Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 5, 2015

Jangan cepat dibuang..

Assalamualaikum...

Jangan cepat dibuang..


Ni sambungan daripada entry yang ini..  Semalam rupanya begini..




Alkisahnya, dulu masa zaman aku kerja, aku memang rajin masak lauk jenis yang berkuah seperti asam pedas, kari ataupun masak lemak cili padi.. Aku memang suka buat kuah tu banyak sikit.. Sebabnya adalah aku ni suka hirup kuah tu.. Bila dapat menghirup kuah tu, alahaii, sangatlah heaven aii tell you.. ahahaa..


Kebiasaannya, lauk memang cepat je habis tapi kuah tu masih lagi berbaki.. Nak dibuang terasa sayang.. Faham-faham je la duduk sendiri dengan kawan-kawan.. Bajet memang sangat ketat kerana gaji memang ciput ya amat... Jadinya, kenalah berbelanja dengan berhemah.. 


Mujurlah rumah yang didiami tu kompeni dah siap bayarkan.. Kiranya duduk secara percuma la.. Cuma kena bayar bil api dan bil air beramai-ramai.. Itupun setelah berkongsi rumah dengan pekerja dari Indonesia.. Gara-gara dorang yang menggunakan letrik ikut sesuka hati dan sesedap rasa, maka pihak kompeni suruh kitorang bayar sendiri segala jenis bil tu padahal sebelum tu semuanya kompeni yang tanggung.. huhuhu...


Bila teringat kisah lama tu, maka kuah yang masih berbaki semalam tu aku masukkan telur rebus dan terung..  Maka, ianya bertukar menjadi yang ini pula.. Tiada lagi ikan kembung bersama jantung pisang.. ahaha...




Benda ni perkara biasa.. Ingat kedai makan tak buat macam ni ke...? Kalau kedai makan yang memang laris, mungkin dorang takde la buat macam ni sebab dah pasti semua isi dan kuah tu licin tapi jika sebaliknya..? Silap-silap haribulan, ada yang asingkan isi dan kuah, lepas tu isi simpan dalam peti sejuk dan kuah tu main panaskan je.. Esok masak balik semula semua sekali seolah-olah masak baru.. 


p/s: Tak payah nak pelik sangat la kot... ahaha... Cuba kerja kat kedai makan dan tengoklah sendiri.. hehh...

Monday, May 4, 2015

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...


Okay, hari ni aku terlebih rajin.. hehh.. hehh.. hehh... Alhamdulillah la kan sebab terlebih rajin.. Kalau terlebih malas, lagi la bahaya... ahaha...


Sebelum tu, nak cerita sikit la kenapa aku boleh terlebih rajin macam ni.. Al-kisahnya, pagi tadi aku jenguk la pokok pisang yang mak aku tanam kat belakang rumah ni.. Lepas tu ternampak la setandan pisang yang buahnya mula nak besar.. Terus aku teringat kata-kata jiran aku hari tu.. 


Jiran aku cakap, kalau nak bagi buah pisang tu besar, kita kena buang dia punya jantung.. Lepas tu buang sikit pelepah daun pisang yang banyak kat pokok tu.. Tinggalkan pelepah tu dalam lima atau enam pelepah sahaja.. Ini petua yang dia dapat dari seorang jiran yang memang expert dalam bab menanam pokok pisang.. Maka, akupun ikut la petua itu.. Tak salahkan mencuba.. hehh...


Dan disebabkan aku dah potong jantung pisang tadi, tak kan la aku nak buang macam tu je.. Rugi la, kan.. Orang beria-ia beli jantung pisang tapi aku nak buang la pulak.. Kan membazir namanya tu.. Membazir itu amalan syaiton.. Ingat tu... heeeee....


Dan atas rasa sayang nak membazir tadi, maka jadilah masak lemak cili api ikan kembung ni dengan jantung pisang.. Meh tengok cara aku masak gulai ni.. Aku bukannya terer pun bab masak-masak macam ni tapi kito hontam yo la labuuuu oiii... ahahaa...


Ni cara aku masak.. Cara orang lain aku tak tau macam mana.. Masing-masing pasti ada cara tersendiri, kan.. Ikut aje la mana yang selesa.. 


1- Ambil sebiji jantung pisang.. Buang kulit kaler purple tu hingga tinggal yang putih sahaja.. Kalau ada sikit-sikit kaler purple kat hujung jantung tu takpe la kot.. Kemudian, dibersihkan, dibelah empat dan rebus dengan sedikit garam.. Rebus hingga separa empuk..





2- Lepas tu, curahkan jantung yang dalam periuk tadi ke dalam tapis.. Lalukan dengan air paip untuk menghilangkan getah jantung pisang tadi..




3- Ini cili padi yang telah aku blend bersama dengan kunyit hidup... Gunakan sikit je ikut tahap kepedasan yang sesuai.. Yang ni aku blend banyak sebab nak buat stok dan simpan dalam peti sejuk..





4- Aku gunakan ikan kembung je.. Ikan keli ada je dalam kolam kat luar dapur ni tapi aku malas nak cekau.. Kang nak kena matikan dia dulu.. Banyak kerja nak buat.. Lagipun abang aku kat rumah ni tak makan sangat ikan keli ni.. Aku bedal je semua.. ahaha... Jadi la tiga ekor je.. Jimat weii... muahahahaha....




5- Aku masakkan kuahnya dulu.. Dalam periuk ni ada cili api dan kunyit hidup tadi + sebatang serai yang dititik + dua keping asam keping + santan.. Masak dengan api yang sederhana besar untuk elakkan daripada santan pecah minyak.. Kacau-kacau jugak.. Jangan main tinggal macam tu je.. Masak hingga mendidih lama sikit untuk bagi cili padi tu betul-betul masak.. 

(Serai tu tak nak letakpun takpe tapi aku saja la nak letak.. Ni ikut cara kakak aku yang kat Labu tu masak sebab dia memang suka letak serai.. Nak buang angin, katanya.. hehe..)




6- Lepas tu, masukkan ikan kembung tu dulu.. Biarkan mendidih seketika..




7- Kemudian, masukkan pula jantung pisang tadi.. Masukkan juga garam dan jika suka, boleh la letak sedikit pak aji untuk seimbangkan rasa.. Letak secubit je dah memadai dah tapi jika tak nak letakpun tak apa.. Biarkan mendidih lagi sambil kacau perlahan-lahan..





9- Okay, dah siap dah masak lemak cili api bersama jantung pisang versi aku.. Boleh la tutupkan api dapur tu tapi jangan tutup terus periuk tu sebab masih lagi panas.. Kang tak pasal-pasal cepat pulak gulai tu basi..




p/s: Selamat mencuba untuk yang berani dan rajin mencuba.. Mana yang tak berapa rajin nak buat tu, boleh la pergi tapau kat kedai makan tapi nanti jangan bising pulak sebab kena GST... ekekekeke...

Friday, May 1, 2015

Demo...

Assalamu'alaikum...

Demo...


Asal cuti umum je, demo..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Asal hujung minggu je, demo..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Asal tak puas hati je, demo..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sikit-sikit, demo..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bosan aku menengoknya..!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Demo lo ni tok supo mulo.. 

Thursday, April 30, 2015

Tak larat nak mengopek... hehh...

Assalamu'alaikum...

Tak larat nak mengopek... hehh...


Ikan bilis ni dah lama dah aku beli tapi sebab aku simpan dalam peti sejuk, ianya masih elok lagi.. Memandangkan stok ikan bilis yang dah berkopek dah tinggal sikit, maka akupun kena la kopek stok yang ini pula... Kata nak jimat, kan..? Jadinya kenalah kopek sendiri.. hehh..


 Benda alah dalam dulang tu aku simpan sebab nanti boleh letak kat pasu pokok orkid.. Kononnya buat baja organik la.. ahaha... Aku mampu kopek separuh plastik je.. Lagi separuh tu nanti la aku kopek kemudian.. hehe..


Ikan bilis sebelum ni aku beli yang dah siap berkopek.. Masa tu aku tengok harga dah siap kopek tu sekilo RM22.. Akupun apa lagi, laju je masukkan dalam plastik.. Pada aku, harga tu dah kira okay la sebab dah berkopek.. Cuma saiz dia memang la kecik lote je.. hehh..


Masalahnya, bila adik beradik balik dan buat sambal guna ikan bilis tadi, dorang komplen kata ikan bilis tu keras.. huhuhu.. Aku ni memang tak pernah buat sambal bilis sebab aku kurang suka sambal bilis ni.. Aku beli bilis ni guna untuk masak sayur je.. 


Stok bilis yang keras tu ada sikit lagi tapi aku dah siap beli stok bilis yang belum berkopek ni.. Jenis ni lembut tapi tengok la harga dia.. Nak buat macam mana, beli jugak la sebab kesian pulak dorang yang suka makan sambal bilis tu.. Biasanya aku beli dalam kuantiti yang banyak sebab jika beli kat kawasan rumah aku, harga dia lagi mahal.. 




p/s: Mujur jugak aku bukan penggemar sambal ikan bilis.. Kalau tak, parah jugak nak membeli ikan bilis ni.. hehh..

Alasan...

Assalamu'alaikum...

Alasan...


"Banyak sangat alasan sampai orang pun dah tak nak percaya dah dengan cakap kau.."




Alasan ni macam-macam.. Ramai orang suka memberi alasan yang pelbagai jenis.. Hari ni dia bagi alasan macam ni, esok alasan macam tu malahan alasan untuk lusa dan seterusnya tu pun dia dah siap rangka dah.. 


Mencari sebab serta alasan yang kukuh supaya tercapai hajatmu.. 




p/s: Suka memberi alasan ni adalah manusia yang jenis putar alam.. Membelit orang dengan kata-kata yang akhirnya kata-kata itu membelit lehernya sendiri..

Sampul buku lagi.. :)

Assalamu'alaikum...

Sampul buku lagi.. :)


Iya, aku buat lagi sampul buku ni.. Aku bukannya orang berada.. Jadinya, aku harus berusaha untuk menambah duit poket.. 



Setiap satu keping harganya RM12 belum masuk postage..


Setiap satu keping harganya RM12 belum masuk postage..



Setiap satu keping harganya RM12 belum masuk postage.. Ada yang belum jahit manik lagi.. Sedang dalam proses jahit manik la sekarang ni.. 


Corak ni kalau tak silap aku, cuma ada dua je untuk bookmark sebegini..


Sampul buku yang ada butang dan tali ni harga dia RM16 setiap satu dan belum masuk postage.. Aku buat sikit je sebab takut nanti orang kata mahal..


 Manik dan kraf tu juga aku jahit sendiri...


 Sampul yang takde butang dan tali ni harganya cuma RM12 setiap satu keping.. Harga belum masuk postage..




p/s: Jika berminat nak beli, bolehlah inbox aku kat sini.. Terima kasih atas sokongan anda... :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)