Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 23, 2017

Tart nenas bantal golek. Haha.

Assalamu'alaikum.

Tart nenas bantal golek. Haha.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat biskut tart nenas ni. Tapi tart nenas aku ni rupa dia takde la cantik macam biskut tart nenas yang orang lain buat tu. Namun begitu, dia punya rasa tu, insyaAllah, sedap la ditekak. Heh.


Aku namakan biskut tart nenas aku dengan nama tart nenas bantal golek. Hahaha. Sebab dia punya bentuk tu punya la gebu gebas. Sekali pandang macam bantal golek je. Hehe.





Aku buat tart nenas ni sekadar nak habiskan stok jem nenas yang aku beli hari tu. Sebelum jem tu tamat tempoh hayatnya, baiklah aku gunakan segera. Sebab tu la dapat sikit je. Sekadar buat satu adunan je. Itupun jem nenasnya tak cukup. Terpaksalah aku gunakan jem yang dibuat sendiri tapi jem tu lembik dan tak boleh di gentel. Makanya, tertonggok la jem tu atas kulit tart tu. Haha.




Disebabkan aku buat sikit je tart nenas ni, aku malas la nak bakar guna oven letrik aku tu. Tu yang datang idea nak bakar atas dapur gas je. Aku letakkan kuali popia yang berat dan tebal tu atas dapur gas, lepas tu barulah aku letakkan loyang berisi biskut tart nenas tadi. Dan aku tutup loyang tu dengan menggunakan satu lagi loyang yang lebih besar. Untuk mengelakkan ada ruang yang terbuka, aku letak pulak cerek sebagai pemberat. Cerek tu jangan isi air banyak sangat. Nanti loyang tu berpeluh dan ada wap air meresap ke dalam loyang yang berisi biskut tart tadi. Aku dah buat dah tadi. Sebab tu la aku tau. Haha.





Alhamdulillah, elok je masak dengan sekata biskut tart nenas bantal golek aku ni. Hehe. 





Ada tak yang nak resepi tart nenas bantal golek aku ni? Resepi asal di sini  (terima kasih) tapi aku olah balik semula dan ada juga bahan yang aku tambah sebab nakkan kelainan dan juga memudahkan kerja aku. Lagipun tak best la jika ikut resepi orang sepenuhnya. Heh.


1 buku butter - 250 gram
3 cawan tepung gandum 
1/4 cawan susu tepung
4 sudu makan gula castor
5 sudu makan tepung jagung
1/4 sudu teh garam halus

1/2 sudu teh esen vanilla**
4 biji kuning telur**
Sedikit pewarna kuning**
Satukan bahan yang bertanda ** dan kocok/pukul sikit dengan garfu.


1- Satukan semua bahan kering ke dalam bekas. Gaul rata. 

2- Masukkan butter dan mulakan meramas mesra hingga menjadi seperti serbuk roti.

3- Masukkan pula bahan yang dikocok tadi dan teruskan menguli hingga menjadi doh dan tidak melekat di jari.

4- Boleh la bentukkan. Doh ni lembut sangat. Jadinya, jika nak letak jem di dalamnya, pastikan jem tu boleh digentel dan tidak lembik.

5- Bakar sehingga masak. Aku ambil masa lebih kurang 20-25 minit untuk bakar biskut tart nenas aku yang gunakan kaedah seperti yang aku nyatakan.


p/s: Okay, dah siap dah biskut tart nenas bantal golek aku. Hehe.

3 Tukang Tembak:

Angah said...

wow..borgoleh-golek dalam mulut tetamu nanti ye..

Normala Saad said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

nini said...

Aiiiii saya ni gila tart...geram pulak tgk tart ni sodap di makan..hihi

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »