Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 15, 2009

AWAS...!!! UNTUK WANITA SAHAJA..!!!

Assalamualaikum....

Hahaha.... Sila tengok tajuk ya. Post kali ni hanya untuk kaum hawa sahaja. Wanita jadi2an kalau nak bacapun tak mengapa. Namun, kaum lelaki boleh ikut serta jika ingin menambahkan ilmu dalam "memancing" wanita.... Muahahahaha....


Ianya berkaitan dengan penggunaan "bra" atau "coli". Jika anda benar2 sayangkan "aset" anda itu, sila baca di sini



Sekadar panduan....Google sahaja....kihkihkih...

Awas...!!! Jangan ketawa okay...!!! Anda mungkin ketawa sampai keluar airmata, tapi sedarlah bahawa airmata anda itu sudah tidak bermakna lagi jika anda silap dalam membuat percaturan! (ekekeke... ayat mengalahkan pakar motivasi je..)

p/s: Takut juga bila "aset" ini mudah terkena jangkitan yang kronik. Selalu baca mengenai "pap smear" tapi tak tau macam mana nak buat dengan cara yang betul. Pergi klinik, staff kat situpun tak tau nak tunjukkan. Sudahnya, main picit2 je la kot2 ada terasa benjolan yang menggusarkan
(jangan nak gelak2 ehh...... huhu...)

Moral of the post: Jangan main "LANYAK" je.... ahakkk...

Wednesday, October 7, 2009

SOTONG: MEMBUNUH DALAM SENYAP

Assalamualaikum....

Bila tengok tajuk macam gerun je kan. Mana tidaknya, sotong yang kecilpun boleh jadi pembunuh. Lain la kalau sotong kurita yang dah sememangnya besar dan boleh membunuh
jika terkena belitannya (yang aku tengok kat Discovery Channel la...)

sotong kurita ni kalau buat khemah pun ok gak kott...hehehe...

Tapi yang ni adalah sotong yang kecil2 tu, yang biasa kita beli dan buat sambal petai tu laa. Takkan tak faham lagi kot. Yang pasti sotong ni bukan sotong yang patah2 tu ya....auwww....!!! Juga, bukan sotong "bergulung2" yang selalu korang campak kat sudut bilik korang tu. Pelepupp..!! (bunyi sotong tu jatuh). Huahuahua..(konpem ramai yang buat ni esp. guys...ahakk)

sotong yang biasa dibuat sotong kering.....sedapnya...!!!

Kalau nak tau kisah selanjutnya, cuba klik kat sini

p/s: Sedap sehhh sotong kering ni. Aku suka yang takde gula tu. Walau pun bau sotong tu agak kuat, tapi rasa dia fullamak, sungguh mabelles..! Siapa2 yang dok kat Penang tu meh la post kat aku barang sekilo dua sotong kering tu...Muahahaha..

Tuesday, October 6, 2009

CALON2 PMR - MOGA BERJAYA...

Assalamualaikum........

PMR datang lagi...!!! Aku pasti jantung semua calon PMR ini tidak henti2 berdegup kencang. Mesti ada di antara mereka yang resah sepanjang masa, sampai abeh semua peluh jantan yang keluar. Rilex la dikk.. alaaa...PMR je, kacang je tu. Ahakk.

Akupun risau jugak ni. Risau sebab 2 orang anak sedara aku akan bersaing untuk PMR kali ni. Risau sebab yang sorang tu dari MRSM, takut dia tak dapat apa yang dia target. Tapi masa raya hari tu, aku dah pesan kat dia jangan tension2 sangat, buat macam biasa je. Walaupun dia kata "ya lah", tapi aku tau dalam hati dia dupdapdupdap (Tuhan aje yang tau...)

Calon2 PMR dari MRSM tutttttt.....hehehe....Moga SEMUA BERJAYA...

Anak sedara yang lagi sorang tu lagi la aku risau. Namun,aku berharap kesihatan dia memuaskan untuk dia menduduki peperiksaan ni. Jangan dia pengsan lagi sudah la. Adehh...!!! Macam aku lak yang nak masuk dewan periksa esok....

Kepada semua calon2 PMR, terutama sekali kedua orang anak sedara perempuan aku tu, aku doakan agar korang tenang dan sabar semasa menjawab soalan. Jangan main2 baling dadu ya......Muahahaha....

**Teringat masa aku PMR bertahun2 dulu. Cikgu aku lalu kat sebelah aku, lepas tu terus dia tunjukkan jari dia pada jawapan untuk satu soalan sejarah. Aku pandang muka dia dan tengok dia anggukkan kepala. Apupun terus la padamkan jawapan yang telahpun aku tanda dan menukarkannya kepada jawapan yang cikgu tu bagi. Balik je dari sekolah, akupun semak la jawapan tu. Rupa2nya, jawapan yang aku padamkan memula tu adalah BETUL, manakala jawapan yang cikgu tu bagi adalah SALAH.....Huwaaaa......!!!

p/s: Tips untuk menjawab soalan ialah~>Pasti dan yakin pada jawapan anda. Dan bila balik ke rumah, jangan sesekali buka buku untuk mencari jawapan pada subjek yang sudah berlalu, kerana jika anda tengok jawapan anda ada banyak yang salah, ianya dikhuatiri akan mem- pengaruhi untuk subjek seterusnya.

Wednesday, September 23, 2009

CORAT-CORET AIDIL FITRI 1430H..(20/9/09)

Assalamualaikum.....

Sebahagian gambar pada hari raya pertama hari tu. Raya kali ni tak ramai yang datang ikut rombongan dari rumah ke rumah. Mungkin sebab ramai di antara mereka balik beraya ke rumah mertua masing2. Namun ianya tetap meriah dengan kehadiran kanak2 yang tidak sabar menunggu duit raya.... ekekekeke.... (bukan banyakpun, singgit sorang je.... ihikk...).






apa aje yang diborakkan tu agaknya ya....ekekekeke....


jemput la makan....jangan memalu ya.....muehehehe....

p/s: Kawan lama masa aku sekolah dulu datang beraya dengan family dia. Tapi aku rasa antara aku dengan dia macam dah tak mesra dah. Mungkin sebab dah begitu lama terpisah atau aku yang masih teringat kisah dulu. Apapun, terima kasih kerana sudi singgah beraya kat rumah aku (rumah mak aku laa....)

Sunday, September 20, 2009

Yeahhhhhh......RAYA DATANG LAGI.....

Assalamualaikum....

Hari ni raya wehhh... Akhirnya raya datang lagi muehehehe.. Selamat hari raya aidil fitri 1430H ya kawan2.... Hari terakhir Ramadhan ni benar2 menguji kesabaran aku.... Aku hampir2 tewas kerana kepenatan.... Sabar aje lah.....

bahan2 untuk berbuka pada hari terakhir Ramadhan. Nak buat mee goreng je...

Masa nak bakar lemang, hujan mula turun dengan agak lebat. Kelam kabut gak kitorang tukar plan B. Maka lemang terpaksa di letakkan atas simen di bawah bangsal untuk mengelakkan dari dimasuki air hujan. Rupa2nya hujan tu sekejap je, hanya sekadar untuk menguji kesabaran kitorang.... huhuhu...

Lemang untuk menyambut ketibaan Syawal..... 12 batang je... Buluh tak sama panjang lak tu.... Hentam aje la labu.. hahaha...

p/s: Harap2 semua dah bayar zakat fitrah ya... Dalam gembira jangan dilupa pada yang tiada....

Monday, September 14, 2009

AKU INGIN BERSUARA...!!! Tapi.....

Assalamualaikum......

Cepat je masa berlalu. Tak sampai seminggu lagi kita dah nak meninggal kan Ramadhan yang mulia ini. Menuju pula ke bulan Syawal sebagai meraikan kemenangan menghadapi Ramadhan. Semoga segala amalan diterima Allah. Apa yang penting, jangan la kita riak dan takbur dalam menjalankan segala ibadah tersebut. Tak perlu heboh2 kat orang, tak perlu nak menunjuk2. Kerana Allah juga yang maha mengetahui....

Kepada mereka yang nak balik ke kampung tu, saya doakan agar perjalanan anda semua dirahmati dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kalau mengantuk tu, berhentilah kat mana2. Rehatlah seketika untuk menghilangkan rasa sengal akibat pemanduan yang terlalu lama. (Buat senam robik ke..) Muehehehehe....

Untuk mereka yang nak balik ke Pantai Timur, terutamanya Kelantan, jika meng- gunakan jalan alternatif selain dari jalan Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, berhati2lah ya kerana jalan dari Raub-Sg. Koyan tidak begitu memuaskan. Kerja2 pembaikan dan penurapan masih lagi berjalan. Dan jika melakukan perjalanan waktu malam pula, lebihkan penumpuan terhadap pemanduan kerana keadaan jalanraya yang agak gelap berserta binatang ternakan seperti lembu dan kerbau yang sering melintasi jalan (kadang2 H1N1 pun melintas tiba2 je)

Seperkara lagi diingatkan, jika anda berhenti rehat atau solat di masjid Sg. Koyan, pastikan segala sampah sarap yang anda bawa tidak dibuang merata2. Kesian pada warga2 emas yang terpaksa mengutip segala pampers anak2 anda dan bermacam jenis sampah sarap yang lain. Saya sekadar memaparkan keluhan mereka sahaja. Bayangkan jika ibu bapa anda yang mengutip kesemua benda buangan tu. Bayang kan aje....

Janganlah memandu laju sangat di kawasan perkampungan ni. Walaupun kereta anda kelajuannya seperti kereta F1, berhati2lah. Jalan di sini sangat sempit dan sedikit berdebu. Berilah kerjasama ya kawan2. Berhemah la sikit. Bukannya susah..

p/s: Biarkan aku bersuara, kerana suara aku tiada siapa yang sudi untuk mendengarnya.. Sekadar nasihat dan ingatan tulus ikhlas dari aku (Tiada kene mengena dengan sesiapa...)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)