Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 6, 2017

Yeah..! Buat apa yang kita suka.

Assalamu'alaikum.

Yeah..! Buat apa yang kita suka.


Ni la namanya takde kerja, cari kerja. Habis semua tempat nak letak pasu sayur. Conquer baik punya. Heh.


Sebelum tu, susun kat tempat lain tapi sebab tempat tu bawah awning dan tidak sepenuhnya mendapat sinaran cahaya matahari, maka ubah la ke sini pulak. Tempat kosong, kan? Apa lagi, kita kasi je la penuh. Hik.







Kemudian, tambah pulak satu para kat tingkap stor tu. Gigih tu pergi menukang dalam hujan gerimis. Gigih jugak pi angkut pasu berisi anak pokok kailan tu dari sebelah sana bawa ke sini. Memang cari kerja sungguh. Ni pun rasa macam nak tambah lagi satu para kat atas tu pulak. Haha.






Konsep kat sini adalah; Buat apa yang kita suka. Macam aku, sebab dah suka tanam sayur ni, maka inilah yang aku buat. Yang penting, aku tak kacau kawasan orang. Aku buat projek ni kat dalam kawasan rumah aku je. Heh.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. 

Sunday, November 5, 2017

Asparagus: Nak cuba semai dan tanam.

Assalamu'alaikum.

Asparagus: Nak cuba semai dan tanam.


Aku takde apa nak cerita fasal asparagus ni. Cuma nak bagitau yang aku dah rendam dah biji benih asparagus yang aku beli secara online hari tu. Habis satu peket benih tu aku rendam. Ingatkan banyak benih tu dalam sepeket. Rupanya sikit je. Kalau aku tau, aku beli dua peket. Heh.




Disebabkan aku memang zero fasal penanaman asparagus ni, maka aku masukkan sekali perbualan aku dengan pihak yang menjual benih ni supaya senang aku nak buat rujukan.




Aku berharap sangat agar benih asparagus ni berjaya cambah dengan eloknya dan seterusnya hidup dan membesar dengan jayanya. Aku nak jugak rasa asparagus ni sebab selama hidup ni, jangankan nak merasa, tengok asparaguspun tak pernah. Sadis sungguh. Haha. Rupanya asparagus ni spesis macam buluh jugak. Kiranya ada sulur macam sulur rebung tu. Okay, faham dah. 


Update.
6/11/2017.

Aku baru je masukkan biji benih asparagus ni ke dalam sepuluh buah polybag kecil. Satu polybag tu aku letak empat biji benih. Ada lebih dan aku masukkan pula ke dalam beberapa buah pasu plastik yang kecil. Harap benih asparagus ni bercambah semuanya. Aamiin.




p/s: Semangat berkobar-kobar dah ni. Haha.

Tuesday, October 31, 2017

Hidroponik comel. :D

Assalamu'alaikum.

Hidroponik comel. :D


Aku ni, memang macam ni. Suka mencuba sesuatu yang aku rasa tidak membazir. Lebih-lebih lagi jika ada kaitan dengan DIY dan penanaman sayur di rumah. 


Kali ini, aku cuba semai benih salad dengan menggunakan span. Span ni span yang kedai perabot letak kat sofa untuk cover sofa dari rosak. Aku simpan span ni masa beli sofa dulu. Dah bertahun dah aku simpan. Sekarang aku keluarkan sekeping untuk buat eksperimen. 









Sebenarnya, aku memang dah lama berhajat nak tanam sayur dengan kaedah hidroponik ni. Dah makan tahun dah. Sejak aku bela ikan keli dalam kolam simen lagi aku dah berangan dah tapi tak buat jugak. Lagipun masa tu aku banyak komitmen kepada perkara lain. Tapi sekarang ni kolam ikan keli tu pun dah lama kosong sebab akupun dah tak bela dah ikan keli tu. Akupun dah ada masa terluang untuk buat kerja-kerja menanam ni.



 Aku takde gabus yang leper tu. Aku bantai je gunakan gabus yang ada. Tak ingat dah ni gabus untuk apa. 



Ni la dia acuan untuk buat lubang kat gabus tu. Panaskan yang bulat tu dengan api dapur gas dan tekapkan pada gabus. Pegang bahagian atas dawai tu guna kain sebab dawai ni panas. Kang melepuh pulak jari yang runcing tu. Heh.


 Lubang gabus tu terbesar la pulak. Haha. So, kenalah sendal sikit supaya span tu tak tenggelam.


 ^
Aku letak air baja AB. Biasanya jentik-jentik takde dalam air baja ni tapi kali ni tak tau la kot dia ada pulak. Kenalah pantau selalu. Kang tak memasal kena denda. Tak rela aiii.. Heh.
v



Siapa nak cuba buat macam ni, boleh la tengok kat page FB Kebun Bandar ni. Kat situ ada dikongsikan cara buat untuk ruang yang lebih besar. Yang aku buat ni hidroponik comel je. Comel macam tuan dia. Huahuahua. #Gurauje.


p/s: Ni merupakan kali ke tiga aku beli benih salad. Sebelum ni, dua-dua benih tak menjadi. Hiduppun tidak. Harapnya benih yang ini, dapat la aku merasa hasilnya nanti. Aamiin.

Monday, October 30, 2017

Pokok lemon: Semai dari biji.

Assalamu'alaikum.

Pokok lemon: Semai dari biji.


Ni anak pokok lemon yang aku semai dari biji. Tak tau lemon jenis apa sebab semai banyak jenis tapi yang hidup ada enam pokok je termasuk yang dalam gambar ni.


Ramai orang kata, kalau semai dari biji, pokok susah nak berbuah, lambat nak berbuah atau langsung tak nak berbuah. Tapi aku pasrah je kerana aku percaya pada rezeki dari Allah. Yang penting, kita dah usaha untuk menyemai. 


Lagipun pokok lemon ni masih lagi kecil. Masih panjang lagi perjalanan hidupnya. Harapnya pokok-pokok lemon aku ni membesar dengan sihat dan ada hasilnya nanti. Aamiin.




Kalau tak berbuah, takde la orang buat video kat Youtube fasal tanam lemon dari biji ni, kan? Rasa macam mustahil jugak jika semua anak pokok lemon yang dijual tu ditanam dengan menggunakan kaedah tut atau baji. Lain la jika nak tanam sepokok dua je kat rumah. Tapi jika berladang?






Aku ada up fasal ni kat grup kebun bandar. Seronok sebab dapat berkongsi pendapat dengan rakan dalam grup. Jom tanam sendiri!


p/s: Seronok tengok pokok lemon ni membesar dari sehari ke sehari. Alhamdulillah. Sikit hari lagi boleh la pindahkan ke dalam pasu besar.

Friday, October 27, 2017

Berbahagi rezeki.

Assalamu'alaikum.

Berbahagi rezeki.

Secebis kisah di petang hari yang cuacanya sangat nyaman dan mendamaikan. Sedang leka merempit (menjahit), tiba-tiba terdengar suara dari luar.


Assalamu'alaikum..
(Dari jauh dah dengar suara dia bagi salam 
bersulam dengan bunyi enjin motor yang tidak dimatikan. Dan akupun menjenguk lalu keluar ke beranda. Ada dua orang remaja. Seorang yang agak dewasa masih di atas motor dan seorang lagi yang agak muda sudah turun dari motor).


Waalaikumussalam. Ya, naper?



Beli jagung kak?
(Ohh. Jual jagung rupanya. Di tangannya kiri kanan ada seplastik jagung tiap satu).


Jagung apa tu?



Sepuluh ringgit kak.


Jagung apa....


Jagung manis kak.




Berapa satu tu?


Sepuluh ringgit kak.


Okay la. Akak nak satu je. Beli banyak-banyak nanti takde orang nak makan.


Terima kasih kak.


Sama-sama. Ni dari mana ni?


Batu Talam kak?


Jauhnya. Baik-baik naik motor tu.
(Sempat lagi tu pesan. Haha).


Okay kak. Terima kasih kak.




The rest of the story, biarlah rahsia.  Yang penting, jagung dia besar gedabak dan isinya cantik.


p/s: Sesungguhnya, dalam rezeki kita, ada terselit rezeki untuk orang lain. Jangan kedekut dan jangan tamak. #Notetomyself. Moga jualan jagungnya habis terjual dan moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka berdua yang jauh mencari rezeki. Aamiin.

Monday, October 23, 2017

Kerja.

Assalamu'alaikum.

Kerja.

Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Ada kerja yang diberi, buatlah dengan segera dan jangan bertangguh lagi. 








Syukur alhamdulillah. Biarpun upahnya tidaklah banyak mana, namun sedikit sebanyak dapat juga menambah-nambah isi tabungan. 


p/s: Mana ada orang yang sesuka hati nak bagi duit kat kita, kan? Melainkan jika kita yang meminta-minta. Itupun belum tentu lagi orang nak beri. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)