayam tu takde la melekat kat loyang tu. Aku bakar dalam masa lebih kurang sejam setengah. Mula-mula set timing untuk 45 minit je, tapi lepas tu tambah sikit-sikit masa pembakaran tu. Suhu pulak aku gunakan 170 C. Api atas bawah dan kipas oven tu aku on kan. Aku gunakan oven letrik Zanussi.





Ada yang nak resepi ayam tonggeng bakar bermadu aku ni tak? Takpe, kalau takde yang nak pun, aku kongsikan jugak resepi ni kat sini. Boleh jugak aku jadikan sumber rujukan untuk aku bila-bila masa diperlukan. Heh.


Bahan-bahan yang aku gunakan dalam pembuatan resepi ayam tonggeng bakar bermadu ini adalah seperti di bawah. Sukatan bahan adalah anggaran je ya. Selebihnya tu, ikutlah pada citarasa kita sendiri. Kenalah pandai adjust ikut kesesuaian.


1 ekor ayam sederhana besar - cuci bersih bahagian dalamnya
2 labu bawang besar - hiris
1 ketul halia - anggaran sebesar ibu jari dan hiris halus
4 biji bawang putih - dititik/ketuk 
2 sudu makan sos tiram
1 kiub pati ayam Knorr - ramas-ramas
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan madu asli
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan rosemary whole
1 helai bay leaf whole - siat-siat kecil
2 sudu makan thyme whole
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Hiasan.
1 batang lobak merah - potong membulat
4 biji kentang - buang kulit dan potong ala-ala wedges
**Atau boleh je nak letak sayur yang kita suka.


Cara nak buat ayam tonggeng bakar bermadu.

Ratakan semua bahan dengan ayam. Kemudian, perap lebih kurang dua hingga tiga jam. Lepas tu, boleh la dibakar dalam oven. Jika ayam belum masak, boleh la tambah masa pembakaran. Setiap setengah jam, boleh la curahkan minyak dalam loyang tu atas ayam supaya ayam tu tidak terlalu kering.


Okay, ini je perkongsian untuk entri kali ini. Eloklah kita masak sendiri. Apa yang pasti, ianya memang menjimatkan. Bak kata orang, berbaloi-baloi! Selamat mencuba untuk siapa yang nak cuba. 


p/s: Kenapa nama resepi ni ayam tonggeng bakar bermadu? Sebab ayam tu tertonggeng masa dibakar dan rasanya sedap bak madu. Tu yang aku bagi nama ayam tonggeng bakar bermadu. Ahahaha.

2 Tukang Tembak:

Farrah MF said...

mesti sedap nih sebab macam2 ramuan guna :)
comelje nama menunya ayam tonggeng...

Angah said...

Ayam Tonggeng Bakar Bermadu...fuhh nak sebutpun jenuh...kikiki

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »