Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 5, 2013

Berhenti buat sementara waktu..

Assalamualaikum...

Berhenti buat sementara waktu..


Buat masa ni, aku malas nak share apa yang aku jahit kat grup yang aku join.. Nanti bila aku share, tentu ada yang tanya macam-macam..  Takut nanti ada yang komen macam-macam bila aku tak jawab pertanyaan dorang.. Aku bukan tak nak jawab dan bagitau secara details tapi aku tak mampu nak buat macam tu secara berlebihan..


Sekarang ni aku tengah belajar buat benda baru.. So, aku nak fokus kat situ dulu.. Kalau asyik nak jawab semua soalan, entah sampai bila kerja aku nak siap.. Buat sementara waktu ni, cukuplah dulu dengan tutorial jahitan yang aku kongsikan kat blog aku ni.. Mudah-mudahan ada manafa'atnya dan dimanafa'atkan dengan sebaik mungkin..


Mungkin disebabkan hal yang sebegini la yang buat tak ramai orang yang nak share hasil jahitan dorang.. Sebabnya, takut tak termampu nak menjawab segala persoalan... huuu....


p/s: Dengan keadaan line yang semput ni, lagi la aku tak mampu nak jenguk grup-grup yang aku join..

Wednesday, December 4, 2013

Akhir Disember ini...

Assalamualaikum..

Akhir Disember ini...


Akan datang akhir Disember ini..
Desir angin yang memutih di padang-padang..
Sesaat kita mendengar risau..
Di sebalik rongga waktu..
 Yang berhemburan di jendela...


Akan datang akhir Disember..
Risik bulan yang mengabur..
Di hutan-hutan seakan gelisah..
Di tangan kita..


Akan datang akhir Disember ini..
Senja pulang desir bisik..
Dan angin petang berhemburan..
Bagai rindu musim hujan..
Lepas udara malam yang kelam..


Dan sesaat itu juga kita mendengar kacau..
Menyiapkan unggun mimpi dikaca peraduan..


Akan datang akhir Disember ini..
Bulan di ranting pohonan..
Dan angin yang berdesir dalam nafas malam..
Mengalir antara bayang dan sepi..
Sementara menunggu lebur jaga diri..


Disember kali ni didatangi dengan berita banjir teruk yang melanda Pahang hingga ada jambatan yang runtuh, juga banjir di beberapa negeri yang lain.. Aku turut simpati bila ada seorang rakan fb, seorang ibu pulak tu, yang terpaksa meredah air separas pinggang untuk pergi ke dewan awam mencari perlindungan kerana bantuan tidak datang.. Ya la, bila banyak kawasan yang dilanda musibah, mungkin kelewatan bantuan itu tidak dapat dielakkan.. Moga Allah terus melindungi para mangsa yang terlibat.. Bersabar la dengan dugaan hebat ini.. 


Risau jugak ni sebab Johorpun banjir.. Selalunya tempat abang long aku kat Batu Pahat dengan tempat kakak aku kat Labis tu yang kena... Mudah-mudahan banjir kali ni tak sampai kena pindah randah laa...


p/s: Tak sempat nak tunggu akhir Disember.. Masuk awal Disember je dah banjir dah.. Kun fayakun..

Tuesday, December 3, 2013

Rezeki terbuang..

Assalamualaikum...

Rezeki terbuang...


Kenapa pulak dibuang rezeki tu..? Tak baik buang-buang rezeki, kan..




Bukan sengaja nak buang.. Tapi tak boleh nak ambil sebab buah jambu ni nun tinggi kat atas pokok.. Dah tu, tanah licin sebab hujan dah empat hari turun tanpa henti.. Ni pun terkial-kial jugak aku turun ke bawah bukit ni sebab nak ambil gambar.. Tak berani nak bergerak banyak.. Kang tergelincir pulak, dah timbul penyakit lain..Yang jatuh ke tanahpun banyak jugak.. Kiranya jadi rezeki untuk ayam, cacing dan sebagainya la, kan.. 


p/s: Lagipun tekak aku masih lagi sakit.. Tak boleh nak telan makanan yang keras ni.. So, tengok je la buah ni dari jauh.. huhuhu..

Monday, December 2, 2013

Tu dia...

Assalamualaikum...

Tu dia...


Seawal pagi aku dah pergi klinik.. Dan inilah hasilnya...




Yang biru tu ubat kumur.. Pahit gila sampai muntah belilah aku dibuatnya... huhu.... Pil oren tu pulak antibiotik.. Punya la besar sampai aku terpaksa potong tiga pil tu.. Pil putih tu pulak paracetamol.. Aku potong dua.. Tekak aku masih lagi sakit dan tak boleh nak menelan nasi.. Tu yang aku potong pil-pil tu sebab takut nanti pil tu tersengkang kat kerongkong..


Bacaan BP aku 137/68.. Okay tak..? 


p/s: Okay, sampai jumpa lagi.. Badan tak sihat, so, moodpun tak berapa nak sihat jugak.. hehh...

Sunday, December 1, 2013

Siksanya bila jatuh sakit.. huhuhu..

Assalamualaikum...

Siksanya bila jatuh sakit.. huhuhu..


Aku jarang jatuh sakit.. Demampun jarang.. Jika adapun, sakit-sakit badan disebabkan masuk angin, sakit perut dan sakit kepala tapi tidak la sampai ke tahap meracau mengongoi..


Sekarang ni aku dilanda sakit tekak yang pada aku agak melampau.. Sampaikan nak telan air liurpun punya la susah.. Apa lagi nak telan nasi. Lemah longlai badan bila tak dapat nasi... huhuhu..


Dalam pada sakit tekak tu, demam pulak menyusul.. Tak tau kenapa.. Sampai menggigil-gigil badan aku.. Malam tadi aku meracau.. Badan tak panas.. Leher je yang panas.. Aku kalau demam sampai mengongoi ni kira teruk la.. Nak telan pil demam tu pun aku takut.. Takut tak tertelan.. Takut pil tu tersangkut kat kerongkong.. Sudahnya, aku belah dua pil tu.. Ya Allah, siksanya nak menelan..


Aku banyakkan minum air masak.. Hari pulak dah tiga hari asyik hujan je.. Bila dah banyak minum air, maka banyak kali la aku berulang masuk bilik air.. Terhoyong-hayang dok pergi bilik air.. Sabar je la..




Aku tau, bila sakit ni, ianya umpama menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. Jadinya, kenalah bersabar.. Kena banyak menyebut perkataan yang baik.. Perbanyakkan istighfar serta berzikir.. Tapi sesekali tu terkeluar jugak suara mengaum.. Ya la, kepala dah la sakit berdenyut-denyut, pastu kucing dengan ayam asyik la memekak je kat sebelah tingkap bilik ni haa.. Mana la aku tak tension.. hahaha...


Okay, ni je nak bagitau.. Panjang umur jumpa lagi.. Sekarang ni dah mula musim tengkujuh.. So, berhati-hatilah selalu.. Moga Allah sentiasa merahmati, memberkati serta melindungi kita dari mara bahaya.. Amin..


p/s: Siapa ada petua untuk redakan sakit tekak ni, boleh la share dengan aku.. Terima kasih aku ucapkan.. Aku takde batuk, cuma sakit tekak je.. Perit ya amat..

Saturday, November 30, 2013

Apa masalahnya..?

Assalamualaikum...

Apa masalahnya..?


Apa masalahnya dengan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno..? Tak faham aku dengan sikap segelintir orang kita ni yang memaki hamun, menghina dan sebagainya di atas perlantikan UKE ini.. Rata-rata yang mengomen dengan ayat kurang ajar tu adalah orang Melayu kita.. Orang Islam pulak tu.. 


IPOH - Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.


Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.


Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.


“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif  seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.


“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr  Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.




p/s: Sudah-sudah la tu memaki-hamun orang.. Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah daripada berbalas-balas komen mengutuk UKE kat sana-sini.. Orang lain sibuk nak mencari dan mengumpul ilmu tapi kau manjang la sibuk dok mengumpul dosa... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)