Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, October 24, 2014

TAHNIAH...!!!

Assalamualaikum...

TAHNIAH...!!!


Kata pepatah lama; Berakit-rakit ke hulu.. Berenang-renang ke tepian.. Bersakit-sakit dahulu.. Bersenang-senang kemudian..


Kata aku pula; Makan kenduri rumah tok penghulu.. Makan bersama anak Tok Asan.. Biarlah kena perli dahulu.. Asalkan menang kemudian... hehh.. hehh... hehh...


TAHNIAH...!!!
TAHNIAH...!!!
TAHNIAH...!!!
TAHNIAH...!!!




TAHNIAH PAHANG...!!
Tewaskan Kedah 5-0
Aggregate 6-3...




Alhamdulillah, memang jugak akhirnya malam ni.. Hadiah kemenangan untuk DYMM Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda hari ni..


Kenegerian sungguh komen yang ini... hehh...

 xkisahlah sape yg masuk final yang penting jng biarkan pasukan dari pantai timur masuk final 


p/s: Nak tunggu final pulak.. Harap-harap Pahang akan bertemu dengan FELDA United.. So, boleh sokong dua-dua pasukan... hahaha...

Daripada menjeruk rasa, lebih baik menjeruk...

Assalamu'alaikum...

Daripada menjeruk rasa, lebih baik menjeruk...


Daripada menjeruk rasa, lebih baik menjeruk...? Menjeruk apa ya..? Mehh tengok jeruk apa.. hehh..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Tadaaaaaaa....!!!

|
|
|
|
|
V

Ehh...! Sibuk la pokok ni.. Nak jugak menyelit.. hehh... Ni tengah gigih mengait mangga... 


Ni dia yang betulnya... 

|
|
|
|
|
V

Daripada kita dok sroot sreet menjeruk rasa, lebih baik la kita menjeruk mangga... ahahh..







Rendam lebih kurang 3 jam nak bagi getah mangga tu hilang rasa dia.. Letak kapur makan sikit... Lepas tu, bilas dengan air paip nak kasi bau kapur tu hilang.. Lepas tu toskan..


 Macam-macam jenis asam yang aku beli.. Aku cuma guna dua jenis asam merah dan kelabu tu je.. Setiap satu jenis aku gunakan dua peket.. Selebihnya tu simpan buat stok.. hehe..




Gula, garam, cili padi dan asam secukup rasa.. Ikut suka la nak letak banyak mana,, Janji kena dengan selera masing-masing... Tak payah letak air..



 Walaupun tak letak air, tapi dia keluar air jugak sebab gula dah mula mencair.. 


 Sedap air jeruk buatan sendiri ni.. Takde la rasa ubat macam jeruk beli tu.. hehh... *eksennya la haiihhh padahal dulu jeruk tu la yang kau dok tibai selalu.. ahaha..


Siapa yang ada buah-buahan yang boleh dibuat jeruk tu, silalah cuba buat sendiri.. Jangan malas dok mengopek kulit buah tu.. Boleh je gantikan mangga telur ni dengan jambu air, jambu batu, betik mengkal, tembikai biasa, tembikai susu atau apa sahaja buah-buahan tempatan yang sesuai..


p/s: Jeruk aku kaler merah.. Tak macam jeruk orang lain.. Kan dah bagitau tadi, ikut suka masing-masing la, kan..... heeeee...

Wednesday, October 22, 2014

Isu BOIKOT....

Assalamu'alaikum...

Isu BOIKOT....


Sekarang ni tak boleh nak cakap lebih sikit.. Asal salah cakap je, kena boikot.. Kena sound sikit je, terus boikot.. Silap komen je, boikot la jawabnya... Sikit-sikit boikot.. hmmm...


Anak orang buat salah dengan anak kita, satu keluarga kena boikot...
Senyum sikit kat pakwe atau makwe dia, tak pasal-pasal putus kawan.. Boikot la tu, kan..?
Tak join grup gosip dia, kena boikot jugak..
Seorang yang buat hal, satu kumpulan jadi mangsa boikot..
Tak bagi pinjam barang, dan dan tu jugak terus boikot.. 
Suruh bawa bekal dikatanya nak boikot kedai makan...
Lembu berak bersepah-sepah, tuan lembu kena boikot...
Macam-macam la kisah boikot memboikot ni...


Hailaa....
Nak boikot tu tengoklah pada keadaan jugak..
Kena tanya pada diri sendiri jugak..
Kena fikir panjang jugak..
Betul ke apa yang aku buat ni..?


Ada jugak yang jenis main ikut orang atau kawan.. Kawan tu boikot, diapun ikut boikot jugak la.. Takde pendirian gamaknya.. Ke, takut kena sisih..?


Sakit woooo kena boikot ni.. Lagi sakit bila kita tak tau kenapa kita diboikot.. Alih-alih semua dok pakat buat tak kenal je.. Lepas tu buat tak endah je seolah-olah kita dah buat satu dosa yang tersangat besar yang takde ampun-ampun dah.. Hamboiihhh.. Itu bukan boikot namanya.. Itu dendam kesumat dah tu.. Moga dijauhkan.. Astaghfirullahal'adzim.. 


Entahlah... Boikot ni kadang-kadang tak perlu nak bising jugak.. Lebih-lebih lagi jika benda yang diboikot tu tak pasti samada betul atau tidak kesahihan ceritanya.. Silap haribulan dah jadi kes fitnah pulak.. Apapun, ikut cara masing-masing la, kan.. Sendiri buat, sendiri tanggung.. 


Kau boikot produk aku... Akupun boleh jugak boikot produk kau... Sangat sinonim dengan orang Melayu... hmmm... 


You have to be careful how you're using the word boycott - Vernon Jordan


p/s: Jangan sampai nanti kita dok sibuk memboikot orang, akhirnya orang itu yang sibuk membantu kita bila kita dilanda musibah.. Membantu tu bukan dari segi duit dan tenaga sahaja.. Doa jugak merupakan satu bantuan.. Mana nak letak muka hoiii....!

Letgo: Sewangi Cinta Anggerik..

Assalamu'alaikum...

Letgo: Sewangi Cinta Anggerik..


Aku baru beli dan baru je habis baca buku ni.. Best jugak cerita dia.. Takde la skip atau lompat kijang.. Cumanya, aku dah tak boleh nak simpan buku ni dalam almari.. Almari dah penuh sangat dah.. Tu yang terpaksa letgo tu.. 






Sinopsis Sewangi Cinta Anggerik:

Suriya Anggerik hidupnya penuh dengan duka, onak dan duri. Dia hanya mempunyai seorang abang, tempat dia menumpang kasih dan bermanja. Iddin Amsyar pula, hanya punyai ayah tapi seperti tidak punyai sesiapa. Hambar, kaku dan tak berperasaan. Masing-masing punyai kisah silam yang menjerut perasaan.

Pertemuan pertama antara mereka tersangatlah dingin. Sedingin ais yang membeku! Dan sejak hari pertama bekerja lagi, Suriya sudah disogokkan dengan cerita yang Iddin itu seorang gay!

“Err… Are you gay?”
“Siapa yang cakap?”
“Err… Saya dengar gosip kat pejabat.”
“Daripada Kak Ani?”
“Bukanlah daripada Kak Ani sorang. Hmm… Daripada beberapa orang lain lagi.”
“Awak rasa?”
“Err… Tak tahu.”
“Hmm… Apa kata kita cuba dulu. Then baru awak tahu saya gay atau tak. Amacam?”

Erk! Aci jugak cuba dahulu... Huh! Suriya tak tahu nak kata apa. Dia terkesima dengan cadangan Iddin.
Banyak perkara yang Iddin sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Dia cuba menjadi orang lain dengan harapan dia dapat menyembunyikan kepahitan yang pernah singgah dalam hidupnya. Mampukah dia?

Hakikatnya masing-masing dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada insan tersayang. Mampukah cinta yang tersemai bersatu, membina dan mengutip kembali perhubungan yang pernah tertinggal? Mampukah jiwa yang memberontak kembali tenang dan mengukir senyuman dalam mengecapi sebuah kebahagiaan?    


- Sumber sinopsis dari google..


p/s: Nak tengok koleksi novel untuk di-letgo, boleh la klik link ni.. Terima kasih..

Tuesday, October 21, 2014

Anonymous dan spam, berpisah tiada.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Anonymous dan spam, berpisah tiada.. hehh...


Aku baru je kemas kini dan ubah setting kat ruangan komen untuk blog aku ni.. Tak sampaipun sehari, dah dapat komen spam dari anonymous.. Betul la, anonymous dan spam ni macam kembar, susah nak berpisah... hehh...


Kononnya bila tukar setting ruangan komen ni boleh la dapat komen yang bernas sikit dari pelayar internet..  Alih-alih ini yang aku dapat.. Ingatkan takde dah jenis spam macam ni.. 







Sudahnya, aku tukar balik semula setting kat ruangan komen tu seperti sediakala.. Tak rajin aku nak mendilit segala jenis komen spam ni.. Sebelum makin banyak komen spam yang masuk, baik aku tukar balik semula setting tu.. Buang masa je haiihh... Yang penting, setiap komen kena approve dulu.. hehh...





Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..

Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^


p/s: Sebelum mengomen, baca dulu pantun yang ada kat ruangan komen tu.. Gamaknya si anonymous tu tak faham, tu yang dia bantai menyepam je tu.. hehh...

Mula-mula kecewa namun akhirnya berbaloi.. hehh..

Assalamu'alaikum...

Mula-mula kecewa namun akhirnya berbaloi.. hehh..




Aku malas nak taip panjang-panjang.. *konon... ahahh... Jadi, aku print screen aje la apa yang aku update kat Goodreads aku tu.. Zaman sekarang ni kan zaman main print screen bagai.. ehhh...!






Yup, aku beli novel second hand dari kawan kat satu grup.. Dah biasa beli dengan dia.. Jadinya aku minta tolong dengan dia untuk check muka surat yang aku dok kepohkan hari tu.. Bukan apa, takut nanti terbeli lagi novel yang ada missing pages.. Pastu novel yang sama pulak tu.. Kan ke haru je nanti.. Tu yang aku minta tolong dia double check.. Bila semua dah clear, barulah aku proceed booking dan beli.. Terima kasih Sue.. :)





Dan aku baru je dapat tiga buah novel Norhayati Berahim ni yang aku beli dari seorang geng kat grup yang sama.. Sementelah, aku dah leave dua grup dan tinggal satu grup ni je yang aku join dalam bab jual beli novel.. Yang inipun second hand jugak.. Masa beli tu aku takdepun nak tanya pasal kondisi buku tapi bila dapat, alhamdulillah, kondisi buku sesuai la dengan harga yang ditawarkan..




p/s: Mula nak sambung baca balik semula karya Norhayati Berahim.. Sebelum ni pernah baca dua buah karya beliau.. Mungkin sekarang ni aku dah boleh terima cara serta garapan gaya dan bahasa yang beliau gunakan sebab dulu memang susah sikit aku nak hadam gaya bahasa beliau.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)