Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Adenium. Show all posts
Showing posts with label Adenium. Show all posts

Saturday, October 15, 2022

Adenium merah ang ang.

Assalamu'alaikum.

Adenium merah ang ang.

Merahnya warna bunga adenium aku ni. Akupun tak sangka bunga dia berlapis macam ni. Rasanya ni pertama kali dia berbunga kot. Akupun dah lupa bila aku tanam pokok ni. Haha.







Yang warna pink ni selalu dah keluar bunga dia. Walaupun bunga dia biasa je tapi dia tetap cantik di mata aku. Alhamdulillah.



p/s: Terapi buat jiwa dan minda aku. Alhamdulillah.

.

Wednesday, February 28, 2018

Adenium: Percubaan untuk bonsaikan dia.

Assalamu'alaikum.

Adenium : Percubaan untuk bonsaikan dia.


Hari tu, aku ada ternampak beberapa posting berkaitan dengan pokok adenium yang dibonsaikan di dalam grup kebun bandar. Maka, akupun rajin la baca komen-komen yang ada sebab dalam komen tu, banyak tips yang ahli grup kongsikan. 




Dan pagi ini, akupun bongkar la pasu pokok adenium aku tu. Nak jugak tu cuba. Ehh, mesti la. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat pulak, kan? Haha.


Baru keluar dari pasu. Serabut lagi.


Selepas dibersihkan dan dipotong akar-akar halus yang tidak dikehendaki.


Jemur sampai kering sebab pokok dah luka kesan dari kena potong. Pokok yang dah luka, kena elakkan dari kena air. Sebab tu kena jemur dulu. Ini info yang aku dapat dari komen yang ada.


Mula-mula, ingatkan nak bonsaikan sepokok je. Tapi lepas tu, melarat pulak ke pokok yang lain. Haha. Pokok yang ini seksi gila! Jangan ada yang naik stim dah la. Kahkahkah!




Ooppss...!!


Dan akhirnya, punggah pulak pasu adenium yang ketiga. Cukuplah dulu punggah tiga pasu adenium ni. Tengok dulu perkembangannya macam mana. Jangan kojol terus pokok adenium aku ni dah la. Mau meraung aku nanti. Haha.


^
Hepi betul dia ni. Depan belakang hepi. Siap depangkan tangan lagi tu. Haha.
v



Aku biarkan dulu ketiga-tiga pokok adenium ni kat tempat redup untuk sehari dua supaya getah pada bahagian yang dipotong tu kering dengan baik. Dah kering getah tu, barulah boleh tanam balik semula.



p/s: Nak cari ilmu, kenalah rajin membaca, bukannya rajin meminta semata-mata. Ehh..!
.

Monday, February 12, 2018

Orang dah bagi, kita ambil je la. :D

Assalamu'alaikum.

Orang dah bagi, kita ambil je la. :D


Mak cik depan rumah suruh ambil pokok adenium kat rumah dia. Dia dah malas nak bela pokok tu sebab dia dah tak berapa sihat. Lagipun, pokok tu pun bermasalah jugak. Aku ni bukannya pandai sangat nak jaga pokok adenium ni. Pokok akupun ada yang kiok.  Tapi dah orang bagi, aku ambil je la. Sayang pulak kalau jiran tu buang pokok tu.


Kelmarin aku dah ambil sepokok. Dah masukkan dalam pasu. Tadi aku ambil lagi dua pokok. Lepas tu, jiran tu offer dengan pasu bulat leper tu sekali. Bayar separuh harga. Akupun ambil jugak pasu tu. Haha.




Letih sebenarnya dok mengisahkan pokok ni tapi disebabkan nak buat terapi, kenalah kuatkan semangat. Harap pokok ni pun kembali sihat dan bersemangat untuk hidup. 





Semalam dok baca komen-komen fasal pokok adenium ni kat grup kebun. Ada yang kata, jika pokok ada bena, kena basuh dulu pasu dan keseluruhan pokok. Pangkas ranting pokok tu dan bakar. Akupun ikut je la tips yang orang kongsikan. 






Kita ni kalau tak tahu apa-apa, jangan nak banyak cekadak. Jangan nak perlekehkan apa yang orang kongsi. Cuba dulu. Ini tak, belum cuba, dah mengata macam-macam. Tak tahu? Boleh je tanya, kan?




Tadi, aku ambil lagi sepokok. Sudah selamat aku tanam dalam pasu. Jiran aku tu tinggalkan sepasu je pokok ni kat rumah dia. Yang lain, habis dia suruh aku ambil. Alhamdulillah. Rezeki aku la tu, kan? Tak payah tunggu lama untuk lihat pokok ni membesar. Heh. Tambah lagi, pokok ni tengah berbuah. Apapun, terima kasih jiran. Moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk jiran aku tu. Aamiin.




p/s: Sebenarnya, ada dua orang jiran yang offer aku untuk ambil pokok adenium dorang. Nanti aku nak ambil pokok adenium jiran yang sorang lagi tu. Orang dah tak nak, apa salahnya kita ambil dan bela. Mana la tau kot-kot pokok tu serasi dengan kita, kan?
.

Monday, March 27, 2017

Eeeiiii...! Geramnya..!

Assalamu'alaikum.

Eeeiiii...! Geramnya..!

Habis daun pokok adenium aku dikerjakan dek menatang ni. Punya la lama aku tunggu daun tu subur, tapi apabila dah subur, jadi makanan dia la pulak! 




Selamat la engkau aku singkirkan! Walaupun aku geli geleman tengok ulat ni, terpaksa la jugak aku ambil dan nyahkan dia. 




Perosak, kenalah hapuskan. Kena cegah sebelum merebak. Takde la nanti apabila dah teruk, baru terhegeh-hegeh nak mencegah. 


p/s: Kadang-kadang kita terpaksa menjadi kejam apabila sudah terlalu geram. 

Monday, October 24, 2016

Nampak saya tak?

Assalamu'alaikum.

Nampak saya tak?


Nampak saya tak? Kalau tak nampak, kena la guna teropong  ajaib. Hahaha.






p/s: Takde idea nak update kisah apa. Letak je la gambar kucing ni. Janji ada entri baru. Bahahaha. Boleh gitu? Boleh aje. Blog kita sendiri, kan? Heh.

Sunday, January 10, 2016

Belajar membonsai adenium...

Assalamu'alaikum...

Belajar membonsai adenium...

Aku ni ada masanya suka juga nak buat sesuatu yang baru seperti buat bonsai ni.. Baru pada aku la.. Dah lama dah tau pasal ni tapi baru sekarang nak mencuba.. Makanya, pokok adenium aku ni la yang jadi mangsa untuk eksperimen aku kali ni.. ahaha...


Meh la tengok apa yang sudah aku buat dekat pokok adenium aku ni.. Jadi ke tidak bonsai aku tu agaknya ya.. Entah-entah bukan jadi bonsai tapi terus berkecai.. huahuahua..





Sepatutnya kena biarkan lagi lama tunggul adenium ni dalam pasu.. Biar akar dia membesar.. Tapi dek kerana tak sabar nak mencuba, aku peduli apa, kan.. hehh...





Terkial-kial juga sebenarnya nak bentukkan pokok adenium ni.. Nak melilit dawai tu lagi la bersilang-silang tangan aku.. Mujurlah dahan tu tak patah.. Pokok adenium aku ni ada dua warna iaitu pink terang dan pink muda.. Yang pink terang ni besan mak aku bagi kat kakak aku tapi dek kerana dia tertinggal pokok ni kat rumah ni, maka aku la yang punya.. ahahaha.. Manakala warna pink muda tu ada empat pokok.. Yang ni kakak aku bawa balik sini untuk aku jaga.. 






Adenium ni kena semai dengan biji benih baru dapat ubi macam tu.. Kalau semai guna keratan dahan, ubi takde tapi pokok masih lagi boleh berbunga.. Cumanya, tak dapat la nak jadikan bonsai.. Sekadar untuk hiasan untuk bunga tu boleh la..


Ada sepokok lagi adenium yang tinggi lampai yang belum lagi aku potong.. Nanti-nanti la aku kerjakan dia pula.. hehe.. Lagipun aku tengok ubi dia kecil lagi.. Sebenarnya pasu leper takde.. Ada satu pasu leper hari tu tapi dah pecah berderai dikerjakan dek kucing yang tengah menggatal.. Geram sungguh...! 


p/s: Tak berapa menjadi takpe.. Yang penting, sudah mencuba.. Korang bila nak cuba pulak..? 

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)