Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 7, 2012

Terima kasih...

Assalamualaikum....

Terima kasih...

Terima kasih kerana memberikan semangat...
Terima kasih kerana sudi mendoakan...
Terima kasih atas perhatian...

Terima kasih semua yang sudi meninggalkan komen di sini...
(Kuantiti tidak penting.. Kualiti diutamakan..)













All the best untuk anda juga.. Semoga anda semua diberkati Allah selalu... Amin...


--------------- Sekadar satu perkongsian untuk renungan kita bersama ---------------


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya - Al-Imran: Ayat 8


وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۖ بَلۡ هُوَ شَرٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٲثُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan - Al-Imran: Ayat 180


p/s: Lebih ramai manusia yang suka memusnahkan impian orang lain daripada memberi semangat untuk segera bangkit...

Saturday, October 6, 2012

Projek...

Assalamualaikum....

Projek...

Aku baru je mulakan projek kecil ini..
Projek buat popia frozen je..
Sekadar mencuba nasib dalam bidang makanan pulak..

Aku percaya pada qada' dan qadar Allah...
Jika ada rezeki, ianya pasti datang...
Tapi kenalah usaha dulu...
Bukan sekadar menanti borang sampai ke tangan...
Isi dan tunggu pemerosesan dijalankan...
Itu bukan cara aku... 


Inti...


Gambar kitar semula... Maaf..


Sos cili...


Sekali lagi gambar kitar semula.. Maaf sekali lagi...


Semoga Allah permudahkan segala urusan... Semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki.. Semoga aku segera mendapat kastemer dan mereka tidak lari... Amin...

p/s: Aku juga punya misi.. Aku juga punya impian.. Bezanya misi dan impian aku sekadar ikut kemampuan diri.. Kecil sahaja walaupun punya badan yang besar... ehehh...

Friday, October 5, 2012

Witches Tongue....

Assalamualaikum...

Witches Tongue....

Lidah ahli sihir mana la pulak ni....
Adehhh....

Ni bukan cerita pasal ahli sihir, dukun ataupun lidah mereka... Ni adalah nama sejenis pokok bunga yang ada kat laman rumah aku... *Cepat aje nak menembak ya.. cehhh...

Pokok ni mak aku yang tanam.. Mulanya pokok ni duduk dalam pasu, macam tak berjaga je. Terbiar, dengan tanah yang cuma setengah pasu dan selalunya tanah tu kering tanda tidak disiram.. Cuma, baru-baru ni je aku ubah pokok ni ke atas tanah sepenuhnya...




Tak berapa lama lepas diubah tu, aku tengok perubahan mendadak kat pokok ni.. Pokok dah mulai subur.. Daun dan tunas baru dah mula keluar bercambah.. Dan baru-baru ni, terkejut aku bila tengok bunganya yang memutih.. Banyak pulak bunga tu.. Tetiba rasa macam berada kat Swiss la pulak.. muahahaha.... *Berangan de amor je laa... ehehh...




Pokok Witches Tongue ini juga dikenali dengan nama Clerodendrum Incisum Macrosiphon, Rotheca Incisa, Rotheca Incisafolia, Musical Note Clerodendron, Morning Kiss Clerodendron... Banyak sungguh nama dia.. Unik pulak tu nama-nama dia...





Dari pemerhatian aku la kan, pokok ni jenis yang tak tahan lama.. Lebih-lebih lagi jika terkena hujan, lagi la cepat dia lunyai.. Macam taugeh, yang mudah lembik jika terlalu lama direndam dalam air.. Ajaibnya pokok ni ialah bila dia nak gugur tu, bunga yang panjang tu akan terjuntai kat jejarum (belasah je bagi nama..) kat tengah tu...

Setakat ni je cerita pasal lidah ahli sihir ni.. Pokok lidah mertua korang kenal tak..? Takpun pokok lidah jin... Kenal...?? 

p/s: Buruk pada nama... Namun cantik pada pandangan mata... Jangan nama je cantik tapi ______... :-)

Thursday, October 4, 2012

Sedap dan sentap...


Assalamualaikum...

Sedap dan sentap...

Mengata orang, sedap...
Dikata orang, sentap...

Meminjam hak orang, sedap...
Diminta pulangkan, sentap...


p/s: Saiko...

Wednesday, October 3, 2012

Abeh tu camno...??

Assalamualaikum...

Abeh tu camno...??

Bila kita gunakan kata ganti diri sebagai ko dan aku, ada yang kata kita agak kurang ajar... Lepas tu bila kita tukar kata ganti ko dan aku tadi kepada awak dan saya, dia kata kita syok dan ada perasaan kat dia pulak.. Adehhh... Camno tu..??

p/s: Ada yang pernah hadapi situasi macam ni tak... Jom kongsi-kongsi cerita jom... Mana la tau kot-kot boleh digunapakai.. :-)


Monday, October 1, 2012

Di balik tabir dan bibir...

Assalamualaikum...

Di balik tabir dan bibir...

Masa kenduri hari tu, letrik terputus bekalan..
Sakit jiwa betul.. 
Baju tudung belum bergosok.. Bukan aku seorang tapi semua..
Enpon dan kamera tak sempat di-cas..
Sana sini sibuk menalipon talian hayat...

Bertambah tension bila dengar suara operator yang menjawab macam tak makan setahun...
DJ yang diupah balik dan bawa generator sendiri..
Lepas kenduri, kena caj tambahan RM100..
Terima kasih TNB atas kelembapan...

Belumpun sempat letrik bersambung bekalan, air pulak terputus bekalan..
Makin menambahkan hangin dalam badan..
Pelbagai lagu dan irama yang keluar dari bibir....
Kesabaran sudah sampai ke kemuncaknya..

Orang di dapur sibuk memasak lauk untuk makan beradap..
Orang di depan sudah mengatur kerja untuk mencuci pinggan..
Air cuma keluar kat paip depan..
Laju lagi air kencing kucing...
Terima kasih JBA atas segala kesulitan...

Mujurlah rumah ada dua kolam besar dan tangki air..
Dapatlah sedara mara menumpang solat...
Alhamdulillah...

Sampai loose kepala paip gara-gara nak bagi air keluar...
Tak tau la siapa punya kerja...
Redha je laa..
Huhuhu....

Gambar sekitar kenduri hari tu..
Main tempek je mana yang sempat..
Malas dah nak edit-edit..



Telur pindang impot dari JB.. Kakak ipar aku yang sponsor... Sponsor telur sahaja...



Takde pelamin untuk upacara merenjis tawar pengantin... Sekadar tempat untuk makan beradap.. Gambar aku ambil waktu malam sebelum hujan turun...






The karok girls... Seronok tengok budak-budak menyanyi...



 Hasil yang terkumpul selepas kenduri... 
Kenduri hari Sabtu...
Lori angkat sampah datang hari Isnin...
Beranak-pinak segala jenis ulat kat situ...
Gemuk-gemuk pulak tu...
Bau...??
Kalah bau perfume mahal korang...
Ehehh....




p/s: Katering lambat sampai.. Orang dah berpusu-pusu menunggu di bawah khemah.. Kitorang kat dalam rumah ikut resah... Nasib baik lauk semua mencukupi.. Boliau... Tinggal nasi putih dengan nasi minyak je sikit dan sudah diagihkan kepada jiran berdekatan... Alhamdulillah, kurang sikit pembaziran...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)