Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Sunday, May 24, 2020

Resepi kuah kacang sedap baq ang..!

Assalamu'alaikum.


Resepi kuah kacang sedap baq ang..!


Aku memang jarang sangat buat kuah kacang. Tersangatlah jarangnya. Setahun sekalipun susah aku nak buat. Sebab apa? Sebab kuah kacang aku kurang sedap. Haha. Tu yang aku selalu beli je kuah kacang dari tokey satay yang rumah dia selang dua buah rumah dari rumah aku. Benda sedap yang boleh dibeli, buat apa susah-susah nak buat, kan? Haha.


Disebabkan tahun ini raya versi #PKP, maka akupun gigih la buat kuah kacang tu setelah lama aku tak membuatnya. Gigih tu pergi search cara buat kuah kacang di facebook yang akhirnya menemukan aku dengan video yang dikongsikan oleh page Buat Orang Lapo. Aku ikut resepi dan cara yang dikongsikan tapi kalau dah namanya aku, memang akan ada olahan sikit untuk aku sesuaikan dengan citarasa aku. Ini bukan derhaka pada resepi tapi sekadar untuk mencuba dan mencari kelainan. 


Sebelum terlupa, aku letak kat sini resepi kuah kacang aku tu. Akupun ada kongsikan di wall facebook peribadi aku incase senang untuk aku cari balik untuk rujukan.


Bahan A:

5 cawan kacang tanah yang dah siap digoreng dengan 1 cawan minyak masak. Lepas tu kisar dengan air. Ikut la nak letak banyak mana air tu. Janji blender tu bergerak.  Dah siap, masukkan dalam bekas dan ketepikan sekejap.

500 ml air - Ini air lain ( tidak termasuk air untuk kisar tadi).


BahanB:
2 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2 sudu makan udang kering.
Segenggam ikan bilis.
**Kisar semua bahan ni.

3 senduk cili kering kisar - tengok pada tahap kepedasan cili kering tu.
1 batang serai - dititik.
1 cawan minyak untuk menumis.


Bahan C:
2 ketul gula nesan - gula melaka yang kecil nipis tu - potong untuk cepat hancur.
1 senduk gula perang.
Garam secukup rasa.
2 sudu makan kicap manis.


Bahan D:
1 sudu makan tepung gandum - bancuh dengan sedikit air.


1- Tumiskan bahan B hingga garing/pecah minyak.
2- Lepas tu, masukkan bahan C. Masak hingga sedikit mendidih.
3- Kemudian, masukkan bahan A. Masak hingga mendidih. Kacau selalu dan api sederhana besar.
4- Agak-agak dah nak masak, masukkan bahan D. Kacau dan biarkan mendidih lagi. Rasa dulu sebelum tutup api. Jika rasa dah okay, boleh la tutup api dapur tu.
5- Siap!




Alhamdulillah, sedap kuah kacang ni. Kena dengan selera aku. Sebab tu aku kongsikan resepi tu kat sini. Kalau kuah kacang tu tak sedap, takdenya aku nak kongsikan resepi dia. Benda tak sedap, buat apa nak kongsi, kan?


p/s: Terima kasih pada page Buat Orang Lapo yang sudi berkongsi resepi kuah kacang tu.
.

Thursday, May 21, 2020

Biskut raya #PKP.

Assalamu'alaikum.

Biskut raya #PKP.


Walaupun raya tanpa tetamu di musim PKP ini, aku gigihkan jugak diri untuk buat sejenis dua biskut raya. Mulanya aku merancang nak buat tiga jenis biskut tapi disebabkan ada kain kastemer yang tak siap sebab kain dia tak cukup dan dia bagi kain tambahan dah agak lewat, maka, aku terpaksa korban sejenis kuih raya iaitu tart gulung. Jadi, takde la aku buat tart gulung tu sebab dah tak sempat. Lagipun, semangat nak berayapun tak berapa nak ada. 


Mula-mula, aku buat biskut bubble rice. Aku buat satu adunan je. Jadi la tu. Buatpun sekadar buat syarat je.




















Keesokannya pulak, aku buat biskut coklat chips. Aku buat satu adunan jugak.














Lepas je selesai buat biskut coklat chip ni, aku buat pulak tapai pulut. Ini pertama kali aku cuba buat tapai pulut ni. Buatpun sikit je. Untuk percubaan, aku cuma buat dua cawan pulut je.







Alhamdulillah, petang raya tu, dah boleh makan dah tapai pulut tu. Elok kejadiannya. Seronok tak terkata. Maklum la, pertama kali mencuba. Aku makan tiga sudu je. Selebihnya, adik dengan abang aku yang makan. Benda sikit, tak cukup la untuk dorang tu. Dah la dorang tu berhantu dengan tapai pulut ni. Haha.





p/s: Berhenti kat sini dulu yaa.. Nanti sambung lagi dengan cerita yang lain pulak. Itupun kalau rajin la nak masukkan cerita tu kat dalam blog ni. 😉😉😉
.

Monday, May 18, 2020

Raya #PKP.

Assalamu'alaikum.


Raya #PKP.

Sebagaimana yang kita tahu, raya aidil fitri untuk tahun 2020 ni adalah berlatarkan #PKP. Maka, beraya la kita tanpa tetamu.


Walaupun beraya tanpa tetamu, ruang tamu rumah nak kena kemas jugak. Langsir kena tukar jugak walaupun tukar dengan langsir yang lama. Maka, bertungkus-lumus la buat semua kerja dengan dibantu oleh anak-anak buah yang terperangkap dengan #PKP dan tak boleh balik ke rumah dorang.














Akhirnya, siap jugak mengemas walaupun belum siap sepenuhnya. Jadilah tu. Mengemas ni pun untuk sedapkan mata sendiri yang memandang. 😁😁😁













p/s: Sebenarnya, sengaja letak gambar di sini. Ada la jugak kenangan sempena beraya tanpa kunjungan tetamu. Paling diingati, beraya tanpa adik-beradik yang saling sibuk membakar lemang dan memasak. Ini yang paling aku rindu. Tapi demi keselamatan dan kesihatan semua, terpaksalah reda dan pasrah. Nyawa lebih penting.
.
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)