Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts
Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

Potong baju kurung kedah.

Assalamu'alaikum.

Potong baju kurung kedah.








p/s: Okay. Jumpa lagi ya..
.

Tuesday, March 3, 2020

Salah ke kalau survey harga?

Assalamu'alaikum.

Salah ke kalau survey harga?

Tadi, aku up la satu post dalam grup jahit ni untuk survey harga di kawasan masing-masing. Aku takde la berniat buruk ke, apa ke. Aku sekadar nak survey je untuk aku jadikan border. Maknanya, nanti takde la aku ambil upah jahit tu terlalu murah atau terlalu mahal.





Rata-rata yang komen tu bagi jawapan antara RM40-RM55. Jadinya, aku ambil harga di antara kedua-dua harga ni. Kan senang kalau dah ada survey. Kita tinggal pilih je harga yang kita nak mengikut kualiti jahitan yang kita hasilkan. Jangan la pulak jahitan tu kau buat cincai tapi harga upah jahit tu kau letak harga butik. Memang teruk la kau kena kecam dengan geng bawang. 😁😁😁


Ada yang kata, kena tengok kawasan dan kena tanya kawasan setempat. Okay. Meh aku jawab. Kalau nak kena tengok semua tu, maknanya, tak payah la aku buat survey macam tu, kan? Sebab aku memang dah tanya dahpun harga kat tempat aku dan harganya bercampur-campur. Tujuan aku buat survey tu bukan hanya untuk penilaian aku seorang tapi juga untuk tukang jahit lain supaya alert sama harga yang terkini. Sebab ada lagi yang masih ambil upah jahit yang terlalu murah. Jadinya, apabila ada post fasal survey tu, dorang boleh up sikit harga upah jahit dorang tu. Sekarang dah tahun 2020 gaiss... Takkan la harga upah jahit baju kurung masih lagi RM30? Tapi kalau ada yang nak letak harga macam tu, terpulanglah pada diri masing-masing. Cuma nanti janganlah iri hati atau tinggalkan komen yang negatif apabila orang lain letak harga tinggi sikit dari harga awak. 


Tapi, apabila ada yang tinggalkan komen yang seakan-akan mempertikaikan post aku tu, maka akupun terpaksalah off comment untuk post tersebut sebelum ruang komen tu menjadi medan perbalahan. Lagipun, bukan semua yang ada dalam grup jahit tu nak mencari ilmu tentang jahitan. Ada segelintir tu dia masuk grup hanya untuk cari kesalahan si tukang jahit dan aku tak nak la post aku tu tercemar dengan unsur-unsur membawang. Aaggiittchuu..!





You turned off commenting for this post.





p/s: Apapun, terima kasih pada semua ahli grup yang sudi like dan menjawab survey aku tu. Rasanya kalau aku tak off komen tu, mungkin ramai lagi ahli grup yang berikan jawapan pada soalan aku tu. Maaf ya untuk yang tak boleh nak komen tu. Macam la aku teringin nak komen, kata makcik bawang. 😅😅😅
.

Friday, November 15, 2019

Baju kurung moden tak cukup kain.

Assalamu'alaikum.


Baju kurung moden tak cukup kain.


Jadi tukang jahit ni, kena biasakan diri untuk peningkan kepala. Haha. Macam-macam hal nak kena ambil kira. Dari hal kastemer yang bla bla bla hinggalah kepada kain yang bermasalah. 


Ini ukuran untuk kastemer aku tu. Kiranya, ini baju dia yang ke empat yang dia tempah kat aku. Siapa yang ada kastemer yang ukuran dia macam ni, boleh la ikut cara aku ni. Itupun jika nak ikut la, kan... Ni cara bodoh-bodoh je. Takde dart tapi masih ada cutting.





Ni aku kongsikan cara nak ambil kain untuk bahagian tangan jika kain tidak mencukupi. Kain ni sebenarnya 4 1/2 meter tapi disebabkan badan kastemer tu agak berisi, maka kain tu jadi tak cukup dan sangkut pada bahagian pangkal lengan. Aku takde la nak salahkan kastemer. Memang dia dah tahupun badan dia besar. Tu yang dia beli kain tu banyak sikit. Nanti kalau beli sampai 5 meter, banyak pulak pembaziran. Lagipun, yang tak cukupnya sikit je. Takpe la. Aku tampung la mana yang tak cukup tu.



 ^
Daripada 4 1/2 meter kain yang ada, ini sahaja yang tinggal untuk bahagian tangan. Sebelah tangan dapat full tapi sebelah lagi terpaksa sambung. Macam mana jika kain tu cuma 4 meter sahaja?
v






Bahagian bawah ketiak ni tak nampak sangat kesan sambung tu. Tambahan pulak orang tu badan besar. Lagi la terkepit bahagian tu di bawah ketiak.


No photo description available.


Aku pernah kongsikan kisah baju tak cukup kain untuk bahagian tangan tu di facebook aku tapi itu baju lain. Dah lunyai dah kot baju tu tuan dia pakai. Haha. Bahagian pangkal tangan tu nanti jadi macam gambar di bawah ni la.


Image may contain: indoor



Ada sesetengah tukang jahit kata, cukup je kain 4 meter jika badan orang tu besar. Mungkin mereka dah pro. Aku ni bukannya pro. Jadinya, aku tak nak la ambil risiko potong kain lintang-pukang. Aku risau jika kastemer tak selesa pakai baju yang aku jahit. Aku potong kain ni semuanya ikut ira memanjang. Jadinya, memang kena ada kain yang mencukupi dan bukannya kain yang cukup-cukup makan. Banyak sangat tampung dan potong kain ikut ira yang berlawanan arah, takut nanti tak cantik dan tak selesa pada si pemakai. 


p/s: Lain orang, lain caranya. Tak perlu nak kondem cara orang walaupun awak seorang tukang jahit profesional. Respect each other, okay?
.

Tuesday, October 1, 2019

Baju kurung moden kain ada kaki.

Assalamu'alaikum.

Baju kurung moden kain ada kaki.


Masa bukak kain untuk baju tu, aku dah mula cuak dah. Aku ingatkan kain biasa je. Rupanya, kain tu ada kaki. Aku cukup lemah kalau orang hantar kain berkaki ni. Bukan apa, leceh nak potong jika orang tu nak jugak kaki kain tu diletakkan pada bahagian bawah baju dan hujung tangan.


Jadinya, proses untuk memotong kain terus terbantut. Aku mesej kawan aku sebab ni kain untuk buat baju anak dia. Aku terangkan kat dia yang kain berkaki ni, jika nak buat baju kurung moden, memang tak berapa selesa (sedap) dipakai jika potong ikut ira melintang. Dan, diapun berjanji nak datang ke rumah untuk bincang sebab anak dia tinggal di asrama.




Bincang punya bincang, terang punya terang, akhirnya dia suruh aje aku potong kain tu ikut ira biasa (memanjang) dan kaki kain tu letak di bahagian hadapan baju. Lagipun, sebelum tu aku ada tunjukkan contoh baju aku yang aku buat fesyen kaki kain di depan. Lepas tengok baju contoh tu, terus dia setuju dengan cadangan aku. Alhamdulillah.


Lepas dapat persetujuan, barulah aku mulakan pemotongan dan aku mulakan potong kain dahulu. Tapi, belum apa-apa, dah ada tukang kacau dok menggedik kat atas meja potong kain aku tu. Entah bila la dia melompat naik. 😹😹😹




^ 
Duduk diam-diam kat situ! Cucuk biji mata tu kang..! Kan dah kena marah. Haha. Siapa suruh mengacau.
v


 ^
Konon-konon nak menggedik. Sekali kena marah. Marah-marah manja je. Kan Olen, kan...
v


 Buat-buat tidur lepas kena marah. Drama sangat weiii...! Haha.




^
Untuk dapatkan jahitan zip yang elok dan lurus, aku letakkan kadbod ni. Nanti takde la bahagian zip tu berkedut-kedut.
v


Aku snip sikit pada bahagian tajam (lengkungan) pada bahagian atas lutut. Tujuannya supaya kain tu jatuh cantik dan tidak nampak keras kejung.


Pada bahagian lipatan, tak kira la lipatan kat bawah baju, bawah kain, hujung tangan, bahu dan sebagainya, aku buat macam ni. Lipat sikit pada bucu lipatan tu. Kalau tak nak lipat, boleh je potong menyerong. Tujuannya supaya jahitan tidak nampak tegang. 


Okay, kain dah siap dah. Alhamdulillah. Kain aku memang aku tak buat dart ya. Kastemerpun okay je. Belum dengar lagi ada yang komplen. 





Sekarang, marilah kita potong kain untuk baju pulak. Bismillah.













Alhamdulillah. Siap dah baju kurung moden dan kain duyung ni. Tuan punya baju dahpun datang untuk fitting. Takde masalah pada baju. Elok je terletak pada badan kastemer tu. Alhamdulillah. Lega oii...! Haha. Ni kali pertama aku jahit baju dia. Rasa seronok apabila tidak perlu alter sana sini. Satu kepuasan bagi tukang jahit macam aku. Alhamdulillah.





p/s: Terima kasih pada semua kastemer yang sudi menempah baju dengan aku. Moga Allah murahkan rezeki pada anda dan keluarga. Aamiin.
.

Tuesday, August 20, 2019

Video: Cara buat pola baju kurung moden

Assalamu'alaikum.

Video: Cara buat pola baju kurung moden.


Untuk siapa yang nak belajar menjahit atau yang baru mula menceburkan diri dalam bidang jahitan, boleh la follow Sue Badrul ni di facebook ataupun di Youtube.





p/s: Senang ikut cara dia. Cara dia buat pola asas tu lebih kurang macam aku buat. Mungkin kitorang belajar di tempat yang sama kot. Ehh..! Haha.
.

Tuesday, April 30, 2019

Tukang jahit memang kena banyak fikir.

Assalamu'alaikum.

Tukang jahit memang kena banyak fikir. 


Siapa kata jadi tukang jahit ni mudah? Siapa kata orang yang jadi tukang jahit ni rata-rata tak cerdik? Amboi.. Amboi.. Amboi... Sedapnya mengata orang, kan...


Ramai je yang kata macam tu. Hakikatnya, mereka hanya pandai mengata tapi tidak pandai nak buat baju hatta nak jahit lurus kain batikpun mereka terkial-kial. Heh.


Ni aku nak kongsikan pengalaman aku buat baju yang kainnya tidak cukup. Pening kepala tapi ini adalah satu cabaran untuk aku. Yakin boleh..! Buat-buat yakinpun takpe aiihh.. Hahaha..





























Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak perlulah nak mendabik dada jika ada kelebihan dan tak perlu nak malu jika ada kekurangan. Yang penting, raikan setiap kelebihan dan kekurangan itu dengan positif.


p/s: Siapa yang tempah jahit baju kat mana-mana tu, jika baju dah siap, tolonglah bayar ya. Kesian la pada tukang jahit yang dah bertungkus lumus jahitkan baju korang tapi korang tak bayarpun harga upah jahit baju tu. Baju dah naik lusuh tapi upah jahit tak dibayar. Tak malu ke? 
.
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)