Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 15, 2011

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..

Assalamu'alaikum...

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..


Inilah masalahnya. Kadang-kadang bila aku buat cerita kat blog aku ni, ada yang terasa seolah-olah cerita aku tu ditujukan pada mereka. Padahal aku bukannya kenalpun siapa mereka tu, apatah lagi nak ambil tahu kisah hidup mereka seolah-olah hidup aku ni, tumpuan aku ni hanya berkisar pada satu sudut sahaja, iaitu kehidupan mereka.


Seperti yang pernah aku bagitau dulu, kebanyakan dari cerita aku adalah berdasarkan apa yang aku alami, apa yang berlaku di persekitaran aku dan kadang-kadang cerita mengenai masyarakat ataupun orang-orang yang aku kenali selain dari cerita copy and paste dari akhbar. Orang yang tak berkenaan tak perlulah nak melatah.


Ada sesetengah orang sanggup untuk menggeledah entri lama untuk buat rujukan dan tembakan. Ada jugak yang mencari info tentang kita melalui rakan yang dikatakan karib. Tapi itu bukan aku. Aku langsung tak berminat nak korek cerita masa lampau orang samada melalui blog dia ataupun kawan-kawan dia. Tak sanggup aku nak duduk berjam-jam depan laptop demi mencari bahan bukti yang kemudiannya menjadi cerita untuk dicanang. Apa yang aku dapat kalau aku buat kerja bodoh macam tu..??




Benar, kita menulis mengikut apa yang kita rasa, apa yang kita alami, apa yang menjadi bebanan untuk kita luahkan. Namun, jika semua tulisan atau luahan kita itu sering disalahtafsirkan, sering diputarbelitkan, maka terpaksalah kita meng'hipokrit'kan tulisan kita. Persoalannya, adakah kita seronok berada di dalam lingkungan kepura-puraan itu? Ataupun kita takut orang luar akan melabel kita dengan kata-kata "Kenali seseorang itu menerusi gaya tulisannya.." Kalau itulah yang menjadi pilihan, janganlah salahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di kemudian hari. Kalau dah itu yang kita suka iaitu menilai kulit dari isi di dalam, maka itulah yang akan kita dapat.


p/s: Semakin malas nak melayan karenah orang-orang yang mintak puji ni. Rimas...!

Monday, March 14, 2011

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Assalamualaikum...

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Apa yang penting, aku memang tak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Keadaan dalam panggung itupun aku tak tau macam mana melainkan tengok kat dalam tv je.. :-)

Kenapa aku tak pernah masuk panggung..?

Akupun tak tau kenapa. Apa yang aku tau, mak aku tak suka kalau aku masuk panggung ni. Bukan untuk aku je, malahan kalau boleh mak aku tak suka anak-beranak dia masuk panggung apatah lagi menjadi panggung tegar. Asal ada cerita baru je, mula la gatal bontot nak masuk situ. Namun, bukan semuanya jenis mendengar kata. Ada jugak yang ketegaq...

Hari tu, anak buah aku yang perempuan bertanyakan soalan yang sama, kenapa aku tak suka masuk panggung. Aku jawab, Uwan (mak aku) tak suka. Dia tak puas hati dengan jawapan aku tu. Dia tanya lagi, tak kan sebab itu je kot. Aku jawab, takut nanti tiba-tiba panggung tu terbakar, nanti mati dalam keadaan tengah suka-suka tengok wayang yang entah apa-apa. Dia gelak je. Dia kata lagi, laaa... ke situ pulak yang difikir. Dan aku jawab, mesti la, sebab kita bukan tau bila kita nak mati.. kann.. Dan diapun diam..

Teringat jugak pada insiden yang sama sewaktu aku bekerja dulu. Selama berbelas tahun aku dok ulang-alik kat depan panggung tu bila keluar berbelanja, tak pernahpun aku nak cuba-cuba menjejakkan kaki ke situ. Pernah jugak kawan-kawan serumah mengajak aku sertai mereka dan aku beri jawapan yang sama, iaitu nanti mak aku marah. Dorang boleh gelak-gelak lagi dan cakap, mak akak bukannya tau, jangan la bagitau dia. Hamboii... Bukan main lagi mengajar aku menipu ehh..

Memang betul mak aku tak tau. Memang betul mak aku duduk jauh dari aku. Tapi naluri aku menyatakan bahawa mak aku tau apa yang aku buat. Tak sampai hati rasanya aku nak menipu mak aku. Korang tak rasa berdosa ke menipu orang tua korang ehh..?? Lebih-lebih lagi yang menipu orang tua, mintak duit kata nak beli buku atau peralatan sekolah, tapi sebaliknya melencong ke tempat macam tu.. Ishhh.. ishhh.. ishhh... Anak siapa la gamaknya buat pe'el macam tu yaa. Macam mana la ilmu tu nak berkat. Macam mana la rezeki tu nak melekat. Tu yang asyik bersungut je duit manjang tak cukup tu... =D

Bagus jugak rasanya tidak menjadi panggung tegar ni. Bayangkan kalau mula masuk panggung seawal usia 13 tahun hinggalah sekarang, dah berapa banyak duit yang dilaburkan. Itu kalau tengok sorang-sorang. Macam mana pulak kalau 'terpaksa' belanja kawan-kawan yang lain, yang kerjanya meng'pow' je..?? Dan berapa banyak pulak masa yang dibuang sepanjang ulang-alik ke panggung tu..? Zaman sekarang ni semua nak kena bajet. Jangan kerana hiburan, sanggup membazir semua tu. Membazir itu amalan sitan bertanduk... :p

Aku kata: Tengok tv je.. =))

Saturday, March 12, 2011

RUMAH PUSAKA HILANG DICURI..?? BIAR BETUL NI..!!

Assalamualaikum...

Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni. Semuanya gara-gara duit. Duit boleh menjadikan seseorang tu samada penjenayah ataupun dermawan. Duit juga boleh buat orang jadi gila. Sebab itu la jangan terlalu taksub dengan duit ni.. Berpada-pada la jangan sampai menjadi hamba duit...

*****************************************
Sabtu Mac 12, 2011
Rumah Pusaka Hilang Dicuri Orang

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut.

"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.

Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu. Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.

Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA

SUMBER DARI SINI:

Aku kata: Masa ada duit, sayangggggg abang... Sayangggg laling. Bila dah takde duit, babaiiiiii abang... Selamat tinggal laling... Hampeh je orang yang perangai macam ni.. Pangggg....!!!

MOGA SEMUANYA SELAMAT..

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu semua..

Pertama sekali, aku nak ucapkan takziah kepada kerajaan negara Jepun di atas mala petaka tsunami yang menimpa negara matahari terbit itu semalam. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah kuasa Allah. Mudah-mudahan semua rakyat negara kita, Malaysia, yang berada di sana selamat dari ancaman buruk ini. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.

Keduanya, selamat bercuti kepada adik-adik. Yeaaa... Bestnya cuti sekolah ni kan.. Gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin ya.. Jangan pulak sekolah cuti, bukupun ikut cuti sama.. haha..

Ketiganya, rumah aku dah mula riuh dengan suara kanak-kanak riang. Anak-anak buah dah balik malam tadi. Lepas ni bermula la episod gaduh-gaduh manja sesama dorang yang berebut-rebut nak gunakan pc.. Dan bermula juga syif mengadap pc yang dorang cipta sendiri. Tak selamat la pc tu gamaknya... kehkehkeh...

Keempatnya, aku kena sorokkan anak-anak kucing aku. Harap-harap dorang tak jumpa la. Kalau tidak, mau penyek bebiket tu dorang tunjal. Budak-budak ni suka pegang-pegang anak kucing tu. Kadang-kadang dorang tak sedar yang dorang terpegang dengan kuat sebab geram dengan kecomelan mereka.. Macam tak selamat je anak-anak kucing aku kalau budak-budak ni ada... huhu...

Cukup sampai empat aje la ehh... Macam poligami la pulak... =D

Sebelum tu, mehh la layan gambar anak kucing aku yang sekor ni. Pestaim ada bebiket yang agak gumuk... Eeeiii... Geram je tengok dia...

Tengok apa tu..
Hello... Cakk...


Ehh.. ehh... ehh... Camner benda ni boleh ada kat atas peyut sayer ni... =))


Apsal syedeh je ni...
Tak kan tengok je...

Aku kata: Mudah-mudahan semuanya selamat... Orang yang nama dia Selamat pun, belum tentu selamat....

Friday, March 11, 2011

INSYAALLAH... ADA JALANNYA.. =)

Assalamualaikum...

Hari tu ada dua orang jiran bertandang sekejap ke rumah..
Saja je datang sebab nak bertanya sesuatu..
Dan mengajak join jika mahu...

Jiran merangkap mak cik ni ajak aku pergi umrah..
Dia tengah nak cari orang, nak cukupkan korum la kot..
Manakala jiran yang sorang lagi tu dah bagi keputusan dah, kata nak ikut serta..

Dia tanya aku, nak pergi umrah tak..?
Siapa yang tak nak pergi.. kan...
Aku jawab, nak pergi tapi duit takde...
Maksud aku tu bukan la duit tu takde langsung, tapi tak mencukupi..

Pastu jiran tu kata, mintak la kat mak...
Suruh mak tolong sponsor..., katanya lagi...
Aku jawab, mak ni banyak cabangnya yang dia nak kena tolong..
Orang nampak macam mak takde masalah je..
Hakikatnya, banyak masalah yang mak nak kena tanggung...
Susah nak cakap...

Lepas tu jiran tu cakap lagi..
Pokok pangkalnya hati..., kan...
Terkedu aku sekejap..
Adakah itu bermaksud yang aku takde hati nak ke tanah suci tu..?
Sedih jugak rasa hati. Mata dah mula panas. Tapi aku diam je la..

Aku jawab, takpe la... Makcik pergi la dulu.. Walhal dia dah banyak kali kerjakan umrah tu...

Aku kata, kalau pergi umrah, nanti duit tu akan luak sedangkan aku tengah berusaha untuk mengumpul dana mengerjakan haji. Mak cik tu kata, nanti boleh kumpul balik. Mana tau lepas balik umrah ada pulak rezeki. Aku kata lagi, kalau mak cik takpe la, dah takde benda nak fikir dah. Anak-anakpun semua dah buat umrah dalam usia yang masih muda. Rezeki dorang...

Aku ni pulak jenuh nak kumpul duit tu. Duit simpanan masa kerja dulu aku dah keluarkan, tolong mak buat rumah ni, walaupun takde la banyak manapun. Tu yang terpaksa menabung balik semula tu...

Aku suruh mak cik tu cuba ajak jiran-jiran yang lain, yang lebih berkemampuan untuk turut serta dalam rombongan. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku, aku akan ke sana jugak nanti. Dulu masa zaman aku masih lagi bekerja, mak aku pernah ajak aku pergi umrah, sekali dengan abang aku. Tapi masa tu aku memang susah nak dapat cuti. Aku pulak jenis malas nak bergaduh dengan manager ciner tu. Tambahan pulak ilmu belum ada. Sudahnya, mak aku dengan abang aku je yang pergi ikut rombongan tu. Bukan rezeki aku...

Mudah-mudahan aku akan sampai jugak ke sana suatu hari nanti..


Aku kata: InsyaAllah.. Ada jalannya.. =)

Thursday, March 10, 2011

AMBIL ANAK ORANG, TAPI TAK TAU NAK JAGA..!!

Assalamualaikum...

Ambil anak orang, tapi tak tau nak jaga..!!
Apa daaa....!!

Dia ni ada anak dua..
Entah macam mana, kedua-dua akan dia tu mati..
Lepas tu mula la dia meroyan..
Kesian pulak aku tengok dia tu..
Dah la kedua anak tadi tu merupakan anak sulung dia..
Kembar dua...

Lepas tu diapun mula la mengganggu anak orang lain. Boleh pulak dia pergi kidnep anak dorang..
Mula-mula dia kidnep satu je. Esok lusa tengok-tengok semua anak orang tu dah ada kat dia. Apa lagi, meroyan pulak la si ibu yang anak kena kidnep tu...

Untuk berlaku adil dan mengelakkan dari dia terus-menerus meroyan, aku agih-agihkan la anak tadi. Sekurang-kurangnya dia tau anak dia masih ada walaupun itu sebenarnya bukan anak dia. Masalahnya si dia ni tak pandai nak jaga anak yang dia kidnep tu..!! Mungkin sebab terlalu sayang atau tak pandai nak jaga agaknya. Cara dia menjaga anak tu agak kasar. Kadang-kadang macam nak melayang anak tu dia kerjakan.

Lepas satu, satu anak yang dia jaga tu mati. Maknanya, anak orang yang dia kidnep tu mati gara-gara penjagaan yang keterlaluan. Sekarang ni dia dah mula nak kidnep anak orang yang lain pulak. Sekejap dia ambil anak tu, sekejap lagi ibu anak tu ambil balik anak dia. Begitulah keadaannya. Naik rimas aku mendengar bunyi suara anak tu menangis...

Malam ni, aku larikan anak tu. Kesian pulak aku tengok leher anak tu yang dah mula ada kesan berlubang gara-gara bertukar gigitan. Anak tu aku pindahkan kepada ibu yang aku rasa dah pro pasal penjagaan anak kecil ni. Manakala ibu-ibu yang mencuri anak orang tadi, aku letak kat luar, tak bagi tidur kat dalam rumah sebab takut dia bawak lari anak tadi..

Aku kata: Ini adalah cerita tentang kucing-kucing aku... Tak payah komen laa... Malu pulak rasanya bila entry yang mengarut macam ni ada jugak yang nak tinggalkan komen... =)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)