Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 18, 2015

Resepi dan cara nak buat kuih kaswi pandan...

Assalamu'alaikum...

Resepi dan cara nak buat kuih kaswi pandan...

Petang tadi aku buat kuih kaswi pandan ni... Pertama kali buat kuih kaswi ni.. Resepi asal adalah dari blog Ita masam manis.. 













Ini resepi dari Ita masam manis tu.. Tapi ada bahan yang aku ejas dan skip..

5 helai daun pandan dipotong kecil dan kisar dengan 2 cawan air - tapiskan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir - aku gunakan 3/4 cawan sahaja.. Itupun dah manis dah..
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau - aku guna pandan paste je
sedikit pandan emulco - ni aku skip
1 sudu kecil air kapur makanan

1/2 sudu kecik garam halus - ini aku tambah sendiri











Masa aku sibuk dok klik klik gambar kuih yang dah siap ni, ada makcik dekat rumah datang jenguk mak aku.. Maka, akupun bagi la dia rasa kuih ni.. Aku cakap la kat makcik tu; entah apa la rasa kuih ni sebab akupun tak rasa lagi.. Makcik tu kata, sedap.. 


Alhamdulillah.. Terima kasih atas tuan punya resepi... Moga murah rezeki sebab kongsi resepi ni..


p/s: Seronok main masak-masak ni.. Tapi jangan ada yang kacau la masa sibuk kat dapur sebab takut mood tiba-tiba je lari.. hehe..

Friday, October 16, 2015

Sambal tempe bersama kentang...

Assalamu'alaikum...

Sambal tempe bersama kentang...


Dah lama tak jumpa tempe bungkus daun pisang ni.. Selalunya jumpa tempe yang bungkus plastik tu je. Makanya, apabila ternampak tempe daun pisang, cepat aje la jari ni mencapai.. hehe..




















p/s: Okay, dah siap.. hehe..

Monday, October 12, 2015

Cara nak buat kerabu jantung pisang...

Assalamualaikum...

Cara nak buat kerabu jantung pisang...


Kali ni aku nak kongsikan cara aku buat kerabu jantung pisang ni.. Ada orang panggil LAWA tapi aku panggil kerabu sebab mak akupun panggil kerabu jugak.. Kita ikut apa yang mak kita cakap je.. hehe..



^
Jantung tu buang dulu kulit luar dia...
v



^
Lepas tu belah dua dan bersihkan..  Kemudian, rebus dengan sedikit garam sampai empuk.. Lepas tu toskan dan lalukan bawah air paip.. 
v



Hiriskan dua ulas bawang merah.. Cili api tu potong kecil-kecil.. Lada hitam guna yang serbuk je.. Masukkan semua tu ke dalam santan.. Letak garam sikit dan kacau rata.. Santan tu hendaklah diambil patinya sahaja.. Masa perah kelapa, gunakan air panas atau air yang sudah dimasak.. Jangan gunakan air paip.. 


Bawang tu kalau nak bakar dulupun boleh.. Ikut la selera masing-masing nak buat macam mana dan nak tambah apa lagi dalam kerabu tu.. Aku ni buat yang mudah je..




Bukan semua jantung pisang yang boleh dimakan walaupun buah pisangnya boleh makan.. Ada jantung pisang yang pahit.. Akupun tak tau sangat mana satu jantung pisang yang boleh dimakan dan mana satu yang pahit.. Lagipun pokok pisangpun aku tak berapa nak kenal sangat.. hehe.. Selalunya aku tanya mak aku la..


p/s: Makan lauk macam ni pun boleh menambah-nambah nasi.. Mana la badan tak bambambam.. hehh.. hehh.. hehh..

Pandangan kita sama 200%...

Assalamu'alaikum...

Pandangan kita sama 200%...


Aku setuju dengan pandangan yang diberi oleh Puan Sakinah Khalid ni.. Aku juga pernah mendapat komen sebegitu.. Bukan komen di fb tapi komen secara berdepan dari seseorang.. Lama dah.. Dan apabila beliau tulis pasal ni, tiba-tiba aku jadi teringat balik apa yang orang tu kata..


Orang tu kata yang dia tak akan bawa anak-anak dia pergi ke rumah orang yang buat itu tak boleh, buat ini tak boleh.. Aku diam je bila dia kata macam tu.. Cara dia bercakap tu seolah-olah nak bagi 'hint' kat aku supaya tidak 'bising' jika anak-anak dia buat 'perangai'..




Bagi aku, orang jenis sebegitu adalah jenis yang tidak suka ditegur dan ego.. Kita tak boleh langsung nak tegur kesalahan anak-anak dia.. Jika tegur sikap si anakpun tak boleh, bagaimana pula agaknya hendak menegur sikap si bapa dan si ibu itu..?


Anak-anak buah aku kalau meloncat-loncat atas sofa ke, katil ke, kusyen ke, main baling-baling bantal ke, siap la aku pegang hanger.. Mana yang dah besar sikit tapi dok buat perangai macam budak tadika, memang zapp la kena dengan hanger tu.. Sebelum orang pandang serong kat dorang, baik aku 'sekolahkan' dorang dulu.. Biarlah orang nak kata aku ni begitu, aku ni begini.. Terpulanglah..! Pada aku, orang cuma pandai mengata sahaja.. Fullstop..!


Aku sering juga nasihatkan adik-adik ipar aku pasal benda ni.. Cubit-cubit la sikit anak tu jika terlampau lasak.. Jangan sampai nanti orang kata kita tak tau jaga anak..! Dengan anak-anak buah, aku memang garang apabila dorang buat perangai.. Dan dorangpun dah tau aku macam mana orangnya.. 


p/s: Orang yang tidak suka ditegur akan kesalahan yang dia buat, eloklah duduk dalam hutan.. hehh...

Sunday, October 11, 2015

Den dah torai tanam dah...!

Assalamualaikum...

Den dah torai tanam dah...!


Siapa dah cuba tanam taugeh sendiri..? Kat fb dah jadi viral dah benda ni.. Atas sebab viral itulah akupun nak jugak menerai.. hehe..


Aku tanam togey ni ikut cara aku sendiri.. Aku hanya basahkan tisu dan taburkan kacang hijau tu atas tisu tadi.. Lepas tu lalukan bawah air paip.. Lepas tu pulak, aku letakkan dalam kabinet yang gelap.. Mula-mula tu aku tutup dengan kain lembab... Apabila taogey tu dah mulai tinggi, aku tak tutup dengan kain dah.. Tiap-tiap hari aku siram pokok togey aku tu.. 


Aku tak rajin nak beli air susu dalam kotak tu, pastu masukkan kacang hijau dalam tu.. Tujuan aku hanya nak mencuba sahaja.. Dan aku gunakan biji kacang hijau yang paling kecil sekali... 


Aku beli kacang hijau ni sebab nak buat bubur tapi aku songlap segenggam untuk buat uji kaji ni.. Uji kaji la sangat.. kehkehkeh..  Moh tengok gambar sat.. hehe...


 Hari pertama.. Tak jadi apa-apa lagi la...



 Hari kedua.. Dah mula tumbuh dah sikit-sikit..



 Hari ketiga.. Banyak yang dah tumbuh...



 Hari keempat.. Dah mula panjang dah togey aku ni.. 



Hari kelima... Waaaaa...! Panjangnya dia tumbuh..! Tapi awat kuruih sangat...! 



Hari ke enam... Dah boleh buat sebagai bunga hiasan atas meja.. hehe...


Ahahaha... Nak gelak aku tengok togey aku tu.. Dah la panjang.. Lepas tu punya la kurus melidi... Ni la namanya togey tak cukup baja.. hehe..


p/s: Dah cuba, barulah puas hati.. Lepas ni boleh cuba lagi tanam togey ni dengan kacang hijau yang besar sikit..

Resepi dan cara buat kerabu terung...

Assalamu'alaikum...

Resepi dan cara buat kerabu terung...


Alhamdulillah.. Sebenarnya dah agak lama aku tak buat kerabu terung ni.. Entah macam mana hari ni boleh pulak 'terbuat'.. hehe.. Aku masak kari ikan tongkol hari ni.. Jadinya, apabila aku terfikir nak buat kerabu terung ni, akupun ketepikan la sikit santan untuk kerabu tu..


Proses dan cara nak buat kerabu terung ni boleh rujuk pada gambar-gambar yang ada ya..



^
Bakar terung dan bawang merah dengan api yang perlahan.. Balik-balikkan supaya masak sekata..
v



^
Kemudian, siatkan kulit terung tadi perlahan-lahan ketika dia masih panas.. Lepas tu, potonglah bahagian kat tangkai terung tu dan belah dua terung tersebut..
v



Okay, sekarang masuk fasa kedua pulak.. Sediakan santan pekat.. Perah kelapa dengan menggunakan air panas dan kemudian blend kelapa tersebut untuk dapatkan pati santan.. Perah kelapa dengan air panas tu untuk mengelakkan santan cepat basi.. Sediakan juga sedikit lada hitam.. Sukatan lada hitam ikut suka masing-masing la ya..




^
Tumbuk bawang yang telah dibakar tadi bersama dengan lada hitam.. Lepas tu, masukkan ke dalam santan pekat.. Masukkan juga sedikit garam dan rasa... Akhir sekali, masukkan terung tadi..
v



Tak sangka pulak resepi kerabu terung aku ni mendapat Like yang banyak.. hehe..



Apapun, terima kasih pada mereka yang sudi Like, Share dan Komen... Moga sedikit perkongsian ini ada manfa'atnya.. Takpun sedikit sebanyak mengimbau kenangan masa zaman kecik-kecik dulu.. hehe..


p/s: Siapa yang ingin mencuba, silakanlah.. Nak tambah belacan, cili padi, bawang putih dan apa-apa yang disukaipun boleh.. Kita yang 'buat' dia, kan..? 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)