Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 27, 2015

Restock... :D

Assala'mualaikum...

Restock... :D

Orang lain dok sibuk restock order macam-macam, aku dok sibuk restock cili ni.. Bukan apa, nak mudahkan kerja kakak-kakak aku raya nanti.. Kita yang tak pandai masak ni, buat la apa yang patut, kan.. hehh.. InsyaAllah, esok nak sangai rempah ratus.. Lepas tu blend rempah tu untuk buat rendang pulak.. 




Hari tu pertama kali try la buat rendang ayam pencen guna rempah. Adik kata sedap.. Anak diapun suka.. Terangkat la sekejap.. ahahh.. Tapi selalunya bila kali kedua buat, dia dah tak sedap dah.. kehkehkeh...


p/s: Nak jugak guna kuali takde telinga tu.. ahaha..

Friday, June 26, 2015

Hidup ini...

Assalamu'alaikum...

Hidup ini...


Hidup ini jangan terlalu:

1- Meminta-minta..
2- Mengada-ngada..
3- Mengadu domba..
4- Manja tak kena gaya..
5- Taksub dan takbur..
6- Mencari salah orang..
7- ______________..
8- ______________..
9- ______________..





Bersederhanalah.. Berpada-padalah.. Beringat-ingatlah.. Bersyukurlah.. Berpesan-pesanlah sesama kita.. Jangan sampai dilabel sebagai manusia yang tak sedar diri..


p/s: Tak tuju kat sesiapa.. Ianya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri..


Cara mudah untuk buat dan jahit poket baju melayu...

Assalamu'alaikum...

Cara mudah untuk buat dan jahit poket baju melayu...


Rasanya aku dah pernah buat entri tentang poket baju melayu ni.. Tapi takpe la, aku nak kongsikan lagi mengenainya.. Kali ni secara lebih detail lagi supaya lebih ramai lagi dapat mempelajarinya dan mudah faham.. Aku tak suka gunakan sabun sebab nanti melekit dan licin.. 


Potong poket seperti dalam gambar.. Tekap pola poket pada bahagian dalam kain dan tandakan.. Basi kiri, kanan dan bawah adalah 1/2 inci manakala basi untuk lipatan kat atas tu aku ikut lebar pembaris lurus iaitu 1 1/4 inci.. Jahit tepi keliling poket supaya nampak lebih kemas.. 


 Letak jarum peniti dari bahagian luar kain.. Aku buat macam ni sebab aku malas nak gosok lipatan tu.. hehh...


 Lipatkan bahagian lipatan tadi berpandukan pada jarum peniti tadi.. Jahit terus sampai hujung...


 Gariskan/tandakan dengan kapur pada bahagian yang telah dilipat tadi..


 Mulakan menjahit secara perlahan-lahan.. Tak perlu matikan jahitan..


 Bila sampai pada bahagian melengkung ni, gunakan tangan untuk menjalankan mesin jahit bagi mengelakkan jahitan terbabas..


 Dan inilah rupanya kain poket yang telah dijahit tadi.. Ini adalah sebagai tanda dan panduan bila nak cantumkan poket pada badan baju...



Kat bawah ni pula adalah cara nak letakkan poket kecil pada badan baju.. Gambar diambil dari pandangan sisi.. Sebelum tu, lipat dua bahagian badan baju dan gosok dari atas sampai ke bawah untuk dijadikan sebagai garisan tengah.. Senang untuk kita ukur jarak poket bila dah ada garisan tengah ni..


 Untuk poket atas, turunkan 9 inci dari paras bahu dan buatkan garisan lurus.. Kemudian letakkan pola poket atasnya.. Bahagian yang senget tu untuk di letak pada sebelah kiri iaitu bahagian tepi..


 Beginilah rupanya...


 Letakkan kain poket yang telah dijahit keliling tadi atas lakaran.. Jangan lupa racik sedikit pada bahagian yang melengkung supaya senang dibentuk masa menjahit poket nanti..


 Dengan berpandukan pada jahitan keliling tadi, lipatkan basi ke dalam dengan mengikut bentuk poket yang telah dilakarkan.. Jahit perlahan-lahan.. Nak jelujurpun boleh tapi pastikan jangan jelujur terlalu dekat dengan bahagian yang akan dijahit mesin nanti sebab nanti susah pulak nak buang benang jelujur tu sebab dah kena tindih..


 Ini pula adalah untuk ambil kedudukan poket besar.. Bila kita ambil ukuran sendiri, tentu labuh baju tu kita lebihkan dan tentu kedudukan poket berubah.. Jadinya, untuk memudahkan agar kedudukan poket tu tidak terlalu ke bawah atau terlalu ke atas, letakkan bahagian lengan dan pesak seperti dalam gambar.. 


 Lepas tu, ambil ukuran dari bawah untuk basi lipatan dan jarak antara lipatan dan bawah poket.. Basi lipatan yang aku buat ni adalah 1 1/2 inci dan jarak lipatan dari poket adalah 1/2 inci.. Jadi, ukurannya adalah 3 1/2 inci.. (1 1/2 lipat dua = 3).. **Dalam gambar 3 inci tapi ukuran sebenarnya 3 1/2 inci..


 Kemudian, buatkan garisan lurus dari hujung ke hujung.. 


 Letakkan pola poket atas kain.. Lebihkan 1/2 inci pada bahagian tepi untuk basi jahitan... Kemudian barulah balancekan antara kiri dan kanan.. Tandakan sedikit pada bahagian kiri, kanan, atas dan bahagian lengkungan tu yang penting..


 Beginilah rupanya...


 Lepas tu, cantumkan semua garisan putus tadi..


 Buat cara yang sama seperti poket kecil kat atas tadi..


 Inilah rupanya poket kecil yang dah siap dijahit atas badan baju... (Kain yang sama tapi penataan cahaya dari kamera enpon yang buatkan warna kain berbeza..)


 Poket besar yang dah siap dijahit.. Takde la kemas manapun tapi boleh la, kan.. hehhh... Untuk lipatan bahagian depan baju, aku lipat secara melengkung.. Jadi, ukuran lipatan antara belakang baju dengan depan baju tak sama besar.. Tujuannya untuk mengurangkan baju dari terjongket..


Yang kat bawah ni pulak adalah cara nak cantumkan lengan baju dengan bahagian pesak dan kekek.. Temukan bahagian atas antara keduanya dan jahit macam biasa.. Lepas tu, buat perkara yang sama untuk bahagian lagi satu..




Okay, dah siap dah...




Susah sebenarnya nak karang ayat untuk tutorial ni.. Kalau setakat letak gambar je, takpe.. Nak buat ayat ni susah sikit.. Harap bersabar dan moga faham dengan apa yang aku sampaikan.. Selamat mencuba ya dan moga berjaya..


p/s: Baju dah siap.. Tinggal nak jahit seluarnya pulak..

Thursday, June 25, 2015

Ikan iblis..??

Assalamu'alaikum...

Ikan iblis..??


Berhati-hatilah ya.. Jangan sampai terbeli ikan iblis ni.. 




Nampak macam lawak tapi amat menjengkelkan..! Peka la sikit dengan kerja masing-masing.. 


p/s: Macam-macam..! 

Wednesday, June 24, 2015

Menu berbuka puasa untuk hari ke-tujuh Ramadhan 2015...

Assalamu'alaikum...

Menu berbuka puasa untuk hari ke-tujuh Ramadhan 2015...


As usual, menu yang sangat ringkas.. Aku tak berapa nak rajin untuk masak menu yang canggih manggih ni.. haha..


Cuba teka, apa benda la agaknya yang sembunyi bawah dulang tu.. ahaha...




Tadaaaa...!! Ni la dia yang main nyorok-nyorok tadi.. hehe.. Nama resepinya ialah ikan kembung bakar tanpa arang.. ahah... Sebelum bakar ikan kembung ni, aku dah siap perap dengan garam, kunyit, sos tiram dan sos lada hitam.. Ada la dalam sejam setengah aku perap.. Lepas tu aku letakkan satu sudu makan planta kat dalam kuali tu.. Api dapur tu aku guna api yang perlahan je..




Dah siap dah.. Sekejap je pun masa yang diambil untuk bakar ikan kembung ni..




By using the same pan, (tak payah basuh kuali tu), akupun goreng la sayur caca marba ni.. Kaedahnya sama je macam goreng sayur semalam tu.. Bezanya cuma kali ni takde carrot dan bunga kobis tapi aku gantikan dengan sawi dan daun kucai.. 




p/s: Okay, dah selesai masak dah.. Tak sampaipun 45 minit duduk kat dapur bila masak yang ringkas-ringkas macam ni.. Apa yang penting, selera tu janganlah terlalu besar sangat.. Makan sahaja seadanya.. Alhamdulillah..

Tuesday, June 23, 2015

Menu berbuka puasa untuk hari ke-enam Ramadhan 2015...

Assalamu'alaikum...

Menu berbuka puasa untuk hari ke-enam Ramadhan 2015...


Aku baru je siap masak untuk berbuka puasa sekejap lagi.. Aku masak yang ringkas-ringkas je.. Lagipun adik-beradik dah balik ke rumah masing-masing, tak perlu la nak masak macam kenduri.. hehh..


Mula-mula aku masak sup serpih ayam.. Serpih ayam..?? Ahaha, jangan la terkejut... Malu aii tau.. hehh.. Serpih ayam tu maknanya tulang temulang ayam la.. Isinya dah dibuat gulai dan digoreng, maka bahagian rangka, kepak, leher dan kaki tu kita buatlah sup.. Nyumnyumnyum... ahahhh..




Sambil tu, aku masak jugak sayur campur ni.. Orang lain masak sayur campur letak udang hidup yang besar-besar tu tapi aku cuma letak ikan bilis je.. hehh.. Ehh, ada sekor udang galah kat dalam peti ais.. Udang ni adik aku yang ngail hari tu.. Jadinya, aku masukkan sekali udang galah tu tapi kena kerat-kerat bagi kecik la.. ahahaha...





Sempoi je cara aku goreng sayur campur ni.. Tumiskan dulu semua bahan tumis tu.. Tunggu biar naik bau wangi atau ikan bilis tu dah garing sikit.. Oh ya, sila abaikan kuali aku yang takde telinga tu.. ahaha.. Aku suka pakai kuali ni sebab senang nak curah dalam bekas.. Ikut je tempat yang takde telinga tu.. kihkihkih...



Lepas tu masukkan sayur yang agak keras dulu macam kobis bunga tu.. Kacau-kacau dalam tiga empat minit, masukkan pula carrot.. Kacau-kacau jugak dalam tiga empat minit lagi, masukkan pula kacang buncis dan putik jagung.. Kacau-kacau lagi.. Masukkan pula sos tiram dalam tiga sudu makan.. Tambah air sikit.. Dah siap..!!


Untuk sayur campur aku ni, aku tak letak garam.. Sos tiram tu dah memadai dah.. Tapi aku letak sikit serbuk lada hitam..




Okay, dah siap dah sayur campur aku.. 





Gambar kat bawah ni pulak adalah menu berbuka aku untuk petang semalam... Lagi la sempoi.. hehe.. Sebelah telur asin dengan lebihan kuah masak lemak ikan kembung dengan kacang panjang.. Makan sikit dulu murtabak tu.. Lepas tu barulah makan nasi.. Alhamdulillah, kenyang..



Murtabak daging ni abang aku beli kat bazar ramadan.. Isinya tebal dan dagingnya banyak.. Terasa asam garamnya.. Kali kedua beli.. Kali pertama hari tu anak buah beli.. Harga RM4 untuk daging dan RM5 untuk ayam.. Aku tak pernah makan murtabak dengan dia punya bawang tu.. Tak tau apa rasanya sebab takde rasa ingin mencuba.. Tak tau kenapa.. Air bawang tu memang wajib ada ehh..?




p/s: Selamat berbuka semua.. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.. Moga Allah murahkan rezeki kepada kita semua.. Aminn...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)