Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 26, 2015

Cara buat dan jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)

Assalamu'alaikum...

Cara jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)


Amaran...! Entri kali ni banyak sangat gambar.. Jika tak sabar, sila tekan tanda X kat belah kanan atas komputer masing-masing ya.. Terima kasih.. 


Ni merupakan jubah adik ipar aku yang dah lama sangat tertunggak.. Aku dah cakap kat dia yang aku memang malas sikit nak jahit baju ber-lining ni tapi dia kata jahit je bila-bila aku free.. Makanya, baru sekarang aku potong dan jahit jubah dia tu.. Maaf ya lambat.. hehh...


Ukuran ni saiz S.. Potong kain lining dan kain luar tu macam biasa.. Gambar potong kain takde, lupa nak ambil gambar.. Maaf ya..




Ni kain dia...



Dah siap potong, jahit tepi dulu.. Kemudian tindihkan kedua jenis kain dan jelujur kasar seperti dalam gambar.. Jelujur atas tanda jahitan.. Pastikan kain tidak salah letak/tindih..



Jahit mesin pada hujung lengan kain lining.. (Tiada dalam gambar)



Jelujur juga pada bahagian leher, bahu dan lubang lengan... Juga pada bahagian belahan untuk leher tu supaya kedudukan belahan tu tak lari..



Ni bahagian dalam kain untuk belakang jubah...


Kemudian, cantumkan bahagian bahu dan jahit mesin.. Lepas tu gosok belahan pada cantuman tadi biar kemas.. 




Ketepikan sekejap sebab nak buat proses leher dulu..





Ni cara nak buat pola leher untuk bahagian depan jubah.. Sila rujuk pada gambar ya.. Kat entri yang ini pun ada disertakan tutorial yang sama.. Bezanya, entri ini jubah tanpa lining.. 



Lebar lapik leher adalah 2 inci.. 



Lipat dua dan tandakan dulu dengan kapur pada bahagian belahan untuk leher..


Lepas tu baru tandakan dengan pen supaya tanda tu tak mudah hilang...



Kemudian, buat garisan supaya senang kita nak jahit nanti... Jangan digunting/potong tanda belahan tu.. Biarkan aje dulu macam tu..



Ni pula cara untuk buat pola leher bahagian belakang jubah.. Lebarnya dua inci jugak, sama macam lapik leher bahagian depan tadi..








Okay, habis bab cara nak buat pola leher.. Sekarang ni cara nak lekatkan pola leher tadi pada kain.. Pastikan letak kertas gam pola leher tu mengikut ira kain.. Anak panah hijau tu menunjukkan kedudukan ira kain iaitu ira memanjang.. 





Jangan letak kertas gam pola leher tu seperti gambar di bawah..! Nanti kain lapik leher tu akan menjadi tegang dan tak selesa nak pakai.. Nak jahitpun susah sebab kain tu tak memeri.. Cara ni SALAH, ya..




Balik semula pada cerita tadi.. Penitikan dahulu kertas gam pola leher dan potong kain tersebut..




Lepas tu gosok perlahan-lahan dengan kemas... Dan gunting seperti dalam gambar di bawah.. Lebihan kain tu adalah basi kain untuk dicantum pada badan jubah nanti..




Bila dah siap gunting, jahit tepi dan gosok biar kemas... Nak menjahit, kena rajin menggosok.. Jangan malas dan culas.. hehh..




Lepas tu, penitikan pada bahagian bahu..




Jahit mesin dan gosok lagi pada bahagian belahan depan dan belakang...





Haaa.. Ini  proses nak cantumkan lapik leher tadi dengan badan jubah.. Jelujur kasar dahulu pada bahagian belahan lapik leher dan belahan pada baju.. Sebab tu kena tandakan awal-awal belahan lubang leher tadi.. Pastikan jangan cantum terbalik ya.. Bahagian luar baju kena bertemu dengan bahagian luar lapik leher.. Then baru jelujur...




Beginilah rupanya... Penitikan keliling leher supaya senang nak jahit.. Jika rasa was-was, boleh jugak jelujur dahulu..






Lepas tu, jahit mesin pada bahagian yang telah ditanda tadi.. Kiri dan kanan.. Jangan jahit mesin pada garisan belahan tu sebab yang tu kita dah jelujur kasar tadi.. Ulang jahit dua kali supaya jahitan tu kukuh dan kain tak terburai.. Lepas tu barulah sambung jahit keliling leher..





Gambar bawah ni dah siap jahit keliling leher..




Lepas tu, barulah belah/potong/gunting belahan leher tadi.. Gunting perlahan-lahan ya.. Jangan sampai terbabas.. hehe...




Kemudian, racik-racik kain keliling leher tu seperti dalam gambar di bawah.. Inipun kena buat berhati-hati sebab takut nanti tergunting pada jahitan..




Lepas tu, terbalikkan dan gosok bagi kemas...





Kemudian, tindih dan jahit pada bahagian dalam lapik leher.. 



#####


Gambar bawah ni dah siap jahit tindih... Tengok pada anak panah hijau tu ya.. 



#####


Lepas tu, gosok lagi bagi kemas dan penitikan..





Kemudian, jelujur kasar pada bahagian leher tadi.. Dan akhir sekali tindih mesin pada bahagian yang bertanda anak panah hijau tu... Bahagian belakang tak payah tindih dah sebab tadi kita dah tindih dulu.. *Rujuk pada gambar yang bertanda #####






Dan, boleh la cantumkan bahagian badan serta tangan baju.. Cantum macam biasa.. Bahagian baju jubah ni aku jahit asing-asing tapi bahagian tangan dia tu aku jahit sekali...





p/s: Selesai sudah satu entri yang panjang.. Harap korang faham la ya dan selamat mencuba.. Yang penting, kena banyak bersabar dan jangan gopoh.. heee...

Tuesday, August 25, 2015

Loyang serbaguna.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Loyang serbaguna.. hehh...


Jangan bagi alasan takde oven..
Jangan bagi alasan takde kuali ajaib..
Jangan bagi alasan macam-macam..
Nak, seribu daya..
Tak nak, seribu dalih..


Ni cara nak jimatkan kos letrik.. Tenggek atas dapur gas je..






Nak buat ayam bakarpun boleh.. Gunakan aje loyang ni dan tenggek atas dapur.. hehh...







p/s: Loyang ni ada dua.. Tak salah gunakan satu untuk bakar ayam.. Daripada terperuk dalam kabinet jadi tempat menyorok sang lipas, baiklah kita gunakan dia.. 

Apabila gelung vacuum hampir putus...

Assalamu'alaikum...

Apabila gelung vacuum hampir putus...


Beberapa hari lepas (tak ingat bila), aku nak vacuum bilik jahit aku ni.. Malangnya, gelung vakuum aku dah nak putus dah kat hujung kepala dia tu.. Sebelum ni aku dah tampal dengan selotep dan paper tape tapi kedua-dua benda alah tu tak melekat.. Elok je melorot ke bawah.. gggrrrr.....!


Disebabkan aku nak guna sangat vacuum aku ni, maka akupun kena la berfikir di luar kotak.. hehh.. Itulah fungsi otak yang Allah kurniakan.. Kena cepat berfikir.. Maka, akupun ambil keputusan untuk menjahit bagi mencantumkan bahagian yang dah hampir putus tu...




Pada mulanya, aku nak jahit menggunakan benang jahit biasa yang aku guna untuk jahit kain tu.. Lepas tu, aku ubah fikiran, nak gunakan benang kait sebab benang kait tu kasar sikit dari benang jahit.. Kemudian, aku ubah lagi fikiran bila aku teringatkan tali tangsi adik aku.. Adik aku kaki pancing.. Jadinya, banyaklah tali tangsi yang ada kat rumah ni.. Apa salahnya aku ambil sikit, kan.. ahah..


Ahirnya, akupun jahit la bahagian gelung yang terjejas tu.. Aku gunakan jarum yang kasar.. Kalau guna jarum halus, kang patah pulak mata jarum tu.. Bahaya bila mata jarum patah ni.. Takut nanti tak perasan, terpijak dan masuk dalam salur nadi.. Jangan dibuat main...




Akhir sekali, aku bungkus jahitan tadi dengan paper tape.. Tujuannya adalah untuk mengelakkan angin keluar.. Ye la, jahitan tu bukannya rapat sangat.. Masih ada ruang untuk angin keluar.. Kalau ada angin yang keluar, nanti vacuum tu tak kuat menyedut.. Tak dapat la dia nak sedut segala jenis habuk yang ada.. Tu yang kena bungkus dengan paper tape.. 




Berpeluh-peluh jugak aku jahit benda alah ni.. Nampak macam mudah tapi punya la payah.. Dah la cuaca masa tu panas berbahang.. Duduk buat kerja bawah kipas silingpun masih lagi keluar peluh.. Sampai menitis peluh dari muka aku jatuh kat atas cutting mat tu.. hehh.. 


Sekarang dah boleh guna dah vacuum ni.. Boleh la digunakan untuk sementara waktu..


p/s: Kalau dah namanya tukang jahit, semua benda nak dijahit.... hehe..

Sunday, August 23, 2015

Homemade ice cream..

Assalamu'alaikum...

Homemade ice cream...

Dalam minggu ni, rajin pulak aku buat ais krim.. Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbahang yang buatkan aku teringat kat ais krim ni.. 


Ni ais krim jagung.. Resepi asalnya ais krim coklat tapi disebabkan serbuk coklat aku dah tamat tempoh, maka aku gantikan dengan jagung berkrim ni.. Kebetulan baki jagung masa buat apam balik hari tu ada lagi dalam 1/3 tin..




Resepi asal ais krim ni pun aku olah balik.. Biasa la, mesti nak menderhaka jugak kat resepi orang.. hehh.. Bukan apa, resepi asal tu just putar je semua bahan, lepas tu masuk bekas dan simpan dalam freezer.. Aku tak lalu nak buat macam tu, tak masak.. Sebab kat dalam resepi tu ada gunakan sebiji telur.. 


Resepi asal:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu makan ovalette
1 biji telur gred D/E
1 sudu teh esen vanilla
Perasa coklat / serbuk koko
*Pukul semua bahan sampai kembang.. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer..




Maka, akupun ubah suai la resepi.. Aku didihkan bancuhan ais krim ni dan aku tokok tambah dengan secubit garam, jagung krim dan tepung kastad.. Bila dah mendidih tu, aku matikan api dapur.. Tunggu suam sikit, then baru aku putar.. Takde la putar lama manapun.. Lepas tu masukkan dalam bekas dan tunggu sejuk.. Bila dah sejuk, masukkan dalam freezer.. 


Hasilnya..? Sedap jugak cuma strukturnya takde la sehalus ais krim yang kita beli kat kedai tu.. Tengok la pulak berapa lama kita putar, kan..? Tapi jika untuk dijadikan sajian buat keluarga, boleh aje dan ianya menjimatkan..




Yang kat bawah ni pulak ais krim sirap.. Entah, tetiba je teringat kat acuan ais krim tu. Gigih aku pergi selongkar kabinet nak cari acuan tu.. Tupperware tu...! Hehh... Dah bertahun-tahun dah acuan ni sampaikan ada satu batang tu dah patah.. Ni koleksi mak aku.. Dia beli masa zaman aku sekolah dulu.. Lama, kan..?




Beginilah rupanya apabila dikeluarkan daripada acuannya.. Kalau buat ais krim kacang merah, sedap ni.. hehe.. Tapi kenalah buat bubur kacang merah dulu.. ahaha..




p/s: Dah lama tak makan ais krim Malaysia..

Friday, August 21, 2015

Isteri Sipi-sipi...

Assalamu'alaikum...

Isteri Sipi-sipi...


Novel Isteri Sipi-sipi ini merupakan novel kedua dari penulis Lili Norlaili dan novel ni di bawah terbitan Berita Publishing (dah tutup dah...). Novel pertama penulis adalah di bawah label Jemari Seni yang bertajuk Hanya Dia Sufi.. Novel yang ni pun best.. Aku suka..





Best..! Aku bagi lima bintang..! Bila masuk 3/4 buku, merembes-rembes airmata keluar.. Siap sokseksoksek lagi.. Jenuh dok kesat airmata dengan hujung lengan t-shirt.. huhu.. Sedihnya la haiihh apabila suami sendiri buat hal.. Lebih sedih bila kaum keluarga suami ikut buat onar.. Buat hal apa, buat hal dengan siapa, kenalah beli dan baca sendiri.. hehh...


p/s: Pada aku, novel ini memang sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi.. Novel ni bersih dari scene yang over tapi masih cukup rencah untuk mendebarkan jiwa.. like emoticon
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)