Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, September 27, 2014

Sambungan...

Assalamu'alaikum...

Sambungan...



Jumpa kakak dan family dia kat kedai makan ni.. Pertama kali aku makan kat sini.. Sedap makanan dia.. Tomyam dia sedap.. Mee kung dia sedap.. Mee goreng mamak dia sedap.. Semuanya sedap la.. hehe..


Fauzi Tom Yam - Chengkau


Aku pilih tomyam campur.. Satu set kongsi dengan mak.. Takut tak habis.. Kang membazir pulak.. Alih-alih tak cukup.. hahaha.. Malas nak order lagi.. Aku mintak sikit mee kung yang abang aku punya.. Alah, satu sudu je pun.. Nak rasa je sebab tak pernah makan mee kung ni.. Lepas tu, mintak sikit mee goreng mamak kakak aku.. Nak rasa juga... hahaha.. Sabar je la.. Bukan apa, mana la tau lain kali kalau aku balik ke kampung, boleh la singgah makan kat sini lagi sebab dah tau macam mana rasa makanan dia.., kan...


Dan 'suspek' kat bawah ni la penyebabnya yang aku pergi jumpa kakak kat kedai makan tu.. Buah duku dengan langsat ni abang ipar aku ambil kat kebun kakak yang kat Nilai tu.. Kebun tu kat Segamat.. Jadinya, kakak yang kat Labis tu la yang tolong bawak.. 




Gara-gara takut buah ni lebam, kitorang balik sini hari Isnin lepas abang aku servis kereta kat Nilai tu.. Mak aku nak balik hari Selasa tapi aku berkeras nak balik hari Isnin tu jugak.. Buah duku ni bukannya boleh simpan lama.. Dia cepat lebam.. Kang kalau lambat balik sini, tak dapat la nak sedekah sikit kat jiran-jiran..


p/s: Kedai makan tu letaknya kat pekan Chengkau.. Kalau dari arah Rembau, kedudukannya di sebelah kiri, betul-betul tepi jalan.. Senang je nak cari.. Alah, pekan Chengkau tu besar mana je pun.. 

Lily: Rain-Peace-Fireball

Assalamu'alaikum...

Lily: Rain-Peace-Fireball


Antara spesis Lily yang ada kat rumah.. Jika nak tengok rupa lily ni, boleh klik pada link yang ada kat bawah setiap gambar.. 










p/s: Jenuh dok angkat tiga buah pasu peace lily tu.. Pasu dah la besar gedabak.. Berat pulak tu.. adehh.. Letak kat tempat  redup sikit.. Sian tengok daun dia dah sedikit lecur kena panas..

Friday, September 26, 2014

Antara pengan dan pengang..

Assalamu'alaikum...

Antara pengan dan pengang..


Tau tak pengan tu apa..? Akupun tak tau.. Pernah dengar perkataan pengan tu..? Akupun tak pernah dengar.. Kalau pengat tu aku tau laa.. hahaha...


Lagi satu soalan.. Pengang tu apa..? Tau? Pernah dengar? Tak pernah tau dan tak pernah dengar..? Sama la dengan aku.. Kalau bengang tu tau la aku.. hehe...


Saja la aku dok godek-godek gambar lama kat fb aku.. Lepas tu nampak la gambar anak buah yang pegang tong sampah ni.. Gambar ni aku yang ambil.. Lepas tu, baca balik komen yang ada kat situ.. Gelak balik dibuatnya.. haha..


Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.. hehh..


Aku memang suka godek-godek gambar lama yang ada kaitan dengan kaum kerabat rapat aku.. Senyum dan gelak sorang-sorang bila tengok dan baca balik komen yang ada.. Lagi-lagi komen dari anak-anak buah cilik aku tu.. Macam comel je.. hehhh..


Ingatkan apa la pengan dengan pengang tu.. Rupa-rupanya, pegang.. Mujur la dia bagi contoh; pengang tong sampah.. hikhikhik.. Sabar je la anak buah oiii... ahaha..


p/s: Terapi... :)

Dialog mengikut masa...

Assalamu'alaikum...

Dialog mengikut masa...


Dulu, dialognya berbunyi begini:

"Anak makcik yang baya kau tu dah ada empat orang anak.. Sekejap je dah besar anak dia.. Kau bila lagi..?"

Dia: Terkedu. Senyum payau. Terdiam. Muka rasa panas.





Sekarang, bunyi dialognya begini pula:

"Emak kau sihat?" 

Dia: Alhamdulillah, sihat..

"Untung mak kau.. Ada anak pompuan yang jaga dia..?"

Dia: Makcik lagi untung.. Ada menantu.. Ada cucu.. Dorangkan boleh jaga makcik.. (sekadar dialog dalam hati..)


You can have it all. Just not all at once - Oprah Winfrey


p/s: Dia itu boleh mewakili sesiapa sahaja; aku, kau, mereka, kita.. Scars have the strange power to remind us that our past is real - Cormac McCarthy...

Thursday, September 25, 2014

Faham tak..? Atau tak faham-faham..? Atau buat tak faham..?

Assalamu'alaikum...

Faham tak..? Atau tak faham-faham..? Atau buat tak faham..?


Tak faham, tanya... Jangan buat-buat faham.. Niaya kat diri sendiri je..
Dah faham, jangan tanya lagi, nanti kena marah..
Tapi jangan diam.. Boleh fahamkan orang lain pulak.. 

Saling faham memahami tu penting supaya tidak timbul salah faham di kemudian hari..


If you can't explain it simply, you don't understand it well enough - Albert Einstein





Ramai je yang faham tapi buat-buat tak faham sebab malas nak fahamkan orang lain.. Fahamkan orang yang tak fahampun satu pahala jugak kerana sekurang-kurangnya kita sudah melegakan hati mereka yang sedang gusar.. 


p/s: Entry yang setepek kena kat dahi sendiri.. Sememangnya entry ini ditulis untuk diri sendiri di atas kelemahan sukar untuk memahami.. Susahnya menjadi seorang 'lampi'..

Dreams-Mimpi-Lamunan-Khayalan...

Assalamu'alaikum...

Dreams-Mimpi-Lamunan-Khayalan...


Setiap orang pasti punya impian tersendiri.. Pasti berkhayal tentang impian masing-masing.. Pasti tersenyum bila membayangkan impian dan khayalan itu menjadi kenyataan.. Alangkah indahnya mengelamun dan tenggelam dalam khayalan ciptaan sendiri..


The best way to make your dreams come true is to wake up - Paul Valery




Namun, segala impian dan khayalan itu bukan sekadar tersenyum seorang diri.. Banyak yang perlu dikorbankan.. Banyak yang perlu diusahakan.. Banyak yang perlu dicari dan digali..


Jika besar impian, maka besarlah pencarian dan usaha yang perlu dibuat.. Jika impiannya kecil, maka kecil jugaklah usahanya.. Jika takde impian, maka tersungkurlah di jalanan.. If you don't know how to dream, you're dead - Jim Valvano.. 


Namun, janganlah bermimpi di siang hari... Impian itu biarlah yang baik-baik sahaja berlandaskan jalan yang betul..


p/s: Impian aku bersandarkan pada kata-kata; 'ukur baju biarlah di badan sendiri'.. Ada impian walaupun impian itu hanyalah sekecil hama.. Biarlah impian ini menjadi rahsia antara aku dan DIA.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)