Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, July 1, 2017

Kisah sebelum, semasa dan selepas hari raya.

Assalamu'alaikum.

Kisah sebelum, semasa dan selepas hari raya.


Sebelum hari raya:

Kemas dapur, jumpalah duit ni bawah pelapik tikar getah atas rak barang. Alhamdulillah. 





Menjelang hari raya, mulalah sibuk di dapur dan bangsal untuk persediaan buat lemang, rendang ayam pencen, rendang daging, sup gearbox dan sambal kicap.




Entah siapa punya kerja sampai sumbing parang kontot ni. Ganas sungguh laa.. Haha.







Sempat juga buat popia nestum yang ringkas tapi sedap! Haha. Biar buruk rupa asalkan habis kena makan. Tett......!




Dan juga sibuk vacuum rumah sampai terbelah lagi getah vacuum tu. Terpaksalah berhenti sekejap untuk selesaikan masalah. Jangan bimbang, minahgyver sedia berkhidmat dalam menyelesaikan masalah yang datang secara tiba-tiba! Hahaha. Hari tu dah terbelah dah. Kali ni terbelah lagi. Kiranya dah dua kali getah vacuum aku ni terluka. Heh.







Semasa raya:

Lemang yang dibakar semua sekali ada 19 batang. Ikutkan boleh cukup untuk 20 batang tapi disebabkan sebatang buluh tu pecah, maka ada la lebihan beras pulut tu. Kakak ipar aku buat kuih serimuka tapi dia tersilap ambil pewarna biru. Maka, jadilah kuih serimuka mak kau biru. Kahkahkah!




Rendang daging versi Rembau most wanted yoo...! Laku keras rendang daging ni. Raya pertama je dah mula susut dah. Haha. 


Bahan untuk buat rendang daging versi Rembau ni mudah je. Ni rendang yang biasa mak aku buat tapi kali ni kakak aku yang buat. Aku siap bagitau kakak aku yang aku tak nak dia gunakan rempah yang dah siap dalam peket tu sebab tak sedap. Adik-adik aku tak suka rendang yang guna serbuk rempah dalam peket tu. Akupun tak suka sebab rasanya tak asli. 


Rendang versi mak aku ni hanya perlukan rempah ketumbar (3), jintan manis (1) dan jintan putih (1) dengan nisbah 3:1. Contohnya, 3 senduk ketumbar, 1 senduk jintan manis dan 1 senduk jintan putih. Sangai semua rempah ni dulu, lepas tu barulah kisar kering.


Seterusnya, serai, lengkuas (takdepun takpe), bawang putih, bawang merah, halia, cili padi, cili kering, kunyit hidup, santan secukupnya dan garam secukup rasa. Kerisik memang mak aku tak pernah gunakan sebab biasanya mak aku gunakan banyak kelapa tapi kakak aku rajin, dia buat kerisik dan masukkan sekali kerisik tu.


 ^
Dah macam buat kenduri kecil je. Maklumlah, keluarga aku ni besar. Adik-beradik aku ada 9 orang dan anak buah aku je ada 28 orang. Belum masuk lagi ipar duai dan anak buah punya pasangan. Cicit mak aku pulak ada dua orang nak masuk tiga.
v

Awal-awal lagi dah ada yang booking buah durian belanda ni. Laris sungguh aihh...


Selepas raya.

Alhamdulillah, aku dapat duit raya! Yeaaa....!! Terima kasih pada anak-anak buah, kakak-kakak aku, adik ipar dan kakak ipar yang sudi memberi duit raya ni. Aku dapat jugak perfume dari anak buah, sehelai tudung dari kakak dan sepasang baju dari adik ipar bongsu. Semuanya aku tak sempat lagi nak gunakan. 



Boleh simpan dalam tabung haji. Jika tidak menyimpan, macam mana simpanan nak bertambah, kan?


Selepas raya:

Banyak tugas yang menanti selepas raya. Antaranya, jahit toto yang dah rabak ni sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Mendobi sakan la kita ya. Hahaha.




Baru sempat jahit lapik tudung saji ni. Itupun main hentam je jahit. Asal berbungkus, dah la. Heh.






Dan barulah ada masa menjenguk kebun mini aku yang kurang diberi perhatian semasa bulan puasa hari tu. Syukurlah kerana mereka pandai membawa diri biarpun ada yang makan hati sebab tidak dibaja dan dijaga dengan sempurna. Maaf ya. Heh.


 Bendi ni dah selamat bagi kat adik ipar. Kalau aku tak bagi kat dia, memang keras la bendi tu dalam peti sejuk.


 ^
Banyak buah bendi yang dah tua gara-gara tak sempat nak menjenguk di bulan puasa. Nampaknya kena jadikan benih la pulak.
v


 Tak tau lagi nak tanam apa dalam rangka kipas tu. Masih lagi memikir.


 Kasihan pokok jagung aku ni. Langsung tidak diberi baja. Memang terbiar sungguh. Tu yang dorang macam nak tak nak je hidup. Huhu.


Alhamdulillah, pokok cili kulai dah mula menampakkan buahnya. Tak ambilpun buahnya. Saja nak tunggu dia merah.
v

Pokok kacang panjang merah memang sengaja aku biarkan dia memanjat kat pokok orkid tu sebab aku malas nak buat pancang. Heh.


^
Tak tau apa nama pisang ni tapi buahnya memang besar dan pokoknya sangat rendang. Tu yang pokok dia senget je tu. Pisang ni untuk makan biasa je. Katanya tak sesuai untuk digoreng atau dibuat pengat.
v

 Sawi nutripot yang baru disemai awal puasa hari tu. Syukurlah aku gunakan kaedah nutripot. Takde la semput nak menyiram selalu. Haha.


Dan dapat juga menjamu mata dengan warna warni pokok-pokok bunga ni. Terapi jiwa jugak ni. Boleh kurangkan stress dek kepenatan. Hehe.







Banyak lagi kisah yang manis dan yang pahit pada musim raya kali ini tapi aku kongsikan gambar yang elok je la ya. Yang pahit tu, biarlah rahsia. Heh.






p/s: Gambar raya aku? Nan hado sebab aku memang jenis yang kurang suka bergambar. Kena sedar diri la oiii....! Awak tu dah tua! Kang tak memasal kena kecam dek bergaya sakan. Haha.

3 Tukang Tembak:

mokjadeandell said...

Selamat hariraya cikazz.

Hayati Ghazali said...

Selamat Hariraya Cik Azz :-)

nini said...

Bestnya jumpa duit..hahaha...mesti dah lupa ada terselit di situ ...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »