Assalamu'alaikum.
Ramadan ke-8: Resipi kuih tepung bungkus.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Akhirnya, impian aku nak buat sendiri kuih tepung bungkus terlaksana juga. Yesszaa...! Haha. Gigih aku pergi belakang rumah ambil daun pisang. Gigih jugak aku pi layur daun pisang tu walaupun terkial-kial tapi demi untuk merealisasikan impian, aku gagahkan juga diri ini. Cehh...! Haha.
Inti kelapa secukupnya.
Daun pisang yang dah layur secukupnya.
.
Bahan B:
2 cawan tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan + 2 sudu makan air
=> Campurkan semua bahan dan uli jadikan doh. Buat bulat-bulat kecil. Leperkan dan masukkan inti kelapa di dalamnya dan tutup semula doh tu.
.
Bahan C (batter santan):
4 cawan santan
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam.
=> Kacau rata semua bahan. Pastikan tepung tidak bergentel. Kemudian masak atas dapur hingga menjadi sedikit kental. Masak sambil kacau. Guna api perlahan.
.
Letak sedikit batter atas daun pisang. Letakkan bebola yang dah isi inti tadi di atasnya. Tutup daun pisang tu. Buat sampai habis dan kukuslah sehingga masak. Anggaran masa 25-30 minit.
p/s: Alhamdulillah. Sedap rasanya. Terasa dia punya lemak, masin dan manis semua tu. Berbaloi dan puas hati buat sendiri.
.
2 Tukang Tembak:
Assalamualaikum kak,
sedapnya kuih tepung bungkus.kalau sy balik terengganu mesti sy beli.
bila duk di Labuan ni payah benor kan cari kuih tradisional ni..
terpaksa buat sendiri klu mau makan. Bulan puasa sy berjual di Bazar ramadhan hr tu di Labuan. Alhamdulillah selalu hbs kuih muih sy jual.
kuih sy jual tepung pelita,kuih tepung bungkus, nona manis, kuih cara berlauk, kek pisang,Laksam, Laksa penang, Nasi Ayam, Ayam percik..Alhamdulillah habis selalu. Bila keadaan skrg lockdown mata pencarian jadi kurang tp x bermakna kita putus asa..kedai2 runcit masih buka, jadi sy hntr kek pisang ke kedai runcit. Alhamdulillah tiap bulan collect saja duit..Semoga akak dimurahkan rezeki kerana berkongsi resepi dan minat untuk pembaca blog. semoga kita semua dihindarkan dr penyakit covid 19 ini..
Wassalam..Terima Kasih
coretan dr saya Hanum Khamsiah Ismail
Wilayah Persekutuan Labuan.
#jagadiri
#jagajarak
#stayathome
#syukurselalu
salam tuan blog..
lama tak berblog tetiba rasa nk berblog smula huhuhu rindu la tu kot...
tapi kenapa time buln puasa... mesti semangat nk buat kuih....
kalu bukan buan puasa... tak berapa nk teruja sgt kan... huhuh
anyway.... selamat utk kamu...
Post a Comment