Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 9, 2017

Jadi tak kek marble ni?

Assalamu'alaikum.

Jadi tak kek marble ni?


Never give up!


Ya. Atas sebab tidak mahu mengaku kalah, aku cuba lagi buat kek marble ni. Sebelum buat, aku berdoa banyak-banyak. Harapnya kali ni kek marble aku ni elok la sikit kejadian dia. Tak nak la bantat lagi macam hari tu. 


Ikutkan aku, memang dah trauma dah nak buat kek marble ni. Amboii, trauma ya. Buat kek pun boleh trauma ke? Drama sangat aihhh.. Haha. Tapi disebabkan ingin mencabar keyakinan diri, aku cuba lagi buat untuk kali yang ke berapa entah. Pokoknya, selagi ada stok buttercup kat dalam peti beku tu, selagi tu la aku akan terus mencuba. Gigih tak? Kegigihan macam ni la yang korang kena contohi. Pheeeww...! Bukan senang nak isi bakul angkat sendiri ni. Hahahaha. 


Okay, jangan nak merapu banyak sangat. Cukuplah drama tv3 je yang merapu. Ehh..! Haha..  


Jom tengok gambar. Resepi aku bagi part last nanti. Macam la ada orang nak resepi aku tu, kan.. Apa-apa je la. Hehe.





Kek marble aku ni merekah sikit kat bahagian atas tu. Tapi takpe la. Yang penting, dia elok je naik dan tidak bantat. Kalau tengok kat Youtube, banyak je kek yang dorang buat tu merekah kat atas.








Alhamdulillah. Elok je gebu dan lembut kek marble aku kali ni. Sukanya la haiihh..! Rasa berbaloi buang masa dok kat dapur apabila dapat hasil yang boleh dibanggakan. Maklum la, aku bukanya pandai buat kek. Jadinya, apabila kek menjadi, memang seronok sangat la. Hehe.






Sebenarnya, aku masukkan entri fasal kek marble ni ke dalam blog supaya senang aku nak buat rujukan. Siapa yang tak suka nak tengok dan baca tu, minta maaf la ya. 


Ni resepi kek marble yang aku gunakan setelah banyak kali mencuba dan mengolah resepi. Aku kan jenis yang suka try and error. 

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan susu tepung everyday
**Ayak semua bahan ini dan ketepikan seketika.

Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
5 biji telur gred C
1 buku butter (250 gram)
1 sudu makan ovalette
1 penutup botol esen vanilla

Bahan C:
2 sudu makan serbuk koko


1- Pukul butter dan gula hingga kembang. Aku pukul menggunakan mixer The Baker selama lebih kurang 15-20 minit dengan kelajuan speed nombor 4.

2- Masukkan ovalette sambil biarkan mixer terus berputar. (anggaran seminit)

3- Masukkan pula esen vanila dan teruskan memukul. (anggaran seminit)

4- Masukkan pula telur sebiji demi sebiji sambil teruskan memutar dengan speed yang sama. Jarak antara setiap telur yang dimasukkan adalah dalam lebih kurang seminit.

5- Apabila masukkan telur yang terakhir, teruskan memutar selama lebih kurang 5-10 minit. Lepas tu, terus matikan mixer.

6- Keluarkan bowl dan kacau adunan tadi dengan spatula. 

7- Masukkan bahagian A tadi sedikit demi sedikit sampil terus kacau dengan spatula.

8- Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi yang asal.

9- Sapukan keliling loyang dengan planta/butter dan lapikkan dengan kertas A4. Tuangkan adunan kek secara berselang seli.

10- Sebelum bakar, hentak-hentakkan loyang yang berisi adunan kek tadi. 

11- Sebelum masukkan loyang ke dalam oven, panaskan dulu oven selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 160 C.

12- Bakar kek selama lebih kurang 30-45 minit atau sehingga kek masak. Ataupun, cucuk bahagian tengah kek dengan cake tester. Jika tak melekat, kek tu dah masak dah.

13- Setelah kek masak, terus keluarkan kek dari dalam oven dan letak di atas redai.


Pergh...! Panjangnya resepi dan cara nak buat. Mesti ada yang kata macam susah je nak buat, kan? Percaya la. Kek ni senang je nak buat. Yang penting, kita tau apa yang kita buat. Jadinya, takde la kita kelam kabut ataupun teragak-agak.



 ^
Geng bulus ni, masa kek marble bantat hari tu, sikitpun dorang tak nak makan. Kek kali ni, elok je masing-masing mengecek. Pandai betul memilih. Cisss... Haha.
v


p/s: Eleh, kek marble tu takde la semenggah mana tapi dia punya penerangan tu macam la pro sangat. Ehh, suka hati aku la. Blog aku, kan? Hahahaha.

Sunday, October 8, 2017

Oh my kacang buncis!

Assalamu'alaikum

Oh my kacang buncis!


Pokok kacang buncis yang aku tanam hari tu, dah mula keluar buah dah. Alhamdulillah. Biarpun buahnya cuma sebiji dua, namun aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, pokok kacang buncis aku boleh berbuah. 






Daun pokok kacang buncis ni agak kesat sikit jika nak dibandingkan dengan daun pokok kacang panjang yang lebih lembut.




 Alahai, cinonetnya kamu..


^
Yang cinonet tadi sudahpun besar. Alhamdulillah.
v


Hampir dua bulan jugak masa yang diperlukan oleh pokok kacang buncis ni untuk keluarkan hasil. Tapi takpe, sebagai penanam, aku kena perbanyakkan sabar.


p/s: Seronoknya! Seronok sebab apa yang ditanam membuahkan hasil. Selama ini dok main beli je kacang buncis tu tapi apabila tanam sendiri, baru la puas hati. 

Friday, October 6, 2017

Bertahun menunggu. Akhirnya...!

Assalamu'alaikum.

Bertahun menunggu. Akhirnya...!


Dah lama aku menanti kehadiran bunga orkid ni tapi tak juga muncul-muncul. Sehinggalah pada satu pagi tu iaitu pada 21 September 2017, aku ternampak kudupnya sudah terjulur keluar. Ya Allah! Sukanya hati aku ni tidak dapat aku gambarkan. 


Maka, bermula dari pagi itu, akupun mula la merakamkan gambar perkembangan bunga orkid ni. Boleh dikatakan setiap hari sama ada pagi atau petang, aku ambil gambar dia. Macam apa je, kan? Haha. Tapi itulah keterujaan bagi seorang penanti yang begitu lama mengharapkan agar bunga yang ditanamnya berkembang mekar. 


Jom tengok gambar dari awal hingga gambar bunga orkid tu kembang sepenuhnya. Siapa yang tengok gambar bunga yang dah kembang tu, pasti mata dia bersinar galak. Hahaha.






















Kalau pokok amryllis aku tu aku kena tunggu sampai tujuh tahun lebih untuk dia berbunga, pokok orkid ni pun lebih kurang begitu juga. Rasanya ada la lebih dari empat atau lima tahun aku tanam setelah kakak aku bagi pokok ni kat aku. 






p/s: Cantik, kan? Bunga dia besar dan ada bau wangi sikit. Berbaloi-baloi tunggu lama. Alhamdulillah. Satu lagi terapi untuk aku.

Thursday, October 5, 2017

Kek marble yang tak menjadi.

Assalamu'alaikum.

Kek marble yang tak menjadi.


Aku suka makan kek marble tapi kek yang kurang manis la. Jika manis sangat, tekak aku loya dan rasa nak muntah. 


Maka, aku usahakan untuk buat sendiri kek marble tu. Dah macam-macam resepi dan cara yang aku gunakan tapi masih lagi tidak mendapat tekstur kek yang gebu dan sedap. Setakat boleh makan tu je la. 













Malahan, lagi teruk apabila kek marble aku tu ada yang bantat! Malunya la haiihhh...! Huhu. Kucing-kucing aku kat rumah ni yang suka makan kek pun tak pandang dengan kek bantat ni. Sadis sungguh..! 


Gambar kat bawah ni merupakan kek marble yang terakhir aku buat. Apabila dia bantat, semangat aku nak buat kek ikut terencat. Terperanjat punya fasal sebab tak sangka kek tu bantat. Hahaha.







p/s: Siapa ada cara yang betul untuk buat kek marble ni? Rasanya resepi lebih kurang sama je tapi cara pembuatan tu yang berbeza. Ini yang aku nak tau sangat. Meh la share tips dengan aku cara pukul ke, berapa lama nak pukul ke dan sebagainya.

Jom kayuh basikal..!

Assalamu'alaikum.

Jom kayuh basikal..!


Inilah yang dinamakan sebagai takdo kojo, buek kojo. Haha. Basikal tu elok duduk dalam stor, aku keluarkan dia. Daripada biarkan dia mereput kat situ, baiklah aku gunakannya. 




Basikal ni sebenarnya masih elok lagi tapi disebabkan dah lama terperap dalam stor tu, tayar diapun rosak la. Dah tak boleh nak pam ke, apa ke. Kena beli tayar baru, depan dan belakang. 


Lagi satu, masa kayuh basikal ni, dia macam ada sangkut-sangkut sikit. Jadi tak selesa nak mengayuh. Setiap kali dia sangkut, aku terkejut. Rupa-rupanya, ada dua biji skru kat bahagian bawah dekat dengan tempat ikat brek tu tak habis masuk ke dalam lubang. Lepas aku skru balik semula, barulah takde sangkut-sangkut tu. 




Sekarang, tayar basikal sudah berganti dan basikalpun aku dah basuh dah. Barulah basikal tu nampak berseri sikit. Alas tempat dudukpun aku dah beli yang baru tapi tempat duduk tu masih lagi keras. Sakit woo bontot masa mengayuh sambil duduk. Tempat duduk tu pun aku dah rendahkan sikit. Maklum la, aku ni kan bantut, kaki tak sampai sangat ke bawah tu. Haha.




Sebenarnya, basikal ni kepunyaan anak buah aku. Dia gunakan basikal ni untuk pergi sekolah masa dia duduk kat sini. Sejak ayah dia pencen jadi cikgu, dorangpun pindah ke rumah sendiri di Senawang. Makanya, basikal ni yang disangkakan rosak, dorang tinggalkan la kat rumah aku ni. Jadi, basikal ni sekarang aku yang punya la, bukan Ahmad Albab yang punya tau..! Haha.


p/s: Kadang-kadang sempat jugak kayuh basikal ni tapi apabila ada jiran-jiran yang menegur, jadi segan la pulak. Nak sihat, peduli apa dengan kata-kata orang, kan? Heh.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)