Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 19, 2014

Think vs Speak vs Read vs Think

Assalamualaikum...

Think vs Speak vs Read vs Think


Think before you speak. Read before you think - Frances Ann Lebowitz


Kadang-kadang je fikir dulu sebelum cakap.. Selalunya main bantai je nak cakap apapun.. Takde dah nak fikir-fikir dulu.. Lagi-lagi masa darah tengah menggelegak... ahakkk... 




p/s: Perkara biasa untuk orang biasa macam aku.. Orang yang luar biasa ni dia cakap benda elok dan baik je.. :)

Friday, April 18, 2014

Bersyukurlah..

Assalamualaikum...

Bersyukurlah..


Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur - Surah An-Nahl: Ayat 14


وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡڪُلُواْ مِنۡهُ لَحۡمً۬ا طَرِيًّ۬ا وَتَسۡتَخۡرِجُواْ مِنۡهُ حِلۡيَةً۬ تَلۡبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلۡفُلۡكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ 




p/s: Sekadar satu perkongsian... 

Thursday, April 17, 2014

Kisah dulu-dulu... Rindunya..

Assalamualaikum...

Kisah dulu-dulu... Rindunya..


Ni adalah jahitan untuk final projek aku masa ambil kursus jahitan suatu masa dahulu.. Lama dah.. Dah lebih dari sepuluh tahun.. Tu yang jadi rindu  tu... hehe... Rindu pada zaman itu.. Dan sudah semestinya rindu pada semua.. :)






Kos untuk menyiapkan keseluruhan gaun pengantin ni hampir seribu ringgit jugak termasuk pembelian barang-barang lain yang tidak digunapakai, juga kos turun naik bas dan sebagainya.. Sekarang ni tak tau la boleh dapat lagi ke tidak kos macam tu.. Itupun masa beli kain-kain ni, tempat belajar tu ada sedikit joint venture dengan kedai ni.. Jadinya dapat la sikit diskaun.. Dah lepas diskaunpun masih jugak hampir seribu ringgit.. Kalau takde diskaun..?? 





Gaun pengantin ni aku pakai masa majlis tamat belajar.. Berat gaun ni.. Tapi bila pakai dengan crinoline, dah tak rasa berat dah sebab benda tu menampung keseluruhan kain yang kembang tu.. Tapi crinoline aku dah lesap entah ke mana.. hehh.. Mahal tu crinoline ni.. Dulu aku beli dalam seratus ringgit harga dia..


Sumber dari google..


Masa ni, aku memang totally out dalam memanik.. Memang satu apapun tak tau.. Malahan masa ni la aku baru mengenali apa itu manik.. Sadis, kan..? Tapi tu la, bila masuk kelas jahitan ni, banyak benda yang aku mula tau dan kenal.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada kawan-kawan dan tenaga pengajar yang sangat membantu.. We are like a big harmony family.. Ecehh... hehe..





p/s: Sekadar berkongsi satu pengalaman yang sangat berharga... 

Wednesday, April 16, 2014

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...

Assalamualaikum...

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...


Ini bukan kedekut.. Bukan juga berkira.. Tapi memanfa'atkan akal yang ada.. Bila lagi nak gunakan daya kreativiti yang Allah beri..? 




Penyapu ni dia punya lubang tempat masukkan kayu tu dah pecah.. Jadinya bila menyapu, kayu tu asyik la togoluceh yoo.. Amekawww... Kan dah keluar bahasa ibunda tercinta.. ahahh.. Sila google makna togoluceh tu ya.. 




Kalau orang tengok, mungkin dorang akan cakap, beli lain je la.. Baru berapa ringgit je pun.. Bagi aku, selagi boleh guna, aku akan gunakan sampai la bulu penyapu tu botak.. ahakk.. Penyapu macam ni kalau beli baru mau makan lima enam ringgit juga hoiiii... Kegunaannya cuma untuk menyapu lantai kat luar rumah je.. Bukannya nak menyapu dalam rumah yang nak kena guna penyapu berbulu halus dan lembut gitu.. 




Nak ikatan yang lagi kemas dan mantap, gunakan tali yang lebih panjang.. Baru la boleh belit banyak kali.. Sia-sia je masuk pengakap jika tak tau nak buat ikatan ni.. Tapi aku masuk pandu puteri je walaupun persatuan tu tak aktif.. kuikuikui...




Entah apa la nama ikatan aku ni.. Hentam saja la labuuu... hahahaha..





p/s: Pedulikan apa orang nak kata.. Yang penting aku dapat jimat lima enam ringgit.. hewhewhew... 

Tuesday, April 15, 2014

Tak tumbuh, tak melata.. Tak sungguh, orang tak kata...

Assalamualaikum...

Tak tumbuh, tak melata.. Tak sungguh, orang tak kata...


Ianya dimaksudkan sebagai: Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.. [sumber]




Ya, betul.. Setiap apa yang diperkatakan, tentunya mempunyai sebab musabab yang tersendiri.. Namun begitu, alangkah bagusnya jika apa yang diperkatakan itu ada kebenaran di dalamnya dan bukannya bersandarkan kepada sebab semata-mata.. Kena ada bukti kukuh la, kan..


Macam-macam boleh dijadikan sebagai penyebab untuk orang bersungguh-sungguh mengata atau berkata-kata.. Dengki dan iri hatipun boleh jadi satu sebab juga.. *moga dijauhkan.. 


p/s: Atas sebab apa sekalipun, kena ingat juga iaitu bila kata yang baik, dapatlah ganjaran yang baik dan begitulah sebaliknya.. *ingatan untuk diri sendiri.. 

Label..

Assalamualaikum...

Label..


Susah bila takde label ni.. Habis semua kotak terpaksa dibuka.. Sekali sekala tu takpe la.. Lagi-lagi bila tak banyak jahitan sebab ada banyak masa nak main buka tutup dan belek-belek.. Tapi bila dah takde masa, mula la merengus.. Dah buka banyak kotak tapi warna yang dikehendaki tu tak jumpa-jumpa jugak.. Salah siapa..? Salah sendiri la, kan... Jadi, silalah marah pada diri sendiri... ahahh...





Jadi, nak tak nak, kena juga rajinkan jari buat label tu.. Nak kata rajin sangat tu tak juga sebab label kali ni main tulis atas paper tape je... ahahaha... Tak kisah la haiihh, janji dah ada label untuk setiap kotak.. Label tu pulak secara random je.. Takde la rajin aku nak asing-asingkan mengikut warna yang spesifik..




p/s: Jangan cilok label orang.. Tak baik buat macam tu.. Orang bersusah payah merekacipta untuk dapatkan label sendiri, senang-senang je kita nak cilok.. hehh.. Lagi tak baik bila kita labelkan orang dengan perkataan yang tidak sewajarnya... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)