Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Petai. Show all posts
Showing posts with label Petai. Show all posts

Monday, February 17, 2020

Cara buat jeruk petai.

Assalamu'alaikum.

Cara buat jeruk petai.

Siapa suka makan jeruk petai? Kalau suka, kita boleh jadi kawan. 😁😁😁


Hari Khamis minggu lepas, aku ada beli empat ikat petai di pekan sehari. Memang tujuan beli tu untuk buat jeruk petai. Satu ikat petai tu, harga dia RM3. Kalau di pekan sehari hari Selasa, satu ikat tu RM5. Dah tentulah aku pilih yang murah harganya, kan?


Okay, jom tengok cara aku buat jeruk petai ni. Mula-mula, kena rebus dulu petai tu. Rebus sampai air mendidih. Tak payah letak apa-apa masa rebus tu. Rebus petai semata-mata.




Dah siap rebus, tunggu sejuk dulu. Lepas tu, boleh la picit-picitkan petai tu untuk keluarkan isi dia. Tengok dalam video ni. Gigih tu pi rakam semata-mata untuk bagi orang faham. 😊😊😊




Dah habis picit semua petai tu, kena basuh dulu petai tu. Lalukan petai tadi di bawah air paip. Basuh gitu je. Jangan kau pi curah glo pulak. Kah..!




Kulit petai yang dah kosong tu, aku buang aje la. Nak buat apa aje? Takkan nak buat halwa pulak. 😅😅😅 Tapi, mungkin ada je orang yang guna kulit petai ni untuk dimasak.




Ni dia petai rebus yang dah siap dibasuh.




Masukkan petai tadi dalam botol. Masukkan air masak sejuk dan cili padi (jika suka). Jangan guna air paip. Mana la tau kot ada yang suka makan jeruk petai ni sekali dengan air dia tu. Niaya je kat orang sebab guna air paip yang tak masak.




Lepas tu, masukkan sedikit garam kasar. Letak sikit je tau.




Okay, dah siap dah jeruk petai aku ni. Boleh la simpan dalam peti sejuk. Empat ikat petai tadi, cuma dapat satu botol kecil ni je. Patut la harga jeruk petai mahal. Kiranya, satu botol ni dah jadi RM12. Itu baru harga petai. Belum lagi caj proses pembuatannya. Haha.





p/s: Mudah je cara nak buat jeruk petai ni, kan? Apa lagi, cepat la beli petai dan buat sendiri. Banyak jimatnya jika buat jeruk petai sendiri.
.

Saturday, July 27, 2019

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋

Assalamu'alaikum.

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋


Secara jujurnya, aku adalah seorang perempuan yang sangat tidak pandai untuk membuat sambal. Sebutlah sambal apapun, memang aku akan gagal untuk mencapai piawaian. Sedangkan tekak sendiripun tak lepas, apatah lagi tekak orang. Haha.


Aku selalu gagal apabila membuat sambal. Sambal ikan bilispun aku tak pandai nak buat, apatah lagi nak buat nasi lemaknya. Heh.


Maksud aku tak pandai tu, bukannya tak pandai masak atau tak pandai buat. Boleh je masak. Boleh je buat. Maksud aku, aku tak pandai untuk mendapatkan rasa yang wallah..! Selalunya sambal yang aku buat tu rasanya, alahaii... Sendu di tekak sendiri. Kah..!




Jadinya, kelmarin akupun buat la sambal udang ni. Ikutkan nak buat masak lemak cili padi je macam biasa tu tapi dah kerap sangat pulak aku masak macam tu. Tak mencabar la kalau asyik masak menu yang sama aje, kan?


Masak punya masak, akupun makan la nasi dengan berlaukkan sambal udang mabeles aku ni. Sayur takde, makan aje dengan salad yang aku beli di pekan sehari. Petai fresh takde, apa susah, aku masukkan aje petai jeruk yang ada kat dalam peti sejuk tu. Kalau tak buat macam ni, tak luak jugak petai jeruk tu. Dah dia duduk dalam tu, memang sokmo la aku lupa nak makan. Haha.


 Tengok gambaqpun dah kecoq liuq oiii....!


 Satu contoh menu sihat. Itupun kalau nasi tak bertambah la. Maunya tak bertambah? Kahkahkah..



 Tu dia aihhh...! Licin hingga menjilat jari. Jilat pingganpun aku sanggup aiihh.. Hahaha..


Akupun pelik jugak, pasaipa sambal udang aku kali ni sedap ya amat walhal aku masak macam biasa je. 😘😘😘 Bukan senang tau aku nak puji masakan sendiri. Malu oii nak isi bakul angkat sendiri sebab memang tak terangkat punya la. 😁😁😁




p/s: Amacam? Kecoq liuq dak? Dah tu, tunggu apa lagi? Tak gheti-gheti lagi ke nak pi masak sendiri. 😝😝😝
.

Wednesday, October 17, 2018

Jemput makan..!

Assalamu'alaikum.

Jemput makan..!


Tengah hari ini, aku masak lauk ini sahaja. Jadi la tu. Ada juga lauk untuk dimakan bersama nasi. Makanya, janganlah merungut dan bersungut ya manusia. 😋😋😋


Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah beri. Moga Allah murahkan juga rezeki pada anda semua. Aamiin.
.

Friday, August 3, 2018

Sambal daun kayu.

Assalamu'alaikum.

Sambal daun kayu.

Dah lama sungguh aku menyepi, kan? Sebenarnya, skrin laptop aku meragam. Tu yang tak dapat nak update blog. Ni pun aku gunakan desktop abang aku. Pinjam sat sementara dia pi main badminton. Sebenarnya, aku tak berapa suka dan mahir guna desktop ni. Terkial-kial aku cari huruf. Haha.


Sebelum tu, aku ucapkan berbanyak terima kasih atas komen yang readers tinggalkan. Baru hari ni aku approve. Maaf ya. 


Okay, berbalik pada tajuk di atas. Ni aku nak share gambar masakan yang aku buat petang tadi. Ni lauk yang biasa orang Negeri Sembilan buat. Ikut cara masing-masing la nak buat tu. Bahanpun ikut suka masing-masing jugak. Kalau aku, main bantai je guna apa yang ada. Janji aku buat. Haha.


 ^
Ni je daun dan pucuk yang ada. Pucuk labu takde. Malas pulak nak pi cari kat pasar. Yang ni semua hasil dari kebun mini aku tu. Seronokkan jika tanam sendiri. Anytime boleh petik hasilnya. Heh.
v


 Daun dan pucuk tadi dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Nak hiris halus ke, hiris kasar ke, terpulang pada kita sendiri. Haha.


 Aku campurkan tempoyak lama (masam) dan tempoyak baru (manis). Kalau masam sangat, nanti tak lalu nak makan. Dan kalau manis sangat pulak, nanti tekak kembang. Jadinya, kena seimbangkan rasa tempoyak tu. Tidak terlalu masam dan tidak terlalu manis.


 Cili padi dan semua bahan dalam mangkuk jernih tu, kita kisar lumat. Manakala bahan dalam piring biru tu, bawang dihiris dan serai diketuk.


 ^
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masakkan kuahnya dahulu sampai mendidih. Dah mendidih, barulah masukkan segala daun dan petai.
v



 Masak kena lama sikit. Biar betul-betul masak. Perasakan dengan garam. Jika rasa tempoyak tu kurang, boleh tambah lagi. Takde masalahpun. Tapi lepas tambah tempoyak tu, kenalah masak lama sikit. 



Dah siap..! Senang je, kan?


p/s: Okay. Sampai sini je dulu. Ada kelapangan nanti, aku update lagi blog aku ni. Maaf ya sebab tak dapat nak blogwalking kat blog kawan-kawan. Huhu.
.

Saturday, December 30, 2017

Ole-ole dari Kampung Gachong.

Assalamu'alaikum.

Ole-ole dari Kampung Gachong. 

Alhamdulillah. Hari tu, pakcik aku yang tinggal di Kampung Gachong, Kuala Pilah ada datang ke sini. Dorang sekeluarga datang untuk ziarah Omak aku yang merupakan kakak kepada pak cik aku tadi. 


Dorang datang dengan membawa sekali hasil tanaman di rumah. Banyak tu. Petai tu dah aku bagi sorang sikit. Selebihnya, aku buat jeruk petai. Buah asam gelugor tu pulak aku dah hiris untuk dijadikan asam keping. Buah bacangpun ada. Dah aku bagi kat orang jugak sebab aku kurang suka makan buah bacang ni. Nak buat sambal bacang lagi la aku tak reti nak makan. Lagipun aku bukannya jenis yang suka makan sambal macam sambal belacan tu. Bukan tak suka tapi tak berapa nak reti makan nasi berlaukkan sambal macam tu. Daripada buah bacang tu busuk macam tu je, baiklah aku sedekah kat orang.






Ini merupakan kali pertama aku tengok buah asam gelugor ni depan mata. Siap dapat pegang lagi. Selalunya tengok gambar je. Terima kasih la kat pakcik dan keluarga yang bawak buah ni. Dapat la jugak aku pegang. Hehe. Besar buahnya.





Disebabkan buah asam gelugor ni masih muda, maka dia bergetah la sikit. Agak kuat jugak getah dia tu sampai melekit-lekit jari aku. Biasanya orang hiris buah asam gelugor yang dah masak yang warna kuning tu tapi disebabkan ini je yang ada, takpe la, hiris je la. Jika tak hiris untuk jadikan asam keping, aku nak buat apa pulak dengan buah tu, kan?





Lepas hiris, kenalah jemur. Mujurlah hari tu cuaca panas sikit. Itupun tak kering sangat lagi. Nak kena jemur lagi tapi hari ni hujan la pulak. Sepatutnya kena hiris besar sikit sebab nanti dia akan kecut apabila kering. Tapi disebabkan ini kali pertama aku buat asam keping sendiri, kira okay la kot. Haha. Lain kali jika ada rezeki dapat lagi buah asam gelugor ni, aku hiris lebar-lebar.





p/s: Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. :D
.
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)