Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 12, 2015

Dilema pembeli novel...

Assalamu'alaikum...

Dilema pembeli novel...


Sebagai pembeli dan pembaca novel Melayu, aku seringkali berada di dalam dilema.. Dilema itu bukan sahaja bergantung pada harga semata-mata tapi lebih kepada apa yang bakal dibaca dan dihidangkan oleh si penulis.. 


Dilema itu pula terbahagi kepada beberapa situasi.. Antara situasi yang seringkali aku hadapi adalah seperti berikut:


Situasi 1:
Buku pertama, tak kena dengan jiwa..
Buku keduapun sama...
Begitu jugak dengan buku ketiga.. 
Buku keempat, takut dah nak beli..


Situasi 2:
Buku pertama boleh terima..
Buku kedua tak boleh terima..
Buku ketiga boleh terima..
Mungkin akan beli buku yang keempat...


Situasi 3:
Buku pertama tak boleh terima..
Buku kedua boleh layan dengan baik..
Buku ketiga pula susah sikit nak hadam..
Buku keempat mungkin akan dibeli atas alasan nak bagi peluang pada penulis..


Bila aku tak membeli tu bukan bermaksud aku nak memboikot tapi ianya lebih kepada takut kecewa dan takut rugi berganda.. Walaupun kadang-kadang ada orang yang beria-ia buat promosi pasal buku tertentu, namun aku pandang sepi sahaja.. Jadinya, maafkan aku andaikata aku tidak menjadi pembeli untuk buku anda.. 


Lagipun, masih ramai lagi pembaca novel kat luar sana yang fanatik, setia dan masih mahu membeli buku anda.. Selera makan kitapun berbeza.. Apatah lagi selera membaca.. Pasti ada yang berlawanan arus.., kan...? 


p/s: Ini cara aku dalam membuat pilihan membeli novel.. Cara anda bagaimana pula..? Jika sudi, boleh la kongsi cerita.. hehh..

Cara nak ambil ukuran dan buat getah pinggang jenis separuh-separuh...

Assalamu'alaikum...

Cara nak ambil ukuran dan buat getah pinggang jenis separuh-separuh...


Haaa... Amekaaawww...! Dia punya tajuk entri punyalah panjang berjela.. haha.. Sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk yang sesuai.. Ini je yang mampu aku fikir dan letak.. Maafkan aku ya jika tajuk tak kena dengan entri.. hehh... Apapun, jika dah tengok gambar dan baca sikit penerangan yang aku bagi, rasanya boleh faham kot.. InsyaAllah.. 


Aku nak kongsikan cara aku buat getah untuk pinggang jenis separuh getah dan separuh pengeras ni.. Sebelum ni banyak cara yang aku belajar dan gunakan.. Setiap cara ada dia punya pro dan kontra.. Bila kita dah selalu mencuba, kita boleh nampak perbezaan antara semuanya.. Dan dari situ kita dah boleh fikirkan untuk cuba cari jalan penyelesaian mengikut apa yang pernah dan telah kita try and error tadi...


Cara yang aku gunakan sekarang ni pada aku sangat mudah dan very practical.. Bukan nak isi bakul, angkat sendiri tapi inilah yang sebetulnya yang beri keselesaan pada aku yang menjahit pinggang tu.. Kadang-kadang ada pinggang getah kat bahagian zip tu bergumpal atau macam bergulung.. Issh, tak reti nak describe macam mana.. ahahh...


Jom tengok gambar dan baca sikit penerangan yang aku bagi...


 Ambil ukuran pinggang tetap.. Kemudian tambahkan dengan satu inci.. Lepas tu bahagi dua.. Contohnya ukuran pinggang 35.. Tambah satu inci jadi 36.. Lepas tu bahagi dua jadilah 18.. Maka, potong getah 18 inci dan potong pengeras 18 inci jugak.. 



 Lepas tu, potong dua lagi setiap getah dan pengeras...



Kemudian, potong dua lagi getah tu.. Getah dah jadi tiga bahagian dah.. Bahagian getah yang pendek tu nanti akan diletakkan pada bahagian sisi untuk zip.. Pengeras jangan potong dah sebab satu bahagian pengeras tu untuk depan dan satu lagi untuk belakang..



Beginilah rupanya bila dah siap cantum dan jahit.. Sebab itulah ukuran pinggang tetap tadi kena tambah satu inci.. Setiap cantuman tu 1/4 inci.. Kat bahagian hujung sekali tu sengaja aku jahitkan dengan pengeras.. Tujuannya untuk cover hujung getah tu dari berbulu dan juga untuk menguatkan hujung getah tu..



Gunakan pin untuk masukkan getah dalam kain pinggang...






Beginilah rupanya pinggang kain yang sudah siap... Nak kata kemas sangat tu takde la tapi tidaklah ianya bergumpal..




Cara yang sama juga digunakan jika kita nak buat zip kain kat bahagian belakang iaitu kat ponggong.. Bezanya, potongan pada bahagian getah tadi ditukarkan kepada pengeras.. Maksudnya, pengeras ada tiga bahagian dan getah ada dua bahagian sahaja..


Kat bawah ni aku kongsikan dua buah video yang aku ambil kat Youtube.. Boleh ikut cara beliau jahit getah pinggang ni.. 








p/s: Ini sahaja perkongsian untuk kali ini.. Harap dapat membantu menyelesaikan permasalahan..

Tuesday, February 10, 2015

Gotong-royong bersihkan taman mini...

Assalamu'alaikum...

Gotong-royong bersihkan taman mini...

Dah lama tak gotong-royong kat taman blok ni.. Kali ni kena buat balik sesi gotong-royong ni.. Habis pokok yang lama dibuang dan digantikan dengan pokok baru.. Bunga kertas tu pulak sponsor dari ahli blok yang mana nak bagi.. Setiap sorang bagi sepasu.. Akupun tak terkecuali.. Pokok bunga kertas aku yang kat tengah-tengah tu.. Yang warna oren tu.. 




Tiga hari diperlukan untuk selesaikan taman mini ni.. Hari pertama tu ramai yang terlibat sebab banyak kerja nak buat.. Esoknya, cuma tiga orang je yang terlibat sebab cuma nak tanam beberapa batang pokok bunga tambahan je.. Akupun terlibat sekali.. Akhir sekali, pagi tadi iaitu sesi mengecat.. Tiga orang jugak yang terlibat termasuklah aku..





Kat bawah ni yang aku buat pagi tadi.. Kena kikis dulu kesan cat lama.. Aku punya tugas cat tembok ni.. Jenuh dan lenguh jugak lengan dibuatnya.. Aku ni dah la berzaman tak main dengan berus cat ni.. 





Dah siap dah.. Walaupun tak seberapa tapi lega rasa di hati.. hehh.. Lega sebab lepas ni dah boleh buat kerja lain.. Tugas menyiram pokok bunga yang baru ditanam tu dah ada orang yang dipertanggungjawabkan..





Batu-bata tu dua orang lagi ahli blok yang buat.. Dorang nak jugak cat pasu tu.. Haaa, cat aje la haiihh... hahaha..





Ni bukti mengecat.. Kiri kanan tapak tangan penuh dengan palitan cat warna warni..





p/s: Batu-bata tu semua recycle je.. Guna je apa yang ada.. Nak jimat bajet punya pasal.. 

Monday, February 9, 2015

Baru nak makan Vitamin C Citrex...

Assalamu'alaikum...

Baru nak makan Vitamin C Citrex...


Orang lain dah berzaman makan vitamin C ni.. Aku pulak baru je kenal dan baru nak mula makan.. Dah mula makan dahpun sebenarnya.. Hari Selasa lepas aku mula..


Baru aku teringat.. Masa aku kena tahan dalam wad di zaman kanak-kanak dulu, ada la makan vitamin C ni tapi vitamin dia kecil je.. Biasa la, ubat hospital kerajaan.. Mungkin vitamin C tu untuk mempercepatkan luka melecur kat tangan aku.. Lepas tu takde dah makan vitamin C ni.. Ingatpun tidak, apa lagi nak beli dan makan..




Sekarang ni, baru la aku teringat nak makan vitamin C ni sebab kulit muka aku sangat kering kerana kurang minum air kosong.. Sekarang ni cuaca masih lagi lembab, jadi takde la rasa dahaga sangat.. Sedar-sedar tengok kulit muka dah mengelupas je..




Aku beli vitamin C Citrex ni masa aku singgah kat klinik yang biasa aku pergi.. Mula-mula tu nak beli ubat demam dan ubat selsema untuk buat stok sebab dua-dua ubat ni dah kehabisan stok dah.. Sambil tu aku tanya la pasal vitamin C kat staff klinik tu.. Vitamin C yang itu untuk apa, yang ini untuk apa.. Maklum la, tak pernah makan..  Citrex ni dorang yang cadangkan.. 


Aku terus terang je dengan dorang. Aku cakap yang aku tak pernah makan vitamin C ni.. Dorang bagi aku rasa dulu sebiji.. Takut-takut jugak aku nak makan sampai dorang gelakkan aku.. hahaha.. Dorang kata rasa dia sedap, rasa limau, kunyah je, takde apa-apalah... Lepas makan sebiji, baru aku setuju nak beli.. hehe..


Harga sekotak/sebotol vitamin C Citrex ni adalah RM30.. Ada 75 biji di dalamnya.. Lepas makan, baru la aku google dia punya kebaikan dan keburukan.. Makan empat biji setiap hari tapi buat masa ni aku makan dua biji je sehari iaitu pagi dan malam.. Jangan makan overdose..


p/s: Belum sampai seminggu aku makan vitamin C Citrex ni, aku dah dapat rasa yang kulit muka aku dah tak berapa kering dah.. Bila sentuh kulit muka, rasa licin sikit.. Takde dah rasa kesat seperti sebelumnya.. Tapi takde la licin macam kulit muka baby.. hahahaha...

Saturday, February 7, 2015

Punyalah menderam bunyi dia...

Assalamu'alaikum...

Punyalah menderam bunyi dia...

Sekali lagi, ini adalah gambar masa aku dalam perjalanan balik dari Nilai.. Masa ni aku berhenti kat stesen Petronas yang besar kat tepi highway Bentong tu..


 Sebenarnya aku lagi suka tengok langit dengan awan yang cantik tu.. Sepanjang jalan aku dok langut tengok langit je.. Subhanallah.. Cantik sungguh..!


Sementara menunggu abang aku beli KFC, aku curi-curi la snap gambar geng motor besar ni.. Sebiji motor tu bunyi diapun dah macam bunyi apa dah.. Menderam-deram..




Tak tau mana geng motor ni nak pergi.. Masa lalu kat depan kedai lemang To'Ki, ada satu lagi kumpulan geng motor besar.. Tapi yang ini motor macam motor yang masuk litar grand prix tu.. Sebelum tu dah terserempak dengan geng motor scrambler.. 




Mujurlah dorang berhenti lama kat sini.. Jika tidak, lagi la kuat bunyi motor dorang tu..




Masa duduk Johor Bahru dulu, aku dah biasa dah tengok geng motor besar ni.. Pernah ikut kawan pergi tengok pameran motor grand prix kat Pasir Gudang..Tambahan pulak ada roomate aku yang kawen dengan geng motor macam ni..


p/s: Kalau boleh, tak nak la terserempak dengan geng motor besar ni kat atas jalan raya.. Terserempak masa dorang berhenti takpe.. hehh..

Langkah keselamatan...

Assalamu'alaikum...

Langkah keselamatan...


Ini tandas kat RnR tol Bentong tu.. Dulu takde rasanya jaring kat atas tu.. Ni masa nak ke Nilai hari tu, singgah la sekejap.. Alih-alih tengok dah berjaring dah.. Siap ada nombor lagi tu.. Mungkin dah ada kes orang memanjat dan mengintai kot.. 


Aku bayangkan orang yang mengintai ni mesti merangkak macam Spiderman.. hehe..


Ye la kan.. Selalunya bila dah ada kes, baru ada pembaikan dan langkah pencegahan.. Macam kes jurutol kena tembak kat tol Seremban dulu.. Sekarang ni laluan pejalan kaki untuk ke kaunter tol tu dah berpagar dah.. 


p/s: Malang memang tak berbau.. Walaupun kita dah berjaga-jaga macam mana sekalipun, jika dah ditakdirkan bertemu dengan malang tu, maka tak boleh tidak, kena hadap jugak la.. Walau apapun, kena teruskan jugak berjaga-jaga.. Selebihnya, tawakkal pada DIA...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)