Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 31, 2009

PRINSIP-PRINSIP ADAT PERPATIH

Assalamualaikum...

Aku nak sambung balik cerita yang lepas hari tu. Sebenarnya aku dah simpan dah post ni dalam draft, tapi disebabkan server asyik mengong je sampai akupun jadi lupa. Al-maklum la, akukan sedang menunggu status untuk menjadi warga emas... huahuahua.. Okay, mulakan fokus...

Adat Perpatih mempunyai 5 prinsip utama.

1)Keturunan dikira melalui nasab ibu:
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap "bonda kandung" iaitu ibu yang melahirkan anggota2 masyarakat. Seseorang individu itu adalah suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2) Tempat kediaman adalah di kawasan ibu si isteri:
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan mula meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang "semenda". Pada zaman dahulu, si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isteri nya.

3) Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka:
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang "saka" (jawatan2 dalam adat) mana kala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4) Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang:
Dalam sesuatu perut atau suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya.Oleh kerana itulah perkahwinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang haknya untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5) Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku:
Untuk tujuan perkahwinan atau waris-mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara "berkedim". Dalam upacara ini, seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli2 suku yang akan disertainya.

PEMBAHAGIAN HARTA:

Selalu menjadi topik perdebatan hangat dalam Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada "perempuan". Inilah satu2nya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan.

"Sebenarnya, pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata2 untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa sekali pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya, dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup."

Akan tetapi, harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian, pem- bahagiannya adalah mengikut "hukum fara'id" (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
(sumber dari Wikipedia).

p/s: Diharap agar semua faham dengan adat ini. Janganlah sesuka hati dan sesedap rasa je menuduh perempuan Negeri Sembilan kaki cukur atau "queen control".

8 Tukang Tembak:

hatim a.r said...

aik?ini macam entry mempertahankn diri yo kak azz??hehe ado yg koba akak kaki cukur ke?xpo kak kaki cukur sebab kalau pompuan kaki penuh bulu ni seram sikit hehe

cheryna zamrinor said...

Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa sekalipun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk
hidup. Jika dia pulang ke kampungnya, dia sudah ada tanah kampung
dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala
anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha
untuk hidup."

---> sayang akak! diorang mmg tak paham yang ini. bila cakap je,

"susahlah macam tu...nak kena cari tanah lain."

yang cakap tuh org lelaki negeri lain. loooo...dah pemalasa nak keje kuat2 cari harta tuh sape suruh...?! nampak sangat takleh wat laki...(huuhh...marah betul tau...)

tak suka org yang asek pandang negatif. yang buruk tuh cakap banyak2. yang baik semua takde nak cakap.

lagi satu jenis yang terhegeh2 nak buat rumah atas tanah adat bini. lepas tuh buat taik, gi kawen lain. bila cerai, kena halau (yelah...sape suruh buat umah atas tanah org, tak beli tanah lain siapa suruh?) pastu mulalah kata tinggal sehelai sepinggang. yang part2 taik tak payah cerita kat orang.

huhh...apasal sangat emo rasanye nieh?

Cik Azz said...

Hatim~> wakakakaka.....ampehh tol budak kecik ni tau....nasib baik bulu kaki ado solai duo yo haa....hehe...

takdo sapo yang kato akak pisau cukur...cumo kdg2 tu gowam gak bilo oghang yg tak paham2 dongan adat perpatih ni...

lg sakit ati bilo kwn2 sendiri dok perli2 cakap org n9 ni macam2.....ghaso nak hontak yo palo dorang tu kek palo lutut ni ha....hahakkk....

Cik Azz said...

cHeryna~> Sha....haaaa....kan...mmg hangen la kalau kono kek kito cmtu...dorang ni dah la maleh nak baco adat istiadat noghori lain, lopeh tu main bantai yo ngikut apo yg batu api cakap...

Dah dapek duduk pree kek tanah bini pun lagi mau cakap banyak...Sopatut ehh, maso tu la kono kojo ghajin2 sobab duduk ghumah pree...tp takdo la sumo nak kono pree sampai duit api airpun keluargo bini yg nak nanggung....Kalau cmtu baik tak payah jd laki....manjang isap rokok yo, asap bokopul2..apo ko jadah ehh...

*akakpun emo gak ni....hahaha....

Ponggetz said...

Eeeeeee.. lorat betul org2 n9 nih.
satu apa pun aku xpaham apa diorg ni cakap.kampung betul. nsb baik aku org key elll.. muaahahah.

Cik Azz said...

Ponggetz~> kampungpun kampunglah....janji dh ada tapak rumah kat situ....muahahaha...

*orang pilah memang mudah lupa diri, lagi2 yang datang dari ceruk banat tu....kuikuikui....

Shiqin Sunshine said...

owhhhh baru tau...hehehhe, :tepuk igtkan nak jd anak angkat sape2 kat n9 boleyhla waris harta....upenye waris adat..... :hihi :larikk

Cik Azz said...

Norashiqin Kamaruzaman>

Anak angkat tak dapat apa2 maaa... Tak perlulah berangan lebih2...

:geleng

:moto

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)