Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 25, 2016

Jangan ubah ikut suka hati sendiri je...

Assalamu'alaikum...

Jangan ubah ikut suka hati sendiri je...


Aku ni selalu sangat nampak orang gantikan huruf p dengan huruf b..
Kejap ditulis sebagai kejab..
Kaup ditulis sebagai kaub..

Sedap ditulis sebagai sedab..
Dan banyak lagi...
















Kadang-kadang ada juga perkataan yang kita cari tapi tak boleh nak jumpa.. Dia keluar macam kat bawah ni haa.. Kenapa ya..? Aku ni kalau dah keluar benda macam ni, memang tak tau dah la nak buat apa.. Mati kutu terus jadinya.. ahaha... Siapa tau kenapa keluar macam ni dan tau cara nak solve-kan, boleh la bagi info kat aku ya.. Terima kasih.. 




Perbuatan mengubah huruf ni mungkin nampak macam kecil je tapi percayalah, jika ia tidak dibendung, pasti akan menjadi semakin besar dan bertambah rumit, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih lagi bergelar pelajar.. Jika boleh, tolonglah jangan teruskan buat kesilapan ejaan macam ni..


p/s: Sayangi Bahasa Malaysia kita..

Boleh ke..?

Assalamu'alaikum...

Boleh ke..? 

Boleh ke kita nak buat baik dengan orang yang beri layanan buruk kat kita..? 


Mungkin boleh dan mungkin juga tidak boleh bergantung pada tahap kesabaran kita.. Jika nak ikutkan, memang payah la, kan? Pasti ada satu rasa kurang puas hati dan rasa itu mengundang satu suara yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.. Betul tak..?




Contohnya; Kita mendapat layanan buruk di kaunter jabatan kerajaan.. Pastinya kita melahirkan rasa yang sangat marah dan kita lahirkan rasa marah itu pada laman sosial seperti facebook yang akhirnya menjadi viral..


Kesimpulannya, benda macam ni memang sukar untuk kita praktikkan namun tidak mustahil untuk kita beri layanan yang baik walaupun kita dilayan dengan teruk.. Itupun jika kita mencuba dan terus mencuba untuk bersikap lebih penyabar..


p/s: Nak jadi baik, kena banyak bersabar.. Nak jadi seorang yang sabar itulah yang kadang-kadang agak susah sikit tu.. hehh..

Thursday, January 21, 2016

Kisah kek pisang berangan tak sudah.. ahaha...

Assalamu'alaikum...

Kisah kek pisang berangan tak sudah.. ahaha...


Awal petang tadi, aku buat lagi kek pisang ni.. Kali ni aku gunakan pisang berangan.. Selagi tak puas hati, selagi itulah aku cuba buat lagi dan memperbaiki mana silapnya.. Maka, resepi asal terpaksalah aku olah sedikit mengikut kesesuaian dengan selera aku.. Tuan empunya resepi asal jangan marah naaa... hehh..


Memandangkan aku dah pernah buat entri pasal kek pisang ni, maka aku tepek gambar je la ya.. Cara buat tu sama je dengan cara terdahulu.. Cuma ada la penambahan dan pengurangan bahan serta kali ni aku gunakan mixer The Baker aku tu.. Selalunya aku guna handmixer je.. 





Ini resepi kek pisang berangan yang telah aku olah.. Sikit je yang aku ubah dari resepi asal tu..

*  2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 1/2 cawan gula - resepi asal guna 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh ovellette

* 1/2 sudu teh garam halus - yang ini aku tambah sendiri
* 3 sudu makan badam cincang - resepi asal guna 3 sudu makan dark chocolate chips



Okay, ini dia gambar-gambar berkaitan dengan penyediaan sebelum terjadinya kek pisang berangan aku tu.. Pisang berangan tu aku gunakan enam biji tapi cuma lima biji sahaja yang dilenyek manakala yang sebiji lagi tu aku hiris serong untuk jadikan hiasan dan susun kat atas kek..





Cara nak buat kek pisang berangan ini adalah seperti berikut... 


1- Lenyek pisang dengan menggunakan garfu.. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalamnya.. Kacau sebati dan ketepikan sekejap..




2- Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas.. Kacau sebati.. Ketepikan dahulu..





3- Putar gula bersama telur sehingga kembang.. Apabila bancuhan tadi dah kembang, masukkan ovalette dan putar sekejap untuk melarutkan ovalette tadi..
(Mula-mula aku gunakan pemutar yang ini tapi lepas tu, aku tukar gunakan pemutar yang bulat tu.. Lepas tukar, barulah cepat sikit kembang.. Ini kes tak tau nak guna pemutar yang mana satu.. Maklum la, baru belajar nak guna mixer ni.. hehe..)





4- Kemudian, matikan mixer.. Keluarkan bowl dari mixer dan masukkan pisang lenyek bersama minyak tadi ke dalam bowl yang berisi bancuhan telur tadi.. Kaup rata dengan menggunakan spatula..





5- Lepas tu, masukkan bahan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil teruskan kaup balik dengan spatula.. Kacau rata biar sebati..





6- Akhir sekali, masukkan badam cincang dan kacau adunan supaya sekata..





7- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar.. Susunkan hirisan pisang berangan ke atasnya.. Loyang tu kena sapukan sekelilingnya dengan sedikit minyak masak.. Jangan ada bahagian yang tertinggal.. Takut nanti kek tu melekat dan susah nak tanggal..





8- Akhir sekali, bolehlah dibakar.. Aku lebih suka bakar atas dapur gas macam ni.. Anggaran masa bakar adalah lebih kurang 45 minit hingga sejam.. Gunakan api yang paling kecil..




Dan inilah hasilnya kek pisang berangan yang aku buat hari ni.. Kejadiannya lebih baik berbanding masa yang aku buat dahulu.. Alhamdulillah..







Lepas je kek ni masak, aku biarkan je kek tu dalam acuan.. Aku biar je loyang tu atas dapur sebab aku ada hal dan tak sempat nak keluarkan kek tu letak atas redai.. Balik-balik je, buka penutup loyang tu, tengok bahagian atas kek tu dah bertukar warna menjadi coklat macam tu.. Masa aku tinggalkan tu warnanya pucat je..


Kat bawah ni adalah video masa putar gula dan telur.. Aku gunakan nombor 4..





Okay.. Ini sahaja perkongsian untuk hari ini.. Bagi yang nak cuba buat kek pisang berangan ni, selamat mencuba dan moga berjaya.. Aku ni pun dah berapa kali dah cuba buat kek pisang ni.. Macam-macam resepi dah aku gunakan.. Ada yang menjadi tapi banyak yang bantat.. kihkihkih..


p/s: Kat atas tu aku bagitau nak tempek gambar je tapi alih-alih complete yang aku bagi.. ahaha.. Tak sedap pulak rasanya buat cerita separuh jalan.. hikhikhik..

Tuesday, January 19, 2016

Homemade roti pau...

Assalamu'alaikum...

Homemade roti pau...


Aku baru sahaja selesai membuat roti pau ni.. Aku bagi nama resepi ni sebagai roti pau sebab aku gunakan resepi roti dan aku kukus jadikan ia sebagai pau.. Jadinya, aku takde la nak bersusah-payah pergi mencari tepung pau sebab aku balun semacam je gunakan tepung gandum.. Aku sekadar nak mencuba dan juga sekadar main masak-masak untuk hilangkan kebosanan.. hehh..


Ni resepi roti pau yang aku olah sendiri mengikut kesesuaian aku. Maknanya, ikut selesa aku la nak sukat bahan tu macam mana.. Aku suka sukatan yang senang untuk digunakan.. Aku letak inti karipap dalam roti pau aku ni.. Inti karipap tu yang aku frozen-kan tapi apabila nak guna, aku panaskan balik semula.. Biarkan sejuk dahulu baru boleh diisikan ke dalam roti pau tadi..




Bahan-bahan untuk roti pau aku ni adalah:

2 cawan tepung gandum - gunakan cawan sukatan - ayak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh GR Superbake 
1 biji telur gred A
1 sudu makan + 1 sudu teh marjerin planta (20 gram)
**1 sudu teh yis mauripan
**3/4 cawan air suam
**1 sudu makan + 1 sudu teh gula (20 gram)


Cara nak buat roti pau:

1- Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam bekas.. Kacau rata dan tutup.. Ketepikan dan tunggu sehingga yis mengembang atau berbuih.. 

2- Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, GR Superbake dan garam..

3- Apabila yis dah kembang, tuangkan yis tadi ke dalam bekas tepung dan mulakan menguli..

4- Masukkan telur dan teruskan menguli..

5- Kemudian, masukkan pula planta dan sambung lagi menguli.. Adunan doh ini agak melekit.. Jangan risau, teruskan sahaja uli dan jika melekit di tangan, kaut la dengan sudu.. Lepas tu, sapukan tapak tangan dengan minyak masak dan uli lagi sehingga adunan betul-betul ringan atau orang panggil elastik.. Jangan tambah tepung sebab takut nanti doh keras..

6- Lepas tu, perap sehingga doh naik dua kali ganda.. (Maaf, gambar doh sebelum naik terlupa nak ambil..)





7- Apabila doh sudah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin.. Uli sekejap dan lepas tu terus je bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil..






8- Leperkan doh dan isikan inti karipap didalamnya.. Kemudian, tutup semula doh dan gelek perlahan dan letakkan atas kertas dan susun dalam pengukus.. Aku gunakan kertas bungkus nasi lemak tu.. Bahagian berkilat tu aku letakkan doh.. Dapat 12 biji roti pau.. (Aku tekan-tekan dengan jari je untuk leperkan doh tu..) 








9- Kemudian, perap sekali lagi doh tu dan tunggu doh tu naik sekali lagi..






10- Apabila doh dah naik, kukus sehingga roti pau ni masak.. (Aku tak panaskan dahulu pengukus.. Aku terus je kukus.. Aku bajet 30 minit tapi masa 15 minit pertama tu, aku tengok roti pau ni dah masak dah tapi aku kukus lagi 5 minit.. Tu yang roti pau tu mengecut sikit.. Aku rasa kukus dalam 15 minitpun dah okay dah..) 





Beginilah kejadiannya roti pau aku.. Rupanya tidak la secantik mana tapi rasa dan strukturnya boleh la.. Lembut dan gebu la jugak.. Lagipun baru masak, memang la sedap makan masa panas...







Doh roti pau aku ni aku takde la uli lama sangat.. Uli beria pun tak juga.. Aku sekadar hempas-hempas 20-30 kali dan uli macam nak basuh baju guna tangan... 



Walaupun roti pau ni kecut semacam je tapi rasanya alhamdulillah... Si Olen tu pun dok menjeling je.. Nak la tuuuu... hehe..


p/s: Aku ni kebosanan sebenarnya.. Nak baca novel tapi mood nak membaca tu dah semakin jatuh merudum.. Nak tengok tv, takde pula drama yang menarik waktu petang macam ni.. Tu yang aku masuk dapur main masak-masak tu...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...

Assalamu'alaikum...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...


Alhamdulillah... Sesungguhnya aku tak sangka yang resepi sambal kicap yang aku kongsikan kat grup MAHN mendapat sambutan yang memberangsangkan.. Ramai yang Like dan Share.. Malah sudah ada yang mencuba.. Terima kasih sangat-sangat pada semua.. Segala perkongsian itu aku halalkan.. Moga ia memberi serba sedikit manfaat kepada semua..




Jenuh juga aku nak reply segala komen.. Rasa macam jadi artis sekejap.. ekekeke... Tapi demi kawan-kawan yang memberi sokongan, aku usahakan juga untuk menjawab walaupun cuma setakat "okay, silakan share; boleh je share; okay, sama-sama" dan sebagainya.. Komenpun semuanya sangat berhemah dan aku sangat hargai komen sebegitu.. Alhamdulillah, moga akan terus ada komen-komen yang positif kat grup MAHN tu.. Dan aku sangat hargai segala komen yang sebegini.. 




Siapa yang belum mencuba untuk  buat sambal kicap ni, silalah buat ya.. Senang je nak buatnya.. Buat stok banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.. Nak guna, tinggal ceduk je tapi pastikan setiap kali ceduk, guna sudu yang bersih.. Lepas tu, tutup bekas tu rapat-rapat dan simpan semula dalam peti sejuk.. Kalau betul cara jaga, sambal kicap ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya.. Itupun jika jarang ceduk la.. Kalau selalu ceduk, takde la boleh tahan lama sebab sekejap je dah habis.. hehe...


p/s: Nak kongsi duit, akupun kurang mampu.. Maka, aku share aje la apa yang aku tau.. Dan aku memang suka berkongsi benda-benda macam ni.. hehe..

Thursday, January 14, 2016

Mee Penjom yang suci lagi murni... Gunakan tanpa ragu-ragu...

Assalamu'alaikum...

Mee Penjom yang suci lagi murni... Gunakan tanpa ragu-ragu...

Sekarang ni, kalau nak beli mee kuning, aku lebih suka beli Mee Penjom ni..  Mee Penjom kini telah berkembang maju di sekitar daerah Kuala Lipis, Benta, Raub dan Jerantut.. Permintaan amat memggalakkan.. Mee Penjom adalah produk kepunyaan 100% anak Islam Melayu dari Kuala Lipis, Pahang.. Satu bungkus Mee Penjom ni harga dia cuma seringgit sahaja.. Jadi, tunggu apa lagi.. Moh la kita beli dan buat stok.. hehe..


Jom tengok mee goreng aku yang menggunakan mee Penjom ni.. Mee goreng aku ni sempoi ya amat.. Kali ni takde gambar penuh cara aku goreng mee ni.. Cuma ada gambar mee Penjom yang dah siap digoreng je... ahaha..





Aku bagi resepi untuk mee goreng aku ni...

2 bungkus Mee Penjom - keluarkan dari plastik, masukkan dalam raga dan lalukan sekejap bawah air paip
1 genggam ikan bilis - ditumbuk
4 biji bawang merah - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 senduk cili kering kisar
2 sudu makan sos tiram - aku guna sos tiram Maggi
Sedikit kicap masin dan sedikit kicap manis - aku guna kicap kipas udang
2 biji telur
1 ikat sawi
3 keping tauhu - digoreng separuh masak dan dipotong kecil atau potong ikut suka
Minyak untuk menumis





Cara menggoreng Mee Penjom yang sempoi ni..

1- Panaskan sedikit minyak..

2- Kemudian tumiskan bahan tumbuk dahulu sehingga naik bau..

3- Lepas tu masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak..

4- Kemudian masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis.. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.. Jangan masuk air banyak sangat.. Agak-agak je air tu cukup untuk masakkan mee tadi..

5- Lepas tu, pecahkan telur dan kacau-kacau sebati..

6- Kemudian, masukkan mee Penjom tadi..

7- Lepas tu terus je masukkan sawi dan kacau rata mee tadi.. Api dapur jangan kuat sangat.. 

8- Masak hingga mee betul-betul masak.. Akhir sekali boleh la masukkan hirisan tauhu dan kacau sebati..

*Aku tak gunakan garam sebab sos tiram dan kicap masin tu dah okay dah rasa dia.. Lagipun ikan bilis dah masin dah..


Okay, dah siap dah mee goreng yang aku buat dengan menggunakan Mee Penjom ni.. Sempoi je kan sebab takde udang, takde sotong ataupun ayam.. Yang penting, sedap dan kena pada tekak sendiri.. kehkehkeh....






p/s: Sokonglah keluaran bumiputera.. Janganlah asyik nak kondem dan fitnah je..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)