Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 29, 2009

SALAM MERDEKA KE-52

Assalamualaikum....

MERDEKA.......!!!
MERDEKA.......!!!
MERDEKA.......!!!





31 OGOS 1957......Hari Kemerdekaan yang sentiasa disambut

dan dikenang juga disanjung tinggi sebagai menghargai jasa
serta titik peluh MEREKA yang dahagakan KEMERDEKAAN.
Hargailah KEMERDEKAAN ini...Hayatilah KEMERDEKAAN
ini...Insafilah KEMERDEKAAN ini....Allah hu Akbar...






PAHANG ~>Negeri tempat aku bernaung sekarang. Sejak dari
kecil lagi aku sudah terpisah jauh dari sanak saudara di
kampung. Mungkin sebab itu hubungan aku juga sudah agak
renggang dengan mereka. Atau, mungkin juga aku yang men-
jauhkan diri dari mereka atas alasan yang aku cipta sendiri.
MERDEKA kah aku...???







NEGERI SEMBILAN ~>Negeri kelahiran yang aku cintai.
Aku tetap sayang dan rindukan suasana di kampung walau
pun sudah bertahun aku merantau mengikut keluarga.Walau
apapun tanggapan anda tentang orang2 Negeri 9, aku tetap
mengaku dengan bangganya bahawa aku anak jati Negeri
Sembilan. Tapi jangan tanya pasal salasilah negeri ini, kerana
aku sendiri kurang faham mengenainya. Adakah aku sudah
MERDEKA....???





JOHOR ~>Negeri pertama tempat aku mencari rezeki. Segala
keperitan dan kepayahan hidup aku lalui di negeri ini. Banyak
yang aku pelajari dan banyak juga suka duka yang aku simpan.
Tapi, orang2 negeri ini agak kurang mesra dengan pendatang
seperti aku. Mungkin mereka beranggapan bahawa negeri ini
adalah hak mutlak mereka dan kami hanyalah sebagai
pengundang masalah. Namun syukur kerana aku dapat men-
jalani kehidupan penuh ranjau ini dengan tabah. MERDEKA..
MERDEKA....MERDEKA....

p/s:
MERDEKA JIWA.....
MERDEKA MINDA....
MERDEKAKAH ANDA.....???

.
.

8 Tukang Tembak:

SwapNAVY said...

biar mati anak jgn mati adat..undang2 perut 2...:)

Keri AlHaj said...

kat mnegeri mana pun kita berada kita masih atas bumi Malaysia... Salam merdeka jugak utuk akak...

Cik Azz said...

Dez~> undang2 yang menjaga hak kaum wanita ekekeke....


hanya kerana undang2 mcm tu, kaum wanita N9 sering dipandang serong oleh masyarakat....hmmm....

Cik Azz said...

Chime~> Salam Merdeka juga utk Chime...

Zaman kini ramai yang malu utk mengaku sebagai orang Malaysia...hairan kan...

ArmaniWhite said...

Merdeka!!! Merdeka!!! Me4rdekaaa!!!



semangat tak kaka azz?hihi..

Ako Retna said...

salam kak,

Akak org nogori ke? belah mana kak?
Oo dulu pernah dok JB ker? Area mana lak tuh??

Akak ni cikgu kah? hehehe mana la tau dah merantau ke pahang cr rezeki plak ye skrg nih ehhee

Cik Azz said...

Nami~> semangat la sangat sampai merdeka jd Me4rdeka ekekekeke....

Cik Azz said...

Retna~> a'ah...akak org nogori....dulu dok Johor kat bnyk tempat...Skudai Baru, Tmn Kobena, Tmn Tampoi Indah....Tmn Perling....


Cita2 mmg nak jd cikgu tapi tak kesampaian...xde rezeki kat situ...hehehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)