Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 20, 2018

Belajar buat sambal dari facebook. 😉

Assalamu'alaikum.

Belajar buat sambal dari facebook. 😉


Sejujurnya, aku memang tak pandai buat sambal. Disebabkan akupun kurang menggemari sambal, maka akupun tak kisah jika aku tak pandai buat sambal ni. 🤭🤭🤭


Tapi, disebabkan aku ada rasa ingin belajar, maka petang tadi, akupun belajar la buat sambal ni. Ni kira sambal asas je. Maknanya, boleh dipelbagaikan kegunaannya. Kalau dah goreng ikan, boleh je salut sambal ni kat ikan tu. Boleh jugak jadikan sambal untuk nasi lemak. Itu yang sebenarnya yang buatkan aku belajar buat sambal ni sebab nak buat sambal untuk nasi lemak.


Okay, jom tengok gambar dan penerangan yang aku tulis sekali bawah gambar tu. Macam biasa la, kan. Sebelum tu, aku nak bagi AMARAN dulu ya. Tolong jangan kutuk kuali aku tu. Itu kuali rare tu. Telinga sebelah dah takde. Siapa kutuk, nanti telinga dia pulak yang hilang sebelah. Hahaha. Gurau je. 


 Aku gunakan enam biji bawang merah, dua biji bawang besar dan segenggam ikan bilis. Kisar dengan minyak masak. Minyak masak tu sama paras dengan bahan dalam blender tu. Kisar halus. Ikutkan resepi asal, takde letak ikan bilis tapi aku saja nak letak untuk buat kelainan.


 Panaskan minyak dan apabila minyak dah panas, curahkan semua bahan kisar tadi. Masak hingga berbau harum.


 Apabila dah agak garing, masukkan tujuh sudu makan cili kering kisar. Masak hingga pecah minyak.


 Kemudian, masukkan dua sudu makan sos cili. Kacau sebati dan biarkan sekejap. Api dapur jangan besar sangat ya.


 Dalam resepi asal, gunakan 4 sudu makan gula pasir tapi aku tukar kepada sekeping gula nisan. Mula-mula aku masukkan setengah keping dulu. Lepas tu aku rasa. Macam kurang je rasa dia. Akupun masukkan lagi setengah keping gula nisan tu. Baru ngam!


 Lepas tu, masukkan dua sudu makan sos tomato. Disebabkan kat dapur aku takde sos tomato (sebab aku tak suka makan sos tomato), maka aku gunakan je sos tomato KFC ni. Haha. Aku gunakan dua peket.


 Akhir sekali, masukkan garam kasar. Kacau-kacau sebati dan masaklah sampai sambal tu menggelegak. Sebelum tutup api dapur, rasa dulu manis masin sambal tu. Oh ya, aku lupa nak letak daun pandan. Hehe. Kena letak daun pandan untuk dapatkan sambal yang wangi.





Okay. Dah siap dah sambal aku ni. Dah aku masukkan ke dalam bekas kecil untuk aku frozen-kan. Nanti jika malas nak masak, keluarkan aje sambal frozen tu. Heh.


Aku gunakan resepi dari grup MAHN ni. Cuma ada la bahan yang aku tak masukkan. Aku ikut kesesuaian aku tapi tidaklah aku ubah semua sekali. Terima kasih atas perkongsian resepi sambal nasi lemak tu.


p/s: Maaf ya sebab gambar agak gelap sikit. Maklum la, aku buat sambal ni pukul tujuh petang tadi. Malas pulak nak edit bagi cerah sikit. 🤭🤭🤭
.

2 Tukang Tembak:

Normala Saad said...

Hahaha...sama ja kuali kita.Dah berpuluh tahun berjasa. Sayang nak masuk store.

Angah said...

wah..elok berkilat sambalnya...cicah roti pun sodap

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »