Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 5, 2014

Hancoq..!!!

Assalamu'alaikum...

Hancoq..!!!

Tak tau la siapa punya angkara sampai boleh jadi hancoq macam ni sekali.. Kalau tanyapun, bukannya 'dorang' nak mengaku.. Nak mengaku macam mana kalau nak menjawabpun tak reti.. Paling tidakpun mata masing-masing dok terkebil-kebil memandang.. Telinga pulak mula la masuk ke dalam.. Tau kecut...!!!


Sanggup tu panjat kabinet semata-mata nak hancoqkan tisu ni... hehe...


Yang pasti, ini mesti kerja si budak-budak bulus kat rumah ni.. Yang tak pasti, budak bulus yang mana satu punya kerja samada mak budak, abang budak yang perasan budak ataupun si adik-adik yang tengah rancak terkinja-kinja...


Jangan hancoqkan HERO aku tu dah laa.. Mau guling-guling aku nangis kang.. haha...



p/s: Sabar je laaa... hehh.. hehh... hehh... 

Thursday, September 4, 2014

Promosi...

Assalamu'alaikum...

Promosi...

Masing-masing ada cara sendiri dalam membuat promosi untuk barang jualan mereka.. 


Bak kata seorang pakcik merangkap jiran yang berkata pada setiap penjual yang datang ke rumahnya.. Katanya; "kau nak jual barang kau, pakcik tak kisah.. Pakcik boleh dengar apa yang kau nak cerita pasal barang yang kau nak jual tu.. Tapi pakcik bagitau awal-awal, pakcik paling tak suka kau buruk-burukkan barang orang lain semata-mata nak melakukan barang jualan kau tu.. Bila kau buat macam tu, buruk-burukkan barang orang, itu maknanya kau jenis yang tak jaga mulut, jenis mulut jahat.."


p/s: Belajar dari pengalaman orang lain tak kiralah siapa orang itu.. Belajar dari pendengaran.. Belajar dari penglihatan.. Bersainglah secara sihat... 

Wednesday, September 3, 2014

FM dulu dan sekarang..

Assalamu'alaikum...

FM dulu dan sekarang..

Apa itu FM..? FM adalah singkatan daripada fridge magnet.. Aku dulupun tak tau jugak apa benda la fm fm ni sebab takde gambar yang ditunjukkan.. Disebabkan tak tau, haruslah kena tanya, kan..? Tak tanya, tak tau.. hehe.. Jadinya, sekarang ni dah tau dah la apa dia fm tu.. 


Ini je yang ada.. Jadi la.. hehh...


Dulu-dulu punya fm lain.. Macam yang kat rumah aku ni, dulu-dulu fm dia semuanya bentuk buah dan sayur.. Meriah sungguh pintu peti sejuk aku tu dengan buah dan sayur yang beraneka warna.. Tambah pulak mak aku memang la rajin sangat membeli fm plastik bentuk buah dan sayur tu..


Tapi fm plastik tu selalu jadi punca mak aku bising bila cucu-cucu dia buat main.. Jadi punca cucu-cucu dia bergaduh sesama sendiri sebab berebut nak jadikan hak.. Jadi punca pintu peti sejuk tu calar balar bila budak-budak tu dok seret buah-buah tiruan tadi.. haha..


Sudahnya, aku cabut semua fm buah tu.. Aku sorokkan dan simpan.. Selamat.. hehh... Lepas tu aku ganti dengan fm yang macam batu tu.. Yang ni tak banyak.. Dah la tak banyak, lepas tu ada pulak yang pelepapp, jatuh ke lantai, habis berkecai.. haha..


Sekarang ni aku dok mula nak kumpul fm dari penulis novel pulak.. Takde la beria-ia sangat nak mengumpul.. Tengok jugak la siapa penulis tersebut dan barulah boleh beli karya dorang.. Setakat ni baru ada tiga fm dari penulis Dhiya Zafira, Pena Kayu dan Ridhya Iman.. Dorang punya fm jenis leper dan kuat melekap kat pintu peti sejuk.. Nak alihpun susah.. hehe..  Lagi satu fm jenis leper ni aku dapat dari Kaki Novel masa PBAKL hari tu.. 


Sekarang ni anak-anak buah akupun dah takde dah nak main-main dengan fm tu sebab dorang tau yang fm tu semua aku yang punya dan bukannya ahmad albab yang punya... kehkehkeh...


p/s: Mahal tak ehh fm peten melekap dan leper macam tu..? Rasa nak buat jugak la.. Mana la tau kot-kot boleh bagi as a gift kat orang yang beli novel atau barangan handmade yang aku buat.. hehe.. Ada yang tau nak ushar kat mana..? Mehh la habaq mai kat ceq satttt... 

Tuesday, September 2, 2014

Tak rasa mengganggu ke ehh...?

Assalamu'alaikum...

Tak rasa mengganggu ke ehh...?


Sebelum bercerita tentang tajuk entry kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak dulu la ya.. Bukan apa, takut nanti ada yang 'ter'sentap atau ter'carut' atau 'ter'marah' dan sebagainya.. hehh..


Aku cuma nak tanya satu benda ni je iaitu korang tak rasa terganggu ke dengan kesan bunyi-bunyian yang keluar daripada kasut kanak-kanak..? 


Ya, akupun suka juga bila tengok budak-budak yang seronok berlari berkejaran atau berjalan jatuh sambil diiringi dengan bunyi-bunyian yang keluar dari kasut tadi.. Lagi-lagi bila tengok dorang dok beria-ia hentak kaki semata-mata nak dengar kasut tu berbunyi.. haha.. 


Cumanya, aku kurang senang sikit la jika pemakaian kasut tadi dibawa ke tempat yang pada aku sangat tak sesuai dan mengganggu ketenteraman awam..


Jika pakai kasut macam tu untuk ke majlis keraian, majlis kenduri kendara atau pergi ke taman, rasanya memang takde masalah.. Ianya menjadi satu masalah jika kasut tersebut dipakai di dalam pejabat pos, bank, hospital dan seumpamanya.. Biasanya urusan kat tempat macam ni agak lama dan sedikit membosankan umpama penantian suatu penyiksaan.. ahah..


Mungkin ada sesetengah orang mengambil peluang untuk berehat sambil memejamkan mata untuk seketika semasa menunggu giliran.. Ataupun mungkin juga ada kaum ibu yang membawa bayi mereka yang lena tidur di dalam stroller ketika berurusan.. Jadinya, bila keluar bunyi nyitnyitnyit yang agak nyaring tu, agak-agaknya boleh ke nak berehat atau berurusan dengan aman..?


Dan, mungkin juga penjaga budak tadi memang sengaja pakaikan kasut tu dengan tujuan untuk berehat juga.. Ya la, tak perlu dah nak dukung budak tu sebab budak tu tentu seronok nak berjalan dengan kasut nyitnyitnyit dia tu..


p/s: Isu di sini adalah kesan daripada pemakaian dan bunyi yang dihasilkan oleh kasut nyitnyitnyit tadi... Budak-budak yang pakai kasut tu memang tak tau apa-apa.. Jadi, jangan salahkan mereka.. hehh...

Sunday, August 31, 2014

Tersuka Tanpa Sengaja...

Assalamu'alaikum...

Tersuka Tanpa Sengaja... 


Aku dah selesai dah baca kisah yang ada dalam novel Tersuka Tanpa Sengaja (TTS) yang merupakan karya terbaru dari penulis muda yang menggunakan nama Pena Kayu ni.. Novel pertama penulis adalah Doa Cinta Seorang Lelaki (DCSL).. Yang ni pun aku dah beli dari ejen IKP.. Dah lama habis baca dah pun dan aku suka novel DCSL tu..


Beli online dengan ejen IKP.. Dapat fridge magnet hero Tersuka Tanpa Sengaja.. Dah tampal kat pintu peti sejuk dah pun.. Boleh tengok setiap hari.. weeeee.... :p


Novel Tersuka Tanpa Sengaja ni merupakan novel keluaran bulan Ogos dari IKP yang dijadikan combo bersama dengan novel dari penulis Wawa Taufik iaitu Lamaran Untuk Teman Hati atau LUTH.. Aku tak baca lagi LUTH tu ya.. Sabar.. Ikut giliran.. hehe..





Mula-mula baca prolog Tersuka Tanpa Sengaja ni, air mata aku dah meleleh dah.. Bukan setakat meleleh je, siap dengan meremang bulu roma lengan lagi tu.. ahahh...




Bila dah mula baca, tak boleh nak berhenti la pula.. Baca dan terus baca sehinggalah hati menjadi sakit ya amat.. 


Kenapa pula sakit hati ya..? Nak tau kenapa, kenalah beli dan baca sendiri.. Apa yang pasti, sakit hati ini ada kaitan dengan prolog yang menyentapkan tadi.. 


p/s: Aku tak berapa rajin nak buat review yang meleret-leret seperti dulu.. Cukup sekadar aku bagitau yang akupun dah tersuka tanpa sengaja dengan kisah doktor manja dalam novel ni... kehkehkeh..

Google bunga raya..

Assalamu'alaikum...

Google bunga raya..

Aku suka kat google ni.. Asal ada je perayaan, event atau hari tertentu, pasti ada gambar menarik yang dikongsikan.. Macam hari ni, hari kemerdekaan negara kita, gambar yang keluar adalah gambar bunga raya yang melambangkan bunga rasmi kebangsaan..



p/s: Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 untuk Malaysia.. MERDEKA..!!! MERDEKA..!!! MERDEKA...!!!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)